topbella

Monday, January 31, 2011

PRIHATINKAH KITA ??

Kadang2 kita tidak sedar bahawa kita hidup di Malaysia pada hari ini sangat bertuah...
Walaupun kadang2 ada perkara yang cuba meragut keamanan dan kemakmuran yang telah terbina berpuluh2 tahun lamanya....serta kadang2 ada bencana dan ujian seperti banjir, runtuhan banggunan dan sebagainya... itu semua adalah ujian buat kita semua untuk melihat sama ada kenikmatan yang kita kecapi kini kita syukuri atau kita kufuri....fikir2kanlah seketika...

Ketika ini dan saat ini....sedang kita semua di bumi tercinta..tanah tumpah tempat kelahiran bersenang lenang serta nyenayk tidur....tahukah kita bahawa ketika ini juga saat2 genting tengah berlaku di bumi ambiya', Mesir. (pastinya bg mereka yang mendengar berita dan aktif dgn FB, Twiter dsbnya tahu akan hal ini....) Sepanjang aku mengikuti perkembangan melalui berita dan internet..terlalu besar peranan dan kuasa rakyat sesebuah negara... Jangan disangka bila rakyat diam tanpa suara..mereka bersetuju...bila dah terlalu lama mereka ditindas..maka lihatlah kuasa bila mana mereka bersuara...

Selepas demonstrasi dan revolusi yang dilakukan oleh rakyat Tunisia terhadap pemimpin mereka...kini giliran rakyat2 Mesir pulak yang menuntut hak mereka seadilnya daripada pemerintah...dan ada kemungkinan rakyat2 di negara Timur tengah yang lain juga akan mengikut jejak langkah rakyat dua buah negara ini..  Maka kat sini memang aku nampak jelas sangat bilamana rakyat bersatu menegakkan kebenaran barulah mereka yang berkuasa dan lupa sebelum ini celik mata..hidup tak selalunya gembira dan selesa... bak kata pepatah orang tua2..." hidup bagaikan roda...sekejap diatas sekejap dibawah.." dalam maknanya tu... bila diatas jangan rasa megah...hingga lupa segala2nya...bila dibawah nanti baru tahu langit tinggi ke rendah.. ( ini memang betul....realiti dan banyak telah terjadi...sama2 ambil ikhtibar ye...)

Berkenaan dengan apa yang tengah berlaku di Mesir...tahukah kita semua jika mengikut berita yang telah disiarkan di TV....lebih kurang 6000 rakyat Malaysia kat Mesir taw...mesti ada sanak saudara kita ker..xpun kawan2 kita ker yang berada di sana dan sudah tentunya nasib mereka tidak kita ketahui...sedangkan talian telefon dan internet kerajaan Mesir putuskan....bagaimana mereka hendak berhubung..pastinya mak ayah mereka yang berada disana mahupun sesiapa yang mempunyai orang2 yang mereka kasihi berasa susah hati dan xdapat tidur nyenyak....tapi kita??? adakah sekelumit rasa ingin tahu dan prihatin kita pada nasib mereka?? tepuklah dada tanyalah iman di dada...

So kat sini aku kongsikan info2 yang berguna buat rujukan kita semua...tolong ambil perhatian ye....
ini aku ambek dari salah satu blog yang ade....

Kita memohon supaya kerajaan Malaysia memandang serius hal ini. Bukan sahaja di Mansoura, malah di seluruh Mesir keselamatan rakyat kita terancam.
Segala update berkenaan keadaan di sana boleh dibaca melalui blog Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita
Jika ada cadangan di luar sana untuk membantu kami mendapatkan perhatian kerajaan Malaysia, sila hubungi Nurul Nadia Binti Md Zin di 017-3193923
Atau melalui: 
Facebook: Nuvul Nadiva Dizavch 
 Twitter DyyaDizarch 
BlogNadia-ism 
YM: nadia_mdzin2001@yahoo.com
Please let all Malaysians know about this. I will do the same but I need your help too especially to all the bloggers out there. May Allah save our citizens there.
- Nadia

baca lagi sini....
Bagi yang tak tahu menahu mengenai isu ini boleh baca beberapa link berikut:
Harus diingat juga...janganlah lupa kita berdoa kepada ALLAH untuk kesejahteraan mereka dan keselamatan mereka semua...kerana bagi mukmin itu disisnya ada senjata yang paling ampun iaitu DOA...
Dan kepada Kerajaan Malaysia dan YB2 yang telah dilantik oleh rakyat...tolonglah ambil tindakan yang patut diambil....gunakanlah kuasa dan mandat yang diberikan kepada anda untuk membantu rakyat2 yang telah mengundi dan mempercayai anda....harus diingat juga...janganlah sampai apa yang berlaku disana berlaku juga disini...wallahualam...

Sunday, January 30, 2011

KISAH YANG MENARIK


Selak punya selak halaman di laman web iluvislam.com...di ruangan motivasi..aku terjumpa bahan bacaan yang menarik untuk aku kongsikan bersama semua...jom baca sama2 dan ambil sesuatu daripada kisah ini...KISAH SEBAKUL AIR..
Selalu terjadi, kita merasakan usaha kita sia-sia. Penat kita berusaha tetapi langsung tiada hasil. Malas hendak buat perkara yang sama lagi kerana seakan tidak berbaloi. Begitu juga halnya dengan rutin membaca kita, iaitu membaca al-Quran.
Apa yang lebih mahal, usaha (effort) atau hasil (result)?
Amad dan Atuk
Seorang petani tua tinggal bersama cucunya di sebuah kawasan pedalaman. Rutin sesudah subuh sebelum bertani, Si Atuk akan membaca al-Quran di pangkin. Amad, cucu Si Atuk sentiasa memerhatikan gelagat atuknya, dan berusaha untuk merutinkan bacaannya seperti atuk.
Suatu hari Amad bertanya, "Atuk, Amad cuba untuk baca al-Quran setiap hari macam Atuk, tapi Amad selalu tidak faham. Bila faham sekali pun, Amad tetap akan lupa bila Amad tutup al-Quran. Apa ya kebaikan baca al-Quran, Atuk?"
Si Atuk menutup al-Quran dan tersenyum, faham benar dengan pertanyaan cucu tunggalnya itu. Tidak menjawab soalan Amad, sebaliknya Atuk menyuruh Amad berbuat sesuatu, "Amad ambil bakul arang di dapur. Pergi ke sungai dan bawa balik sebakul air untuk Atuk."
Amad hanya menurut, pergi ke sungai, mengisi air ke dalam bakul, dan berjalan balik ke rumah. Sebelum sampai ke rumah, air terkeluar melalui lubang-lubang bakul yang dibuat daripada rotan. Amad berpatah balik ke sungai sekali lagi.
Dari jauh Si Atuk memerhatikan gelagat Amad sambil tertawa, lalu berteriak, "Amad perlu bergerak lebih laju, supaya sempat sampai di rumah!"
Kali ini Amad berlari lebih laju, tetapi hasilnya tetap sama, bakul tetap kosong sebelum sampai ke rumah. Tercungap-cungap keletihan, Amad fikir terlalu mustahil untuk membawa air menggunakan bakul, lalu dia mencapai baldi.
"Atuk tidak mahu air dari baldi, Atuk hanya mahu air dari bakul. Amad belum berusaha dengan bersungguh, Atuk tahu."
adakah bakul ini yang
di bawa oleh amad??
Lalu Amad mencapai bakul tadi dan segera ke sungai, dia ingin membuktikan kepada Atuknya yang dia telah berusaha bersungguh-sungguh. Malah semakin cepat Amad berlari, semakin cepat air keluar daripada bakul tersebut.
"Tengok Atuk, tidak berguna bukan? Bakul ini tetap kosong," kata Amad kepada Atuknya, menelan rasa kecewa.
Betulkah tidak berguna?
"Tidak berguna kata AmadCuba Amad lihat bakul itu."
Amad melihat bakul di tangannya, dan Amad baru perasan satu perkara, iaitu bakul itu tidak lagi comot dengan kesan arang dan tanah, malah jauh lebih bersih, luar dan dalam.
"Amad, itulah yang berlaku bila kita selalu membaca al-Quran. Kita mungkin tidak faham, atau tidak ingat apa-apa, tetapi yakinlah bila kita membacanya, kita akan berubah, luar dan dalam".
Amad tersenyum lebar dan penuh bahagia, persoalannya kini terjawab.
Usaha atau Hasil?
Seringkali kita terfokus pada hasil, sehingga kita terlupa usaha itu yang lebih utama. Tanpa usaha tiada hasil. Mulai sekarang ubahlah apa yang kita lihat. Lihat dan hargailah usaha, walau hasilnya tidak seberapa.
Jika kita berupaya sekuat tenaga menemukan sesuatu, dan pada titik akhir upaya itu hasilnya masih kosong, maka sebenarnya kita telah menemukan apa yang kita cari dalam diri kita sendiri, yakni kenyataan, kenyataan yang harus dihadapi, sepahit apa pun keadaannya.

Aku meneruskan langkah..

saje aku letakkan gambar
abby fana kat sini.... aku suka
dengar celotehnya...
Ketika aku sedang mengerak-gerakkan jari menitipkan sesuatu dari hati sambil-sambil itu aku mendengar radio sinar.fm....macam tahu2 sahaja deejay radio ini tentang rasa hati aku ketika ini...dikumandangkan pula lagu sedih...tentang salam perpisahan...langkah tak sehaluan lagi dan sebagainya...arggghhhh.....macam2 tahu saje abby fana nie yang aku nak tahu siapa penyanyi lagu sedih nie...tup...tup... dia bagitahu....Rahimah Rahim... Ow..baru aku tahu..boleh tahan jugak suara si penyanyi nie..walaupun aku tak berapa kenal...tapi suaranya yang mendayu-dayu ketika ini sempatla membuatkan aku terawang2 seketika dengan perasaan..huhuhuhu..

Mesti tertanya2kan kenapa tajuk aku letakkan sebegitu rupa...ya...memang ada sesuatu yang ingin aku kongsikan bersama semua...tentang rasa hati aku ketika ini...

Mungkin bagi siapa yang membaca post aku semalam...tahu pukul berapa aku tidurkan...tak silap aku hampir pukul 4 pagi...rasanya....siap main FB...karangkan ekspresi jiwa aku seketika dan barulah aku mampu melelapkan mata...opppsss....jangan sangka buruk pape lagi ye...subuh tetap bangun pukul 6 ok!!hihihi ( dah tahu dah ape yang korang nak kata...huhuhu)
dan ketika bangun subuh 2 lah...treeet..treeet....treeet... hp kesayanganku berbunyi...mesej masuk k....bukan call...mana ade orang nak call pagi2 buta ok..

" jib....marahkan *** ?? sory...bla...bla...bla...bla..bla..bla....bla...gud monink ( aku dah tak ingat dan tak mahu ingat isi kandungan mesej 2....)"
"mesej sape la pagi2 nie....."
" kau&aku.....ermm....nama yang aku save kan untuk 'orang special' dari phone box aku...."
" dia rupanya...hidup lagi..."

aku biarkan mesej tu...rasa hati aku tidak mahu layan mesej itu...macam mana dia biarkan mesej2 aku sebelum ni...mungkin inilah yang sebaiknya....entah mengapa aku rasa kecewa sekali dengan sikap acuh tak acuhnya...dan bagi aku...terlalu banyak peluang dan ruang yang aku beri untuk dia perbaiki....ya..aku tak nafikan aku dan dia hanya sekadar kawan biasa...mungkin juga boleh dikatakan skandal...hihihi...tapi kenapa dia bersikap begitu kan...ataupun ini memang sikap sebenar dia??? entahlah aku buntu....

Bayangkan janji manis mulutnya ingin menghadirkan dirinya menemuiku beberapa kali dibilikku...namun haram...kelibat langsung tak nampak..apatah lagi bayang2..dan diri sebenar dalam dunia realiti...comfirm!! dunia dah canggih la sekarang....setakat satu mesej takkan x boleh nak beri...untuk maklumkan...tak lah aku macam orang bodoh menunggu..dah akhirnya tertidur dalam penungguan....tolonglah...kalau sekali tak per...ini berkali2...huuuuuh!! sabarlah diriku....dan ketika mana aku nak pulang ke rumah tempoh hari...aku rasa hampir 10 mesej aku beri padanya untuk maklumkan aku nak pulang pada hari tue....responnya....kosong!! satu pun tak berbalas...so kalau sekadar 1 mesejnya aku tak balas...kejamkanh aku??? mungkin dek kerana rasa kasih dan sayangku padanya...aku tak tergamak nak lakukan macam itu padanya...tapi kini....maaflah rasa hati ini dah mati!!! dan jawapannya....ya...aku sanggup lakukan! dan selepasnya...aku pasrah dengan apa yang berlaku...jangan ditanya dan jangan dipesoalkan kenapa..kerana kau lebih tahu kenapa.....

Dan ketika tadi...aku tengok cerita PASRAH...lakonan hebat erra fazira....tak sangka pulak TV3 nak tayangkan semula cerita ini...dan antara perhubungannya(farah deeba nama watak erra fazira) dengan hafsham ( lakonan norman hakim ) mungkin sama dengan apa yang aku tengah aku lalui sekarang....dan ketabahan farah deeba diakhir cerita ini seolah2 memberikan aku kekuatan dan keazaman aku untuk membuat satu keputusan antara aku dan dia....
aku sangat suka tengok erra pakai tudung time part nie..
sangat ayu....dan cantik...mudah2an ALLAH bukakan
pintu hatinya satu hari nanti..ameen..

"ceeeeetttt! stop la berangan! dalam filem dan realiti jauh bezanya.....huhuhu...."

aku rasa lega sikit kini meluahkan apa yang aku rasa dihati...dan tolonglah fahami JANGAN SAMPAI RASA HATI INI TERHENTI DAN MATI DENGAN SIKAP MU....DAN KETIKA ITU..SELEPAS AKU TELAH MEMBUAT KEPUTUSAN....BYE..BYE..BYE..JAWABNYA....

Saturday, January 29, 2011

PELUANG KALI KEDUA

Malam ini tanpa disangka...sapaan ku pada seorang sahabat yang ditimpa musibah ada hikmah....
Kata orang 'rezeki tu tak nampak'...leh percaya ke ye?? ( sambil tergolek-golek atas katil ni sambil memikirkannya dan jari jemariku....pantas je menaip....)

Tak sangka pulak aku....rasa simpati membuak-buak lepas baca post entri dalam bolg sahabat aku tu..rupa-rupanya teruk jugak eksiden yang dialaminya...sabarlah sahabatku...ALLAH sedang mengujimu... maafkan juga aku tak sempat meluangkan sedikit masa untuk melawatmu..namun kecanggihan teknologi kini ( FB lah semestinya..) ada juga kesempatan aku bertanya khabarmu...sori ea sahabatku...

UIT, APA PELUANGNYA????
"ish3...xsabor2 keme nie...tak sempat teman nak ngabor nye...keme dah tanya....sabar ckit ye....kan dah terkeluor loghat perOk tman ini....hihihi"

Peluang perniagaan.....itulah peluangnya...
kali pertama peluang itu tiba tatkala aku mencuba satu produk kesihatan badan... Herbalife....pernah dengar akan produk ini...aku mencuba produk ini sebab nk jaga kesihatan aku dari segi pemakanan dan sambil-sambil leh mencuba-cuba buat bisnes...cuma modalnya terlalu besar...xmampu aku... so terlepas sahaja peluang tu macam tu aje...sayangkan....

nie lambang syarikat nya...dah 30 tahun bertapak dan lebih 70 outlet seluruh dunia
antara produk-produk yang ada di HERBALIFE..
aku amek yang botol paling tinggi tu...formula 1@ F1 namanya


contoh hidangan produk nie....leh pelbagaikan..menarik kan??

Errrmmm...kali kedua...tiba lagi malam nie....sahabat aku tu lah...dia ajak aku mencuba untuk menjual kek...wow....!! intersting kan??? yummy3....pasti semua terliurkan bila aku cakap cam2...hihihi.... sebabnya aku pun tengah terliur nie...hahaha....macam mana nak kuruskan badan nie..adoyaiii....

Aku sangat berminat nak jual2 nie...tambah2 bila bab2 makanan nie..cuma kalau seorang...mati akal juga.... mudah2an peluang ini menjadi...hahahaha....dan yang pasti bila jadi kenyataan...nanti kat UniSZA akan ada gerai kek...hahahaha....so ade la alternatif bagi sape2 yang boring makan masakan panas je kan....hihihi
mohon semua doakan agar rezeki kami dua sahabat murah dan urusan kami dipermudahkan....
amin...



yummy3......sedapnya kek2 diatas.....tp nie semua contoh je taw...
saje nak bagi terliur ckit....ermmm...sedapppppnye...

p/s : mudah2an malam nie xde sapa2 yang bermimpikan kek2 berterbangan menghampiri dan makan dengan sedapnya dalam mimpi...heehehehehehe...entah2 aku yang bermimpi nanti.....ohhh....tidakkkk.....

Friday, January 28, 2011

BAGAIKAN HATI YANG PATAH

~~ Wow!!! WOw!!! WOW!!! ~~
tajuk post entri memang tak boleh blah...jiwang habis....
xpela....malam2 nie...jiwang ckit sambil layan sinar.fm....xsalah kan??

Semakin banyak perkara yang mendatang satu persatu...tiba2 terpikir sajak spontan untuk malam ini...

datang yang tak pernah pergi....
datang untuk menghuni...
sampai bila aku sendiri tak pasti..
jiwa pula semakin mati....
sesak nafas semakin menghampiri...
aduhai...pergilah sendiri....
seperti mana kau menghampiri dan menghuni....

Pasti tertanya2kan apa yang datang tapi tak pernah pergi 2 kan...
satu persatu pulak tu....jawapannya mudah..M.A.S.A.L.A.H...
ikhlasnya aku rasa sesuatu malam ini...menggangu ketenangan yang ingin aku cari di rumah sendiri...
entahlah...mungkin impian...kehendak...cita-cita...keinginan dan sebagainya bercampur baur seketika...

Ya ALLAH sehingga bila KAU mahu menguji ketabahan dan kesabaran aku....
bermula pada persahabatan di awang-awangan...kasih sayang yang terbuang... dan cinta yang tak dihargai... sehingga lah kenangan lama yang telah digamit kembali...aduss....datang semua sekali serentak!!!
oh...tidakkkk.....!! bagaimanakah harus aku hadapi??

Yang pasti..untuk sebuah perhubugan yang tak pasti dan sebuah kasih sayang yang tidak dihargai...cukuplah sampai di sini....kau tidakkan digamit lagi..apatah lagi untuk merayu kembali....kau pergilah melalui jalan yang elah kau pilih dan tolong biarkan aku sendiri memililh jalan aku sendiri...tolonglah jangan ungkapkan rasa rindu dan sayang kalau kau tak tahu makna yang tersirat....TOLONGLAH!!!!!

Dan untuk kenangan yang telah digamit kembali...aku yakin aku boleh menghadapinya...akan aku buang rasa dihati...dan akan aku biarkan ia berlalu pergi bagai angin yang menderu...

PERJALANAN PULANG..

Hari ini hari pertama bercuti untuk cuti pertengahan semester.... 
sebaik je ari khamis menjelma...terus terbayangkan bas KESATUAN yang bakal aku naiki pada sebelah malam nanti..fikiranku terus melayang ke negeri kelahiranku walaupun jasad masih di negeri perantauan...hehehe ( senyum aku sendiri ketika menukilkannya...)

sesaje teman letak gambor nie..nak bagitahu kome semua
ni antara masjid kebanggaan orang2 kampung teman.....
MASJID UBUDIYYAH, KUALA KANGSAR.
kata orang... :
" membazirlah balik...baru je masuk sem baru...dah nak balik..."
"sikit-sikit balik...manjalah...anak mak betoi.."

Biarlah itu kata-kata orang...yang pasti aku tahu apa yang aku harus lakukan...disebalik kerancakan diriku meneruskan perjuangan di bumi perantauan...sekali sekala harus bijak mengambil peluang untuk me'refresh'kan semula otak dan merehatkan minda...dengan pulang bercuti dan manfaat sepenuhnya untuk menerima kasih sayang ibu bapa...bukan bermakna rakan-rakan yang masih di universiti tidak bijak mengambil peluang...cuma mereka tahu apa yang terbaik pada diri mereka ketika ini...dan begitu juga aku...hanya aku sahaja yang tahu...

Cuma seringkasnya aku cuba untuk berkongsi sedikit pengalaman ketika perjalanan pulang...

> ini kali kedua aku berada lebih 12  jam di dalam bas untuk perjalanan pulang ke kampung selama 5 tahun  berkelana ke daerah ilmu...ermmm....memang sejuk....tapi tidaklah sampai mengigil...cuma kerap kali ingin ke tandas...sebab sejuk punya pasal...hihihi...

> bersyukur kerana ada kawan-kawan yang mengiringi perjalanan pulangku dan membantu memudahkan aku mengangkat barang-barangku....( tu lah...balik seminggu je...tp barang...macam setahun..adoyaiii....)

> sedikit aku rasa gusar@risau@gelabah...sebab kali ini aku pulang ke perak melalui KL...sebab aku beli tiket dari kawan aku...dia dah beli tiket balik ke perak...tup..tup... ada hal ke shah alam...tu yang jual ke aku...erm....selalu balik ikut grik dan tiket aku direct ke ipoh....kali ini kawan aku beli tiket KT-Lumut.. tu yang aku gelabah...takut-takut x berenti kat ipoh...naya ceQ...(bak kata orang utara...) tp naseb baik.... dia transit gak kat ipoh...tp yang bestnya...aku sorang je yang turun ipoh....hahaha....

> ketika perjalanan pulang ini jugak aku sempat mentaakul ( nak tahu makna mentaakul..cari post2 blog aku sebelum ini ) ada jugak benda yang menarik minatku..
pertama : majoriti yang naik bas 2 tak sembahyang subuh...termasuk driver..macam mana 2?? nasib baik Allah dorongkan driver 2 berenti untuk ke tandas lepas subuh dah masuk... aku pun cepat2 turun sebab nak ke tandas...dan alang-alang aku bagitahu driver...
" pok, saya nak solat sekali ye..."
 "ermm...." jawab pok driver ringkas...
tapi sedey..dia x g pun sembahyang...mudah-mudahan ALLAH bukakan hati dia dan orang-orang lain dalam bus tu....amin... Alhamdulillah ada 3 orang penumpang yang lain ikut aku solat subuh...lepas tanggungjawab kat ALLAH nanti...
kedua : panorama sepanjang aku ikut laluan tapah-kampar... ada yang keluar awal bersenam....pergi kerja...traffic jam. ada jugak sorang pak cik nie tengah sapu sampah sekitar masjid...bagusnya... pagi2 dah buat amal..sah2 la dia solat berjemaah subuh...banyak pahala ALLAH beri...tahniah pak cik!!! bangga saya dengan pak cik...( dalam hati...aku pulak macam mana??? astaghfirullah.....)
semoga keinsafan yang berbekas dalam hatiku berpanjangan....


semoga coretan aku kali ini ada manfaat untuk dikongsikan bersama....

Wednesday, January 19, 2011

Adoyaiiii....aduss....

Kenapa plak post entri aku kali ini macam nie tajuknya??
ish...ade sape2 yang sakit ker?? siap mengeluh lagi...pakej lengkap kot...hihi...
hai...entah kenapa tangan ni gatal2 nk letak tajuk macam nie...tp sebenarnya saje nak bawa pembaca berfikir bersama..apa yang aku fikir...itulah yang aku nak kongsi...

Awal2 pagi ini memang menenangkan...cuma ada deruan angin yang kadang-kadang ada...kadang-kadang xda...pastu ditambah pulak dengan kicauan burung yang berterbangan....sunyi sepi...dan sinar mentari baru merangkak2 ingin menonjolkan diri...memang indah....tp timbul dalam benak fikiranku...manusia mana??? kenapa sunyi sepi??

Tatkala aku mula menulis ini..jam menunjukkan hampir 7.00 pagi....tp suasana di luar masih gelap dan malap...ditambah pula tiada kelibat manusia yang meriuhkan suasana...tenang aku rasa...pabila sunyi sepi suasana...hairan dan ajaib memang tak terkata..bagai diketuk2 jiwa dan naluri dalamanku terus berkata2...melonjak2 untuk meluahkan rasa...mengapa jam di dinding dan ditangan menunjukkan hampir mentari menjelma namun manusia masih terus lena diulit mimpi...tanpa sedari masa terus mencemburui dan pantas meningggalkan diri....

Inilah realiti suasana yang terjadi kini....tatkala kini aku sedang berada di sebuah kawasan yang majoriti berbangsa melayu dan beragama islam...namun aku rasa seperti bukan berad dikelompok majoriti tersebut. Bukankah wajib bangun awal2 pagi untuk menunaikan tanggungjawab pada ILAHI?? tapi kenapa mimpi yang menjadi pilihan dihati...adusss.....sakit dan perit melihat ummah masa kini...patutlah islam kini dihina dan dicaci...kerana umatnya sendiri...adoyaiiii....

Terimbau seketika syarahan pensyarahku ketika dikuliah beberapa hari lepas....
ada dalam periwatan hadis tentang larangan Nabi Muhammad S.A.W kepada umatnya untuk tidur selepas subuh dan asar...kerana akan sempit rezeki bagi mereka yang mengamalkan dua perbuatan ini...begitu juga lepas asar..takut dikhuatiri akan menjadi gila kepada mereka yang mengamalkannya...

Pape pun..sama2 la kita ingatkan diri kita sendiri tentang perkara ini.. jangan dihairankan kenapa pintu rezeki kaum cina lebih murah dari kaum melayu islam....kenapa mereka boleh pegang ekonomi negara...jangan dilupa...ketika mana kita masih diulit mimpi...mereka?? dah bangun berjoging dan uruskan bisnes...sebab 2 rezeki mereka murah....Allah takkan berbohong dan menipu....begitu juga dengan Rasul utusan Allah....
Allah kan Maha pengasih dan penyanyang...pengasih kepada semua makhluknya tak kiralah beriman atau tidak dan penyanyang kepada orang2 yang beriman...

tiba-tiba teringat pada lagu Juara AJL 25.....
   " TOLONG INGATKAN AKU....KISAHKU TERSEDAR...DENGAN SAKU PENYELUK MASA..."

ermmm......amat2 lah puitis lagu ini...makna yang sangat mendalam...sangat2 bermakna...walaupun ana raffali bukanlah berlatar belakangkan agama pada pendidikannya...namun imej dan lagu yang ditulis.... ada tersirat disebalik tersurat...jom sama2 berfikir....macam 2 jugak konsep persembahan masa malam AJL 2...( baru berkesempatan nak tengok..2 pun kat youtube je...)

macam 2 juga kita....buatlah apa2 pun di dunia ini dan pergilah ke mana2 sahaja...namun jangan lupa untuk berfikir dan berfikir..... dan memberikan sesuatu pada agama, bangsa dan negara... sebesar mana pun amalan sama ada baik @ buruk...semuanya akan dihitung di sana...jangan lupa...

Konsep yang sempat ditulis,difikir dan diekspresikan pada masa ini...
       << MELIHAT + BERFIKIR = MENTAAKUL >>

Saturday, January 15, 2011

KISAHKU BERSAMA MEREKA...

Agak lama aku menyepi untuk menulis.....
Bukan aku sengaja…Cuma mungkin kekurangan idea dan masa…
Adakah itu alasan?? Oh….biar aku sahaja yang tahu…

Terlalu banyak perkara yang ingin aku kongsikan bersama...cuma aku tak mampu ekspresikan ia dalam bentuk tulisan...
entah mengapa..mungkin kesibukan diri menghadapi liku-liku sebagai pelajar...pekerja...dan sosial bersama mereka menyebabkan keletihan menimpa2...
akhirnya....tilam dan bantal yang empuk sajalah yang menjadi tempat yang paling enak dan selesa sekali untuk melepaskan lelah dan letih.....bila mata dah tertutup dan terpejam....ermm....habislah segala cerita dunia...hahaha…

Cerita kisahku bersama mereka aku nukilkan kali ini khas untuk mereka yang menemaniku selama seminggu melayari kehidupan yang penuh warna-warni...
aku mulakan dengan episod satu.....

Pengalaman aku bersama mereka dalam Program Kepimpinan kaunseling memang betul2 menyeronokkan. Walaupun aku pergi dalam keadaan paksa rela…kerana tanggungjawab dan amanah yg telah dipikul..akhirnya aku sedari…banyak hikmah yang tersembunyi yang tak dapat ditembusi dek akal dan fikiran manusia yang lemah dan fakir macam aku nie…
Walaupun seketika…namun detik dan masa ketika berada di negeri Bandaraya Bersejarah benar2 membuatkan aku membuka mata….erti persahabatan…ukhwah dan kepercayaan antara mereka yang bergelar manusia dan merek yang banyak berurusan dengan manusia…benar2 membuatkan aku terfikir seketika… antara keikhlasan memberi tanpa diminta,menerima dengan hati yang terbuka dan antara keikhlasan untuk berbicara dan meluahkan rasa juga mengungkapkan gelora jiwa yang benar2 membuatkan aku bahagia….semuanya sama….memegang konsep dan prinsip yang sama…BANTU DIRI DAN BANTU ORANG LAIN ( prinsip asas pembimbing rakan siswa…hihi) serta konsep KERAHSIAN BERSAMA KLIEN ( konsep asas seorang kaunselor…)

oh D’Nelayan Beach Resort….
Suatu tempat yang tenang…damai..sederhana….dan bermakna untuk kami semua….tempat yang menemukan kami bersama rakan2 yang baru kami kenali dan tempat yang mengajar kami mengenal erti…titisan air mata antara dua sahabat…..cetusan rasa dan keikhlasan jiwa mencurah kata2 semangat antara satu sama lain serta nilai yang tak dapat diungkapkan dengan kata2 saling menerjah minda aku…
Ya…..tatkala ini….aku bersyukur keran inilah CARA YANG MAHA KUASA MENGAJAR AKU SECARA HALUS DAN TANPA AKU SEDARI…. Nilai sayang dan menyanyangi dan menghargai antara mereka yang mempunyai ikatan akidah yang sama…..dan antara mereka yang mempunyai ilmu yang tiada jauh beza…
Syukur padaMu Ya ALLAH….Kau masih menyayangiku….

Tidak juga aku lupakan buat mereka yang bersama-sama aku dari universiti tercinta sehinggalah tiba di bumi Melaka….oh…banyak sungguh kenangan bersama walaupun hanya seketika… bermula dengan meredah banjir dan titisan-titisan rahmat yang mencurah tiada henti ketika perjalanan pergi sehinggalah pulang kembali dengan lena dan mimpi yang begitu indah sekali…dan pabila dinihari menjelma…semunya seperti sediakala….menjalani hidup seperti mereka di luar sana….segalanya terpahat sebagai sebuah memori suka dan duka bersama….banyak sungguh perkara yang dikongsi bersama…bagaikan lama tidak berjumpa…oh kamu semua…rindu sungguh rasa ketika mana kita semua berbicara…walaupun pada ketika itu kita semua berada dalam keadaan tidak selesa…dalam van yang begitu mesra dengan jalan raya dan kereta2 yang bagaikan tiada henti aliran dari mana jua destinasi yang pelbagai…begitu juga ketika mana gelak tawa dan proses berkias-kias kata bermula…semuanya membuatkan aku tersenyum seketika bila mengenangkannya dan juga aku tersenyum gembira juga bila mana tanganku pantas menekan keyboard pada ketika dan saat ini…
Oh…aku juga terlupa ketika mana kita berehat sebentar mencari ole2 dan buah tangan buat rakan2 sebagai tanda kita mengingati dan menghargai mereka….lawaknya bila mana ada yang terasa hati dek kerana bosan kerana hanya mengikuti…hahaha…tapi bila hatinya dicuit kembali….dia kembali beroperasi sebagai sebuah manusia….hahaha…begitu juga bila mana kita terkejar2 mencari ole2 dan buah tangan buat mereka..masa memang mencemburui kita….bagai xcukup kaki dan tangan bila begitu rupa..deringan telefon juga tak henti-henti menjerit meminta diangkat…tanda ada pesanan penting untuk mempercepatkan proses pencarian…nasib baik dalam keadaan yang tak menentu hala dan kelam kabut tersebut semuanya kembali ke van dengan selamat….oh semua…memang kenangan…..

Ermm….hampir aku terlupa pada cik pengiring kami yang sporting serta abg driver yang macho dan sempoi….sememangnya anda berdua memang terbaik la menemani kami selama dua hari..maaf ye kalau masa malam perjalanan pulang kami melalak dan menyanyi bersama artis2 AJL 25 dalam van….walaupun hanya mendengar dengan frekuansi radio yang tak menetu hala….tapi kami semua gembira dengan ditambah perasa kegilaan kami semua…dan tahap kesabaran dan sporting anda semua melayani kerenah kami semua…terima kasih buat anda berdua….hihihi…

Rasa aku…ekspresi aku kali ini dalam episode satu benar2 merungkaikan apa yang aku rasa pada kisah aku dan mereka yang bersama2 dalam program kepimpinan kaunseling… semoga pada getar dan jiwa yang ada pada kita semua tak dirosakkan oleh anasir2 yang semenangnya dengki dan muak pada keakraban yang telah terjalin antara kita..
Harus diingat dan jangan dilupa untuk berkongsi ilmu pada semua rakan2 kita diluar sana…itu juga peringatan buat aku yang selalu lupa…

Ok..cukup ekspresiku sampai sini untuk kisahku dan mereka: episod satu.





Wednesday, January 5, 2011

TERUSLAH MAJU KEHADAPAN

Minggu pertama pembelajaran sedang meniti saat-saat akhir waktunya....
semakin penghujung dan semakin mahu menjarakkan diri dari semua....
sedar@tidak....rupa2nya masa sudah semakin jauh meninggalkan kita....
namun terasa rugikah kita ditinggalkan dengan sia2??


Moga semester ini aku tidak tergolong dalam mereka yang rugi ditinggalkan masa...
Hampir seminggu....kesibukan serupa melanda.....
bermula jam 7.00 pagi...sehinggalah matahari melabuhkan tirainya...tidak berhenti bekerja....
fizikal dan mental seiring dan sejalan....kalaupun tidak cukup waktu bekerja....
pasti malam menjadi galang gantinya.....sungguhpun begitu....terima kasih pada semua yang memberi kerjasama...tak kira lah secara langsung@tidak sengaja...aku bersyukur....sekurang2nya adanya mereka..pekerjaanku menjadi mudah....


Untuk semester ini...........
Anjakan paradigma harus aku lakukan...biarkan rasa malu masih menebal di dada....
rasa kecewa masih menapak sengsara...rasa rendah diri datang tiba2....aku tahu apa yang harus aku lakukan..
Soalan dan jawapan itu ada pada gengaman aku...terserah pada aku untuk laksanakannya!!
yang penting aku harus tabah...sabar..dan teruskan usaha...doa pula janganlah aku lupakannya...


Minggu pertama ini...alhamdulillah...anjakan paradigma telah pun aku mulakan....
jika dulu....aku antara mereka yang duduk dibelakang ketika kuliah...
kini....aku adalah mereka yang dihadapan dan paling dekat dengan mana2 pensyarah yang kurang kugeruni...hihihi....maknanya...adalah pensyarah yang aku geruni ketika dan saat ini....
teringat ketika aku berbicara dengan seorang senior ketika aku diploma....:


" abg , apa rahsia abg dapat dean list setiap sem???"
" ermmm...xda ape rahsia apa pun sebenarnya...macam orang lain juga...." jawapan merendah diri....
" yeke?? xcayalah....." gesaku lagi....ingin tahu.
" alahai....xde yang istimewapun... cuma...bila belajar dalam kuliah...abg akan pastikan abg duduk dihadapan dan paling dekat dengan lecture. biarlah abg sorang2 kat depan pun dan yang lain jauh kat belakang. abg xkisah sebab keberkatan ilmu lagi mudah kita peroleh dan lagi mudah kita faham apa yang kita belajar."
" ooo......cam2 ea?? lagi ??"
" usaha dan doa dan tawakkal....."


Jika dulu....aku masuk ke kelas...dengan tiada semangat dan terpaksa....sehinggakan culas ke kelas menjadi satu kebiasaan.....
kini....aku antara mereka yang awal ke kelas...dengan satu semangat baru...dan culas ke kelas bukan lagi kebiasaan tapi satu yang patut dihindari....ya...perlu dijauhi....jangan ulangi....!!!
pernah rasa kekesalan ketika minggu ulangkaji semester lepas....
dek kerana selalu culas ke kelas....maka xdapat fahami pelajaran dengan baik....dan rasa malas ulangkaji pun datang serta terpaksa susahkan rakan2 yang lain untuk ajar aku semula...huhuhu...


jika dulu juga.....tanganku sentiasa rehat ketika lecture mengajar di depan....kadang2 mata pun rehat sekali...dek kerana letih dengan 'pekerjaan sampingan'....fokus juga semakin mengecil...sesekali tiada langsung fokus terhadap pelajaran yang tengah dipelajari....
kini...minggu pertama....semua itu dapat aku elakkan.....tangan mula sibuk mencatat segala perkara...otak ligat memahami perkara2 baru....pekerjaan sampingan juga ditinggalkan sedikit demi sedikit....fokus....semakin membesar....ditambah dengan semangat baru untuk berjaya dan kuasai ilmu....makin fokus diriku....


Alhamdulillah....hampir minggu pertama melabuhkan tirai....aku semakin selesa menyesuaikan diri dalam anjakan paradigma yang aku lakukan...cukuplah sekali aku jatuh terduduk...diketawakan kawan2 sekeliling...dan dipandang rendah....selepas ini....tidak lagi..pasti mereka akan terdiam sendiri....
Ya Allah..kumohon....tetapkanlah momentum aku dalam menuntut ilmuMU kini....mudah2an kejayaan dan keredhaanMU menjadi milikku nanti...ameen....

Saturday, January 1, 2011

SELAMAT PAGI TERENGGANU...

Hari di kedua di tahun baru 2011...
masih belum terlambatkan untuk aku sama2 mengucapkan selamat tahun baru pada semua...
disebalik keasyikan sambutan tahun baru diserata dunia..tidak kurang juga seluruh Malaysia...
ada rasa getar di jiwa...namun biarkan nanti kita kongsikan bersama...


Hari pertama di bumi Terengganu......
setelah hampir 2 minggu lebih berada di rumah sendiri...
rasa puas masih belum terasa...
kehangatan tangan dan pipi ayah dan bonda dan adik beradik...gelak tawa...hingar bingar...
masih terngiang2 di gegendang telinga...namun..
memang fitrah manusia susah untuk berasa puas dengan apa yang diberikan...


Tahun baru...semester baru...wajah baru...jiwa baru....segalanya baru...
soalan cepumas ditahun baru??


" apa azam ko tahun baru nie??? "
" camner azam tahun lepas ?? terlaksana @ postpone tahun baru nie?? "


hahahaha...pasti sesiapa yang baru berjumpa...ini antara soalan 'fofular' untuk ditanyakan...tak kurang juga rata2 menulis di facebook...laman sosial yang sangat2 diminati kini...tentang azam dan diri.....


bagi aku???
azam itu tetap ada....banyak tidak terkira...biasalah...tahun baru lah katakan....
semangat tengah berkobar2....pasti semua ingin dilakukan...
tetapi...apa yang pasti.....aku ingin baiki kesihatan rohani dan jasmani aku....
dua perkara yang telah lama ingin aku lakukan.....sekian lama....huhuhuhu....
mereka yang sentiasa di sisiku...acapkali mendengarnya....
" maaf kawan2...omongan kosongku sia2 barangkali...." 
" namun pinta doanya semua....agar kali ini bisa jadi realiti...."
 (( waduuuuhhhh.....kok bisa2 ngomong indonesia sik???? ))


dan untuk pelajaranku....
ketika waktu dan masa masih berbaki....aku perlukan satu semangat luar biasa untuk kembali...
mungkin dosa2 semalam sedang menguji...kejatuhan mendadak membuatkanku terduduk seketika...
namun DIA MAHA PENGASIH DAN PENYANYANG...
masih ada kesempatan masa dan ruang untuk aku perbaiki diri...
dan...semoga aku mampu menebusnya kembali....


Datang pagi ini.....aku membawa bersama semangat ( walaupun lemah.....) 
dan gengaman amanah dari ayah dan bonda ( terasa berat amanah itu...)













SEMOGA AKU MAMPU MENGGALASNYA.....!!!

~Kenali Aku~

My Photo
ekspresi ibnurazaq
Putera kedua Tn.Hj. Ab Razak bin Hassan dan Pn.Hjh. Latifah binti Saad. Berumur 23 tahun(2011) . Masih bujang. Merupakan mahasiswa tahun kedua di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dalam jurusan ISM Pengajian Islam (Syariah) dengan kepujian dan telah mendapat diploma Bahasa dan Kesusasteraan Arab dari universiti yang sama. Menyandang jawatan sebagai Exco Modal Insan, Persatuan Mahasiswa Kontemporari Islam (PMKI) dan Presiden Kelab Pembimbing Rakan Siswa(PRS) UniSZA bagi sesi 09/10. Seseorang yang mudah beremosi dengan sesuatu perkara tetapi dalam masa yang sama mampu berfikir secara pantas untuk menangani emosi daripada menguasai. suka berfikir dengan apa yang berlaku di sekeliling serta suka bereksperimen dengan diri sendiri.
View my complete profile