topbella

Monday, March 12, 2012

menulis semula.....sekadar mengisi masa....
aku teringin untuk menulis ketika dan saat ini...
meluah rasa pada benda tak bernyawa..
pada lembaran kertas maya yang hanya nampak di mata tapi tak dapat di sentuh oleh deria.....

dan ketika ini juga aku teringin untuk menangis sepuas2nya.....
air mata hanya berada di tubir mata....
tapi tak mampu untuk mengalir atas rasa egoku sebagai seorang lelaki....
sungguh aku rasa tertekan...namun aku tak pasti atas dasar apa aku perlu tertekan...
hingga melayan sebuah perasan....hanyut dan terus hanyut......

aku sememangnya tak pandai berpura2..tak mampu nak hipokrit atas sebuah rasa.....
jujur dan yakin dengan apa yang aku rasa.....
meluahkan pada mereka sejujurnya apa yang aku rasa....
berkongsi dengan mereka yang memahami aku.....
mengharapkan belas ehsan dan sokongan mereka sebagai seorang sahabat dan teman.....

namun.....
atas desakan kehidupan...
aku mengambil keputusan untuk berubah...
keputusan untuk keluar dari diriku sebenar....

dunia....desakannya begitu hebat...
panahan demi panahan...
ujian demi ujian.....
cubaan demi cubaan....
lakonan sebuah kehidupan......
ia menjadi keperluan kini....
luahan demi luahan kutahan....
kusimpan segalanya sendiri....
ku'buang' semua rakan2 yang biasa mendengar mengenai diriku...
kerana aku tidak mahu lagi mereka mendengar tentang kisahku.....
aku tidak mahu membebankan mereka dengan kisahku...
tangisanku biarlah dari dalam hati......
namun luaranku penuh dengan gelak ketawa dan senyuman....
akan ku tipu semua dengan senyumanku...
sehinggalah diri ku sendri juga tertipu....
aku tahu aku mampu....
aku mampu...
aku mampu.....

0 comments:

Post a Comment

~Kenali Aku~

My Photo
ekspresi ibnurazaq
Putera kedua Tn.Hj. Ab Razak bin Hassan dan Pn.Hjh. Latifah binti Saad. Berumur 23 tahun(2011) . Masih bujang. Merupakan mahasiswa tahun kedua di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dalam jurusan ISM Pengajian Islam (Syariah) dengan kepujian dan telah mendapat diploma Bahasa dan Kesusasteraan Arab dari universiti yang sama. Menyandang jawatan sebagai Exco Modal Insan, Persatuan Mahasiswa Kontemporari Islam (PMKI) dan Presiden Kelab Pembimbing Rakan Siswa(PRS) UniSZA bagi sesi 09/10. Seseorang yang mudah beremosi dengan sesuatu perkara tetapi dalam masa yang sama mampu berfikir secara pantas untuk menangani emosi daripada menguasai. suka berfikir dengan apa yang berlaku di sekeliling serta suka bereksperimen dengan diri sendiri.
View my complete profile