topbella

Thursday, March 31, 2011

Buat Penggemar Facebook


Ermmm....dewasa kini laman sosial Facebook (FB) semakin mendapat tempat di kalangan rakyat seluruh dunia....tak kiralah siapa dia...kanak2 sekolah rendah ke...remaja sekolah menengah ke...belia ke...bahkan datuk nenek pun ada facebook taw...hebat betul pengaruh facebook nie...ermmm..untung sungguh pencipta laman sosial ini....dan tak dinafikan akibat pengaruh melampau facebook ini...banyak kesan yang menimpa rakyat dewasa kini...tak kiralah kesan itu positif @ negatif....tepuk dada dan tanya iman kita....apakah yang kita perolehi daripada penggunaan facebook ini....dan jangan terkejut pula...ada diantara kita yang langsung tidak menghiraukan kewujudan laman sosial ini....biarlah betapa ramai yang terkena pengaruh dan polemik facebook ini....mereka terus tetap meneruskan kehidupan mereka seperti biasa...alahai....tabik springgg la pada anda!!!


Dan untuk post kali ini saya kongsikan pada anda semua sebuah artikel yang saya perolehi hasil proses pencarian dan pencarian di laman web iLuvislam.com....menarik dan bagus untuk dijadikan pedoman...!! Jom membaca....

Tidak ketagih kepada laman web sosial, Facebook, merupakan salah satu rahsia anak seorang tukang kayu, Chai Swee Fen, 20, mencatatkan keputusan cemerlang dalam Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun lepas.
Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Lintang itu merupakan salah seorang daripada 13 pelajar di negeri ini yang berjaya memperoleh Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 4.0.
Chai yang berminat dalam mata pelajaran Matematik, Biologi dan Kimia berhasrat untuk melanjutkan pelajaran di National University of Singapore (NUS) atau Universiti Sains Malaysia (USM) dalam bidang farmasi.
"Saya akan sentiasa layari, termasuk berbual dengan rakan-rakan saya untuk menyihatkan minda dan mendapat pengetahuan tambahan. Bagaimanapun, saya tidak ketagih dengan Facebook," katanya kepada pemberita selepas mendapatkan keputusan STPM di SMK Batu Lintang di sini hari ini.
Di Sarawak, seramai 13 calon Sekolah Menengah Kebangsaan di negeri ini mencapai 4.0 PNGK manakala seramai 870 pelajar telah mendapatkan 3.0 ke atas.
Seramai 5,912 pelajar telah menduduki peperiksaan STPM di Sarawak pada tahun lalu dan 298 orang atau 5.04 peratus adalah calon persendirian.
Pada keseluruhannya, seramai 5,191 orang atau 92.47 peratus calon sekolah telah mendapat sijil STPM pada tahun lalu berbanding 5,228 calon (91.56 peratus) pada tahun 2009.
Daripada jumlah calon tersebut, seramai 37 calon lulus penuh dalam lima mata pelajaran (5P), 2,121 calon lulus penuh dalam empat mata pelajaran (4P), 1,233 calon lulus penuh dalam tiga mata pelajaran (3P) dan 938 calon lulus dalam dua mata pelajaran (2P) manakala 862 calon lulus dalam satu mata pelajaran (1P).
Keputusan STPM tahun lalu mencatatkan peningkatan peratusan dalam 11 mata pelajaran iaitu Computing, Usuluddin, Literature in English, Pengajian Perniagaan, Bahasa Arab, Seni Visual, Perakaunan, Sejarah, Bahasa Malaysia, Bahasa Cina dan Matematik Statistik.
Mata pelajaran Literature in English dan Matematik Lanjutan Tulen telah mencatatkan 100 peratus lulus.
- Kuching, 21 Februari 2011
Berita ini dibawa oleh Bernama (Pertubuhan Berita Nasional Malaysia). iluvislam.commerupakan pelanggan rasmi Bernama.


TERIMA KASIH KERANA MEMAKMURKAN

Terasa malu pulak hendak menulis tentang perkara ini sebab nampak sangat aku tak tahu memakmurkan blog sendiri..tapi ini satu kelemahan ku..insyaALLAH sedikit masa lagi akan ku penuhi ilmu di dada....namun kucoretkan juga ia sebagai satu penghargaan buat adikku yang sudi membantu untuk memakmurkan...bermula dengan dia membaca kemudian dia menaip sedikit mesej ( agak panjang jugaklah.....) untuk memberikan komen pada wajah dan rupa blog ku sebelum ini....dah akhirnya.... dia menawarkan diri untuk membantu dan memakmurkan...dan akhirnya...inilah hasilnya.....dan untuk kesekian kalinya akan ku minta pertolonganmu lagi untuk membantu....

Sekalung terima kasih buatmu yang membantu memakmurkan blog ku ini......AFIFAH ADILA.....

inilah orang yang membantu aku...thankz ye.....

sori la amek gambar kamu dari fb kamu.....hahahah... mintak izin ye....


DAN SEKALI LAGI SEKALUNG PENGHARGAAN BUATMU ADIK......TERIMA KASIH BANYAK2...ARIGATO GOZAIMAZ....!!! ORANG BERBUDI KITA BERBAHASA ORANG MEMBERI KITA MERASA.....

Patutlah kuantiti lelaki di IPTA sedikit...

Saban tahun..setiap kali kemasukan pelajar ke IPTA di Malaysia...kuantiti mahasiswa lebih sedikit berbanding mahasiswi..ermmm....kenapa ye??? dan di UniSZA juga tak kurang hebatnya fenomenan ini.... dan aku masih ingat ketika mana aku menjadi Pembantu Mahasiswa ( PM ) ketika minggu orentasi....salah seorang pegawai universiti tanya kepada ku...


" macam mana pelajar lelaki kali nie??? "
" macam biasalah encik....semakin 'pupus'......"
" hai.....ada peluang la nak cukupkan kuota 4 nie....."
" hahaha.....report encik..report......"
"hahahahaha........."


Dan hari ini..ketika mana aku berpeluang membuka laman web iLuvislam.com...aku terjumpa artikel yang dipetik dari BERNAMA....owh....barulah aku tahu kenapa...dan salah satu sebabnya lelaki semakin berkurangan di IPTA...tp harus diingat...KUANTITI bukan penentu KUALITI.....hihihi.......cabaran besar untuk mahasiswi...!! jom kita sama-sama membaca artikel ini...dan untuk membaca terus ke laman web iLuvislam...ini link nye.... http://www.iluvislam.com/berita/malaysia/1996-lebih-ramai-pemandu-lelaki-terbabit-dalam-kemalangan-berbanding-wanita.html

LEBIH RAMAI PEMANDU LELAKI TERBABIT DALAM KEMALANGAN BERBANDING WANITA

Kajian yang dijalankan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) mendapati bilangan pemandu lelaki yang terlibat dalam nahas jalan raya adalah 2.4 kali lebih tinggi berbanding wanita.
Ketua Pengarah MIROS Profesor Dr Ahmad Farhan Mohd Sadullah dalam satu kenyataan hari ini berkata, kajian itu turut  disokong statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menunjukkan sejumlah 244,336 kemalangan membabitkan pemandul elaki  berbanding 103,153 bagi wanita, pada 2009.
Mengambil kira bilangan penduduk, beliau berkata lelaki mempunyai purata kadar nahas jalan raya sebanyak 1,351.74 untuk setiap 100,000 penduduk berbanding 537.97 bagi wanita, dan ini membuktikan lelaki 2.5 kali lebih berisiko berbanding wanita.
Bagaimanapun, katanya, Miros mendapati wanita menunjukkan peningkatan kemalangan yang kurang sihat pada 2009 berbanding 2006. "Jumlah pemandu wanita yang terlibat dalam kemalangan bertambah daripada 26.4 peratus pada 2006 (berbanding lelaki 73.6 peratus) dan telah meningkat kepada 29.7 peratus pada 2009," katanya ketika mengulas kenyataan Anggota Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin bahawa wanita memandu sambil lewa di jalan raya.
Ahmad Farhan berkata kajian itu juga menunjukkan lelaki dan wanita mempunyai ciri berbeza yang mempengaruhi pemanduan mereka seperti persepsi keselamatan dan keselesaan dalam kereta sendiri."Semasa memandu, seorang wanita akan memikirkan beberapa perkara, tetapi memandangkan pemanduan memerlukan gandingan aksi dan reaksi, ada kalanya, sesetengah wanita akan melakukan kesilapan," katanya.
Beliau berkata dari sudut pemanduan, lelaki pula dikenal pasti memiliki kemahiran lebih tinggi berbanding wanita, dan ini menjadikan mereka lebih berkeyakinan dan seringkali juga "terlebih yakin" sehingga memandu di luar kawalan serta secara berbahaya. Bagaimanapun, katanya, kes kemalangan jalan raya kini sering berlaku tanpa jantina.
- Kuala Lumpur, 30 Mac2011
Berita ini dibawa oleh Bernama (Pertubuhan Berita Nasional Malaysia). iluvislam.commerupakan pelanggan rasmi Bernama.
Sumber imej : Google Image



Wednesday, March 30, 2011

Kisah Kau dan Aku

Agak menarik untuk aku coretkan peristiwa hari ini...entah mengapa dan kenapa...aku ketawa sendirian bila mengenangkannya...hahahaha.....ya...kisah antara aku dan dia....sekali lagi dalam lipatan sejarah persahabatanku namanya tercoret dalam album kenangan yang mungkin akan ku simpan rapi....tanpa perlu aku kongsikan siapa dia...aku coretkan kisah dia disini...untuk tatapanku dan juga dia..( kalau dia tahu lah kisah dia dan aku terukir di laman ini...

erm....jauh merenung dan terus merenung......
Semalam kebarangkalian untuk kami berjumpa amatlah sedikit...peratusnya juga tidak begitu memberangsangkan.... namun segalanya berubah hari ini....maklumlah...seharian kami dikampus... peratusannya menjadi lebih tinggi dan kebarangkaliannya meningkat....Ya...sungguh tepat jangkaan aku.....sebelum kakiku melangkah masuk ke dalam kelas aku telah berjumpa dengan dia...namun aku macam biasa...berlagak seperti tiada apa yang berlaku antara kami..aku biarkan kehadiran dia di sisi sepi...ya..aku sangat bahagia...namun aku harus hormati pendirian yang aku pegangi....harus aku lontarkan bahagia itu jauh dari diri....agar harapan tidak berbunga kembali.....dan untuk kesekian kalinya aku rasa sayu....hatiku dipagut pilu ketika mana aku melakukan perkara ini kepadanya......bila dia ke sisi ku..aku terus pergi membawa diri dengan muka yang terpaksa aku masamkan....biarlah apa orang disisiku ketika itu berkata....aku tahu apa yang aku lakukan......

Dan kuingatkan selepas itu dia juga akan mendiamkan diri....namun sangkaanku meleset...dalam tidak ku sangka...mesej di telefonku berbunyi......dan dia hadirkan dirinya memberikan penjelasan.... ku baca...dan apa yang mampu aku balas adalah......K......dan hadir lagi sekali mesejnya dengan animation sedey.... :(... aku ketawa sendirian....dalam diam dia cuba memujukku....alahai......TIDAK!!!!. hati...jangan kau terpedaya lagi...!! fokuskan pada pendirian yang kau pegangi....

Dan untuk terakhir kalinya....walaupun setiap kali kehadiran kau kuhadiahkan dengan kedinginan dan perangai yang buruk.... dalam diam aku tetap mendoakan keselamatan dia dengan penuh kasih sayang... pergilah kau mengembara menikmati keindahan ciptaan alam.... dan jagalah dirimu sebaik2nya.... aku harapkan ketenangan wajah dan sikapmu terus kunikmati dalam diam..sahabatku sayang

Monday, March 28, 2011

Di sebalik Bencana yang menimpa

Hari ini aku terasa ingin menulis sesuatu yang lebih serius untuk diperkatakan.... jika selalu...cetusan hati yang selalu memberi galakan untuk diekspresikan ke dalam bentuk tulisan namun pada hari ini...cetusan fikiran mengatasi rasa hati....





Sedar atau tidak...kebelakangan ini...bencana alam semakin menjadi-jadi...bermula dengan bencana tsunami yang menimpa negara matahari terbit, gempa bumi dan letusan gunung berapi bawah lautan dan sebagainya hinggalah hujan tanpa henti yang mengakibatkan banjir seringkali terjadi.... semakin hari alam semakin meluahkan rasa tidak puas hati dengan manusia....dengan kehendak Yang Maha Kuasa...alam berbicara memberikan kata dua kepada manusia semua....memberi peringatan agar tidak terus hanyut dalam dunia rekaan mereka dan tidak terus leka dari menjaga alam sekitar.....namun adakah manusia sedar atau menganggap ini hanyalah sebagai satu fenomena alam yang biasa berlaku...tepuklah dada tanyalah iman anda..

Jika soalan ini ditanya pada aku...aku sendiri tidak pasti apakah jawapan yang perlu aku berikan....
cuma tatkala ini aku sedang berfikir.....adakah ini adalah amaran dari Yang Maha Esa kepada manusia supaya sedar akan diri dan di mana tahap iman pada ketika ini...bersediakah kita jika disebalik bencana yang menimpa ini kita dipanggil menghadap Yang MAha Esa....?? atau disebalik bencana ini kita hanya menganggap ianya fenomena biasa dan terus leka dengan dunia dah akhirnya dipanggil menghadapNya dengan sia-sia..... ahhh.... aku pasti aku tidak mahu pergi dengan sia-sia.....

dan ketika aku sedang berbicara melalui tinta...hujan terus 'menangis' ke bumi tanpa henti...dan keadaan di UniSZA ( bumi di mana aku menuntut ilmu kini......) semakin meruncing..hujan tanpa henti dari semalam dan paras air semakin meningkat sedikit demi sedikit.....kelas pula ada yang dibatalkan atas ihsan pensyarah dan ada yang berjalan seperti biasa.....( arrgghhhh....sedapnya tido time2 macam nie...tapi ada kelas pula.......huhuhuhu)....amanah dan tanggungjawab yang digalas perlu dilaksanakan..jadi tak kiralah bagai mana pun keadaan....kena pergi juga kelas...huhuhu....


dan kepada semua rakan-rakan yang ada...hati-hatilah semasa hujan dan banjir yang menimpa..... jaga diri elok-elok...kerana banyak yang dah terjatuh ke lubang2 dan longkang2 yang dah ditutupi air......

Maafkan aku teman...


Agak susah untuk aku menulis tatlkala ini..namun kugagahkan jua demi luahkan apa yang terbuku di dada....
Mungkin ada yang tidak suka...namun inilah pilihan ku....siapa anda untuk mencela.... saya langsung tidak berkata-kata tentang diri anda..namun yang bakal dicoretkan adalah rasa dan jiwa saya....kepada teman yang saya suka....teman yang ada rasa cinta pada nya....

maafkan aku 
teman...
rakan.....
kawan.....
sahabat.......

itulah kata-kata yang mampu aku luahkan buat masa dan ketika ini untukmu....bukan sengaja aku bersikap demikian...semuanya kerana terpaksa.... amat sedih dan pedih tatkala mana kau cuba untuk berbual denganku...namun hanya layanan dingin yang mampu aku berikan padamu ketika ini... aku tahu jiwaku tersiksa dan naluriku terluka..namun sekali lagi aku terpaksa...dan ketika mana kepingan-kepingan mesejmu masuk ke dalam telefonku.. kubaca....dan kubiarkan ianya sepi.....akhirnya atas rasa resah dan risau akan dirimu....kutaipkan ringkasan perkataan buat pertanyaanmu.....' xde pape '. kuharapkan seringkas mana jawapanku.....dapat menenangkan hatimu buat seketika.....

dan ketika ini aku seringkali bertanya pada diriku.....adakah kau memikirkan apakah perasaanku apabila mesej2ku kau biarkan sepi?? sepi tanpa balasan.....

dan ketika ini juga aku seringkali berfikir...adakah aku ini mempunyai nilai istimewa pada dirimu @ sekadar kawan biasa dan digunakan ketika dirimu memerlukanku??

dan adakah ini dinamakan sebuah persahabatan atau hanya boleh diibaratkan sebagai kenalan semata-mata??

arggghhhh...sampah semua soalan ini....aku sendiri tahu akan kebenaran jawapan bagi setiap persoalan-persoalanku..... dan untuk ketika dan saat ini...sekali lagi aku tegaskan padamu yang sememangnya..aku terpaksa lakukan ini padamu....YA....AKU JUGA SEDANG TERSIKSA....tapi aku terpaksa....tatkala mana aku melihat kemuraman jelas terpancar pada wajahmu....aku juga turut terasa tempiasnya...namun kugagahkan diri... aku biarkan perasaanku pergi..diganti dengan hilai tawa...senyuman dan lawak-lawak serta gurauan untuk menepis segala resah yang membelenggu jiwa.....

Pasti kau tertanya2 kan kenapa aku terpaksa lakukan ini semua...... ya...aku ada jawapannya...!!

1) aku tidak mahu terus meletakkan harapan palsu pada dirimu...harapan yang tak mungkin akan menjadi kenyataan dan raealiti....
2) aku mahu beri peluang pada rakanku sendiri untuk mendekatimu...biarlah atas posisi apa pun...sahabat ker...kawan ke....kekasih ke...ape ke....terpulang....tp biarlah kau berdua...aku tidak mahu jadi yang ketiga....
3) aku tidak mahu perkara main2 ini menjadi lebih serius dan kasih sayang dan cinta aku padamu sahabat beralih arah ke arah negatif......
4) yang paling penting AKU TIDAK MAHU KEHILANGANMU DALAM SENARAI SAHABATKU....

dan aku telah perjelaskan semuanya.....dah aku harap kau memahami......maafkan aku sahabat......

Sunday, March 27, 2011

LIRIK LAGU YANG AKU PALING SUKA KINI

rASA2 KORANG PERNAH DENGAR TAK LAGU NIE.....?? AKU SANGAT2 SUKA DENGAN BAIT-BAIt LIRIK LAGU NI... MUzIK PUN NOT BAD...MELODI PUN RILeK JE...DENGAR SEKALI TERUS TERPIKAT..SELAMAT BERTANYA 'EN.GOOGLE' DAN MENDOWNLOAD EK SEMUA...HIHIHI.....


DOA KALBU


dimalam penuh bintang
di atas sajadah yang kubentang
sedu sedan sendiri
mengaduh pada Yang Maha Kuasa
betapa naif diriku ini hidup tanpa ingat pada-Mu
urat nadi pun tahu aku hampa..


di malam penuh bintang

di bawah sinar bulan purnama

kupasrahkan semua
keluh kesah yang aku rasa
sesak dadaku
menangis pilu
saat ku urai dosa-dosaku..
dihadapan-MU ku tiada artinya............



doa kalbu tak bisa aku bendung

deras bak hujan di gunung sahara

hatiku yang gersang........
terasa oleh tenteram...



hanya Engkau yang tahu siapa aku

tetapkanlah seperti malam ini

sucikan diriku selama-lamanya.......



DOA KALBUKU......

Wednesday, March 16, 2011

L.E.T.I.H

Minggu ini adalah minggu yang amat meletihkan.....walaupun aku masih lagi diselubungi dengan perasaan2 yang tidak menentu...sekejap datang sekejap pergi....namun...sedikit sebanyak keletihan ini membantu...

"aik, macam mana keletihan boleh membantu plak???"
" membantu redakan getaran2 perasaan yang tidak menentu....yang menyakitkan dan menyesakkan.."
" so far macam mana??"
"aish....banyak soklan plak mamat a.k.a minah nie( macam mana keadaan si penyoal nie...wallahualam....)"
"so far ok lah...dah leh rasionalkan semula...cuma kena perlu kuat dan tabah.....berjalan tanpa memandang ke belakang semula...memang susah untuk mempraktikkan dan mudah untuk berkata2 tapi itulah hakikat yang perlu di hadapi.....( kan panjang lebar aku jawab! for sure tak tanya banyak2 dah....)"
"ok....baguslah begitu...."
" ermmm.....( kan aku dah cakap.....)"

Dari mula hari ahad sehinggalah ke hari ini...memang tak berhenti...fokus untuk pelajaran pun lari sedikit.... ermm..keje punya pasal...masa kian berlalu...hari silih berganti..masa pantas berlari...mampukah aku?? persoalan yang menggetarkan hari....huhuhu.....

Walaupun untuk kali ini aku hanya sebagai pemerhati dan pengomen( betul ke perkataan ini....? lantak r...)
namun dalam masa yang sama....aku juga pengurus kawan2 ku sendiri.... so sebagai merangkap2 nie....kenalah buat banyak kerja dalam satu masa....tambahan plak aku disibukkan dengan persatuan yang aku kena handle....aduhai.....bertambah dan makin bertambah....hati pulak selalu tak menentu.....ermmm..... dugaan...dugaan.....semakin lama semakin menyesakkan dada...namun aku pasti! ada hikmah disebalik segala2nya.....

Thursday, March 10, 2011

REMAJA makin mengganas

Pasti pelik bila membaca coretan pada kali ini kan?
Bukan apa...terasa bagai dipanggil2 untuk mencoretkan tentang perkara ini....
Jangan dipelikkan ada perkara yang tidak pelik...menulis...perkara biasakan??
Sejak bila kita menulis?? 3 tahun?? 5 tahun?? atau sebaik sahaja memasuki alam persekolahan??
Ermmm...tak kisah lah bila pun..yang pasti semua pandai menulis...cuma method penulisan berbeza..
Adakala kita menulis menggunakan tangan..adakalanya bertaip...dan adakalanya dengan hati...ermmm...??


Tinggalkan perkara itu....nanti kita akan berbicara tentang penulisan pulak ea...insyaALLAH...

Sekarang ini perkara yang perlu dan harus kita berasa pelik adalah melihat REMAJA kita pada masa kini...
Dalam minggu ini sahaja..tak silap aku ada banyak kes yang melibatkan remaja di dada2 akhbar...
Ada yang ugut bunuh guru.....ada yang buat bahan letupan dan letupkan sekolah.... dan macam2 lagi...
aduhai....remaja...oh..remaja...
Apa yang anda inginkan dalam kehidupan sebenarnya?? 
bukan kah anda masih lagi bergelar remaja dan masih bergelar seorang pelajar...??
Mengapakah sikap dan tindak tanduk anda semua semakin lama semakin diluar batasan...


Apakah sebenarnya yang berlaku pada remaja kita pada masa kini....???
Masalah sosial..gejala dadah...mat rempit...kutu rayau dan sebagainya usah diungkaplah....
sememangnya itu sudah menjadi fenomena biasa....
Yup...! Aku masih ingat...minggu lepas aku pergi ke Kuala Lumpur dan ada ketikanya...
Aku menaiki komuter..ala...komuter...macam LRT tu...tahu kan?? dan perkara yang menyedihkan berlaku depan aku adalah sepasang kekasih tanpa segan silu berpelukan di tengah kesesakan di dalam komuter tersebut...pakaian usah cakapkan..memang terbonjol sana sini....dan tak silap aku.. memang sah orang Melayu....cuma islam itu diragui....mungkin hanya tertulis pada kad pengenalan barangkali.... praktikalnya... usah dipersoalkan...

So di mana silapnya??
mengapakah semakin hari remaja kita semakin rosak?? 


Persoalan yang sememangnya susah untuk dijawab... Pelbagai pihak melaksanakan bermacam2 aktiviti untuk peningkatan modal insan para remaja namun...masih tiada penyelesaian terhadap masalah ini...
bayangkanlah jikalau pelajar2 sekolah yang mengugut bunuh cikgu dan meletupkan sekolah ini besar kelak...bagaimana??? 
Perintis kepimpinan bagaimanakah yang dapat dibentuk jika acuannya sebegini rupa...
Sama-sama kita fikirkan....

Wednesday, March 9, 2011

Tingkatkan Testosterone???


Jika anda inginkan satu bahan ajaib untuk merangsang pembesaran otot, bahan itu sudah semestinya Testosterone. Testosterone adalah hormon pembesaran otot yang paling penting dalam badan anda dan juga merupakan faktor penentu bagi jumlah maksimum otot yang boleh dibina oleh badan anda.
Dibawah ini adalah sebahagian daripada faedah-faedah yang boleh anda nikmati melalui peningkatan kadar testosterone didalam badan anda.
-Penambahan kekuataan dan saiz otot
-Pengurangan kadar lemak dalam badan
-Peningkatan keinginan seksual dan tenaga batin
-Menaikkan mood anda
-Pengurangan kadar kolestrol yang memudaratkan
Jika anda ingin menigkatkan kadar testosterone didalam badan anda disini saya akan menyenaraikan 10 teknik yang mudah dan semulajadi agar anda dapat menikmati semua faedah-faedahnya.
1) Utamakan senaman bersepadu didalam latihan anda.
Senaman bersepadu adalah seperti squats, deadlift, bench press, barbell row, chin ups, dips, lunges dan shoulder press (sila rujuk di www.revolutiongym.blogspot.com, di segmen workout corner). Senaman-senaman ini akan memberikan tekanan yang kuat keatas otot-otot dan seterusnya memaksa badan anda untuk meningkatkan penghasilan testosterone didalam badan.
2) Berlatih dengan intensiti tinggi.
Jika anda ingin hasil yang mengkagumkan anda mesti melakukan senaman anda dengan intensiti tinggi. Ini kerana dengan tekanan yang kuat terhadap otot anda, badan anda akan menghasilkan kadar testosterone yang lebih banyak.
3) Anda mesti melatih kaki anda sekuat anda melatih bahagian atas badan anda.
Untuk pengetahuan anda latihan kaki yang dilakukan dengan intensiti tinggi mampu merangsang pembesaran dibahagian dada, belakang dan lengan anda. Ini adalah disebabkan oleh peningkatan kadar testosterone yang dirangsang melalui latihan kaki.
4) Tingkatkan pengambilan EFA.
Essential Fatty Acids (EFA) daripada sumber seperti kekacang, avocado, ikan dan minyak daripada bijian flax, canola dan zaitun adalah sumber yang baik untuk meningkatkan kadar testosterone didalam badan anda.
5) Kurangkan pengambilan soya
Protein soya meningkatkan kadar penghasilan estrogen (hormone utama wanita) dan ini mempunyai kesan negatif terhadap kadar testosterone didalam badan anda
6) Hentikan pengambilan alkohol
Alkohol telah terbukti boleh menjejaskan kadar testosterone didalam badan anda dengan dramatic sekali. Jadi hentikan pengambilan alkohol.
7) Tingkatkan pengambilan sayur-sayuran jenis cruciferous didalam diet seharian anda
Broccoli, kubis bunga, lobak, turnip, kubis dan brussels sprout telah terbukti berkesan menurunkan kadar estrogen didalam badan maka secara tidak langsung meningkatkan kadar testosterone.
8) Kurangkan kadar tekanan harian anda
Membiarkan diri anda dalam keadaan yang tertekan akan merangsang penghasilan 'cortisol', sejenis hormon catabolic yang mampu menurunkan kadar testosterone.
9) Tingkatkan aktiviti seksual anda (Untuk yang sudah berkahwin)
Rangsangan seksual akan menyebabkan badan anda menigkatkan pengeluaran oxytocin yang berkesan untuk meningkatkan pengeluaran endorphin (bahan kimia ceria), yang turut meningkatkan kadar testosterone.
10) Pastikan anda mendapat tidur yang secukupnya setiap malam
ermm...bila la agaknye ek??
Sekadar gambar hiasan...
Kurangnya tidur boleh menyumbang kepada penghasilan cortisol yang mampu mengurangkan kadar testosterone didalam badan anda.
Mulakan mengamalkan teknik-teknik ini secara konsisten dan anda akan mengalami peningkatan kekuatan dan penambahan saiz otot-otot anda. 

P/s : Khas untuk bacaan para lelaki yang inginkan badan yang lebih mantap dan otot yang lebih kuat... Aku pun turut berminat jgak....hihihi...

Lega rasanya....Alhamdulillah....

lamanya tak menulis...penyakit malas untuk berfikir dan mencurahkan idea kembali menjelma....
"arggghhhhh....,jangan biarkan najib!! kemalasan itu hanya akan membunuh dirimu...."

So disebabkan kata-kata nasihat buat diriku ini...kujadikan batu loncotan untuk terus memotivasikan diriku... bukan nasihat dari mana2 individu yg istimewa ok...! tapi semestinya nasihat dari diriku buat diriku... mudah kata 'sesi monolong diri ke diri' sedang berlaku kini....

Ermm...sekembalinya dari bandaraya Kuala Lumpur sememangnya memberikan aku 'impak maksima'  terhadap kehidupan dan perjalananku...entah mangapa....dengan mudah mood berubah sekelip mata...adakala aku seperti mengenali diriku dan adakala seperti tidak...aku pun confius..adakah??? oh...tidakkk..
Walau bagaimanapun ia memori terindah yang tercatat dalam diari dan nostalgia hidupku...Kuala Lumpur oh Kuala Lumpur.....menggamit memori,meruntun hati dan sekembali .....kegilaan menjadi-jadi...hehehehe

" woit, ape Kuala Lumpur...kuala Lumpur nie....???!!! macam ler tak pernah pergi....selalu kot...adoyai....."
"semak tol ler mamat nie tersengih2 sorang2 sambil tengok gambar dia ke KL 2....gilo pe...."

hahaha....semuanya kata2 diriku untuk diriku....

Pasti ade yang tertanya2 kan istimewa ke Kuala Lumpur??? bagi aku ya.....kerana apa??? kerana ada memori bersama2 rakan2 aku di sana.... Lawatan Ilmiah ke Kuala Lumpur bukanlah satu lawatan yang sia2..bagi aku...ada seribu makna dan kenangan disana...pasti jika di lain waktu aku ke sana...satu persatu kenangan itu kembali menerjah.

UKM.....UIA......IKIM....TABUNG HAJI KELANA JAYA....

                                         SPA...FRIM...MEDIA PRIMA ( NASI LEMAK KOPI O )
( ini antara tempat-temapt lawatan ilmiah kami....dan disini jugalah kenangan demi kenangan terbina antara kami semua...)

Jika sebelum ini...mungkin ada yang tidak berkempatan menegur satu sama lain..dan di kesempatana ini...kami semua lebih mengenali....bertegur sapa dan menyemai benih-benih ukhwah sesama sendiri... indahkan??

Dan bagi aku....memori bersama 'dia'....amat2 aku hargai... bukan mudah untuk memiliki peluang sebegini.. walaupun seringkali berpeluang....tapi kali ini agak istimewa....aku harap dia mengerti...walaupun kutahu... sukar untuk dia mengerti...

Dan mengapa selepas kenangan ini berlalu...aku seperti kurang mengenali diriku....mungkin inilah sebabnya...ermmm....Ya...! aku pasti inilah sebabnya.....dan ketika mana seminggu berlalu.... akhirnya aku kembali kenali diriku dan kembali meneruskan semula hidupku..

Dan yang pasti....aku harus kembalikan semula persahabatan kami...bukan dicemari dengan 'rasa2' yang bakal merosakkan hubungan persahabatan yang telah terbina antara kami....

Dan memetik kata2 kawanku....
" kasih sayang sesama manusia itu tak salah...cuma kasih sayang bersulamkan nafsu itu yang menjadikan kasih sayang itu salah....." ( memang boleh difikir2kan......)

Dan yang pasti......" aku sangat sayangkan sahabat2 aku dan dia...... "

" it was a great moment we had together.....i love that moment ever and ever....."

~Kenali Aku~

My Photo
ekspresi ibnurazaq
Putera kedua Tn.Hj. Ab Razak bin Hassan dan Pn.Hjh. Latifah binti Saad. Berumur 23 tahun(2011) . Masih bujang. Merupakan mahasiswa tahun kedua di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dalam jurusan ISM Pengajian Islam (Syariah) dengan kepujian dan telah mendapat diploma Bahasa dan Kesusasteraan Arab dari universiti yang sama. Menyandang jawatan sebagai Exco Modal Insan, Persatuan Mahasiswa Kontemporari Islam (PMKI) dan Presiden Kelab Pembimbing Rakan Siswa(PRS) UniSZA bagi sesi 09/10. Seseorang yang mudah beremosi dengan sesuatu perkara tetapi dalam masa yang sama mampu berfikir secara pantas untuk menangani emosi daripada menguasai. suka berfikir dengan apa yang berlaku di sekeliling serta suka bereksperimen dengan diri sendiri.
View my complete profile