topbella

Wednesday, December 29, 2010

SEKALUNG TAHNIAH BUAT PASUKAN MALAYSIA

Sejarah terukir pasti.
Senyuman menghiasi bibir setiap rakyat Malaysia.

Kemenangan pasukan bola sepak negara dalam Piala AFF Suzuki 2010 semalam membuatkan negara hari ini diimbau kenangan yang cukup buat seketika.
Ditambah pula ihsan Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Najib Tun Haji Abdul Razak yang mengumumkan cuti peristiwa pada hari Jumaat@31 Disember 2010.... memang lagi mengukirkan senyuman kepada semua rakyat seluruh negara terutama mereka di pantai barat....sebab mereka bekerja...tetapi bagi mereka dipantai timur...?? ermmm...sabar jelah..cuti peristiwa ini memang jatuh pada hari anda semua cuti...nikmati sajalah apa yang diberi dengan hati terbuka dan ikhlas.....

Kenangan semalam juga mungkin akan berbekas di hati semua penonton...masakan tidak...mungkin ada yang menonton bersama ahli keluarga..rakan-rakan...sanak saudara...@ jiran tetangga...bergelak gembira...bersorak suka...semuanya memori indah dan kenangan terpahat teguh di hati semua... begitulah ajaibnya kegilaan semua pada sukan yang bernama bola sepak..mampu membuatkan ikatan yang sedia ada bertaut bertambah erat...tp jangan dilupa...sukan kegilaan ramai ini juga mampu mencetuskan suasana yang tidak sihat....memecah belahkan silaturrahim yang sedia ada...malah mampu menyemarakkan api dendam kesumat di dalam dada...jadi tepuklah dada tanya iman yang bersemi dijiwa...bagaimana anda semua menghayati sukan ini dengan semangat sukan yang terus marak membara dan diiringi nilai2 dan norma2 positif.

Ketika mana kegembiraan bersalut dijiwa setiap satu rakyat negara....jangan dilupa sejarah juga pernah tercetus dan diukir pada kotak kenangan sukan bola sepak ini....mereka pernah dicerca...pernah dihina...pernah ditempelak oelh peminat2 mereka sendiri dek kerana kemerosotan prestasi mereka dan kekalahan demi kekalahan yang mereka tempuhi,...kekecewaan demi kekecewaan.....ditambah pula dengan kerenah birokrasi dan konflik dalaman FAM suatu ketika dahulu...lagi menambahkan perasa dan perencah kekecewaan di dalam dada pemain...dan peminat2 sukan ini...

dan ketika ini...di atas keberanian dan kesungguhan K.Rajagopal dan anak2 buahnya....akhirnya mereka berjaya membuktikan pada seluruh rakyat negara dan dunia.....bahawa segala kekecewaan mereka ditebus bermaruah semalam...

harapan aku pada ketika dan saat ini...agar semua pemain2 muda yang menunjukkan prestasi cemerlang semalam...dapat terus berusaha dan kekalkan momentum yang telah dibuktikan semalam....jangan cepat dibuai mimpi indah dengan segala pujian dan kritikan membina yang diberikan kepada anda semua...kelak anda semua bakal dicaci dan dikeji semula....jangan juga mudah merasa bangga dengan prestasi semalam kerana kejayaan semalam sebenarnya satu titik tolak kejayaan akan datang dan ini sebenarnya amanah dan bebanan yang besar untuk anda semua....!!!

apa2pun teruskan berusaha....kerana itulah kunci kejayaan yang tidak ternilai harganya...bagi aku..kejayaan pasukan bola sepak negara semalam satu dorongan kepada diriku untuk berjaya juga....kerana usaha juga kunci kejayaan aku untuk berjaya!!!


Monday, December 27, 2010

Nafsu....usahlah kau bermaharajalela.....


"Ish....liarnya mata dan hati aku nie...kenapa ye...adusss.."
"laparnya pewot....baru je aku makan td...nie lapar balik.."
"ermm...kan best kalau keta aku lebih mahal dari dia..."
"mana boleh dia lebih dari aku...dia siapa aku siapa....."

Inilah dia ketika mana nafsu berbicara...ditambah pula bisikan syaitan durjana...
ermmm..manusia oh manusia....tidak pernah puas mengejar dunia.....akhirat pula ditinggalkan begitu sahaja....
marilah bersama kita renungi dan ambil ikhtibar dari kisah yang penuh 1001 pengajaran...mudah2an berguna untuk kita mendidik nafus dari bermaharajalela.....
Suatu hari, seorang pemuda diserahkan oleh bapanya kepada seorang guru sufi untuk dididik cara mengawal nafsunya.
...............................................................................................................................

"Siapkan bekalan. Mari ikut saya bermusafir," kata guru sufi itu sebaik sahaja pemuda itu tiba di madrasahnya.
Pemuda itu agak terkejut kerana dia masih keletihan akibat perjalanan yang jauh ke madrasah guru sufi itu.
"Apa yang perlu saya bawa?"
"Bawa pakaian sehelai dua," jawab guru sufi.

Mereka pun memulakan perjalanan yang agak jauh. Setelah agak lama,mereka menemui satu bukit yang agak tinggi.
"Kita akan mendaki bukit ini."
"Mana jalannya?"
"Kita susuri jalan di tepi lereng bukit," kata guru sufi.
"Nanti, nanti... saya sangat keletihan. Alangkah baik jika ada keldai. Kita boleh menunggangnya."
"Kamu hendak menunggang keldai? Baiklah, mari kita membelinya dahulu."
Dalam hatinya berasa lega, dia tidak akan terpaksa berjalan lagi. Dia sangat-sangat keletihan. Setelah guru sufi membeli dua ekor keldai, dia pun berkata, "Sekarang ada dua ekor keldai. Saya akan menunggang salah seekor daripadanya..."
"Dan saya akan menunggang seekor lagi," pintas pemuda itu.
"Tidak!" kata guru sufi itu.
"Mengapa?"
"Jangan bertanya, patuh saja!"
Pemuda itu terkejut, tapi tidak berani melawan.
"Habis, kita akan biarkan seekor keldai ini berjalan tanpa membawa apa-apa beban?"
"Tidak, sebaliknya kamulah yang akan memikulnya!"
"Memikul keldai menaiki bukit yang tinggi itu?"
"Ya. Pikul keldai itu dan naik ke atas bukit," jawab guru sufi itu pendek dan tajam.
Maka dengan susah payah, dia memikul keldai itu sambil menyusuri jalan di tepi lereng bukit itu. Termengah-mengah. Dia benar-benar keletihan. Sebaliknya guru sufi bersantai-santai menaiki keldainya berjalan di hadapan pemuda itu. Belum sampai separuh perjalanan,pemuda itu pun jatuh keletihan. Dia hampir pengsan. Setelah merawat si pemuda dan memberinya minuman,guru sufi itu pun berkata,
 "Anakku,keldai itu umpama nafsumu. Allah ciptakan nafsu untuk kau menungganginya bukan kau ditunggangi olehnya."
"Maksud tuan?"

"Dengan menurut nafsumu, kau akan disusahkannya. Jiwa, hati dan badanmu akan kelelahan. Kehendak nafsu tidak ada batas dan tidak pernah puas. Lepas satu-satu kehendak dan kerenahnya. Ini samalah dengan kau memikul keldai dan menaiki bukit yang tinggi."
Pemuda itu terdiam.

"Sebaliknya, jika kau menunggangi nafsu dengan mengawal dan menguruskannya, kau akan mendapat kemudahan dalam menjalani kehidupan. Nafsu berguna selagi dia menjadi hamba tetapi apabila dijadikan tuan, apalagi tuhan, maka hidup kita akan dihancurinya."
"Seperti saya yang memikul keldai tadi?"
"Ya. Dan lihat pula betapa mudahnya menyusuri jalan di lereng bukit itu dengan menaiki keldai. Begitulah nafsu apabila dikawal dan digunakan ke arah kebaikan."
"Ya,ya. Orang yang mengikut perintah hawa nafsunya bagaikan memikul keldai menaiki bukit!"
PENGAJARAN: Nafsu adalah sebahagian daripada diri kita yang jika tidak dikawal akan menyusahkan kita. Oleh sebab itu, kawallah nafsu bukan kita dikawalnya.

Tingginya nilai rindu itu...

Belek punya belek artikel2 yang terdapat dalam iluvislam...terjumpa satu artikel yang menarik buat tatapanku...
mungkin juga menarik buat tatapan semua sahabat2ku diluar sana...


Andai kita rasa rindu kita....cinta kita pada diri...keluarga....kekasih....adalah yang teragung...terhebat pada dekat ini..mungkin pada abad ini....
ketahuilah...ada rindu yang lebih agung dan hebat dari rindu dan cinta kita...
berabad2 lamanya rindu itu hadir tetapi kita tidak sedari...mudah2an rindu itu untuk kita....
semoga artikel ini dapat menyedarkan kita betapa hebatnya rindu...dan agungnya cinta Rasullullah S.A.W kepada umat-umat baginda.....
...........................................................................................................................
Suasana di majlis pertemuan itu hening sejenak. Semua yang hadir diam membatu. Mereka seperti sedang memikirkan sesuatu. Lebih-lebih lagi Saidina Abu Bakar.
Itulah pertama kali dia mendengar orang yang sangat dikasihi melafazkan pengakuan demikian.
Seulas senyuman yang sedia terukir dibibirnya pun terungkai.
Wajahnya yang tenang berubah warna.
"Apakah maksudmu berkata demikian wahai Rasulullah? Bukankah kami ini saudara-saudaramu? " Saidina Abu Bakar bertanya melepaskan gumpalan teka-teki yang mula menyerabut fikiran.
"Tidak, wahai Abu Bakar. Kamu semua adalah sahabat-sahabatku tetapi bukan saudara-saudaraku (ikhwan)," suara Rasulullah bernada rendah.
"Kami juga ikhwanmu, wahai Rasulullah," kata seorang sahabat yang lain pula.
Rasulullah menggeleng-gelangkan kepalanya perlahan-lahan sambil tersenyum.
Kemudian baginda bersuara, "Saudaraku ialah mereka yang belum pernah melihatku tetapi mereka beriman denganku sebagai Rasulullah dan mereka sangat mencintaiku. Malahan kecintaan mereka kepadaku melebihi cinta mereka kepada anak-anak dan orang tua mereka."
Pada ketika yang lain pula, Rasulullah menceritakan tentang keimanan 'ikhwan' baginda: "Siapakah yang paling ajaib imannya?" tanya Rasulullah.
"Malaikat," jawab sahabat.
"Bagaimana para malaikat tidak beriman kepada Allah sedangkan mereka sentiasa hampir dengan Allah," jelas Rasulullah.
Para sahabat terdiam seketika. Kemudian mereka berkata lagi, "Para nabi."
"Bagaimana para nabi tidak beriman, sedangkan wahyu diturunkan kepada mereka."
"Mungkin kami," celah seorang sahabat.
"Bagaimana kamu tidak beriman sedangkan aku berada ditengah-tengah kau," pintas Rasulullah menyangkal hujah sahabatnya itu.
"Kalau begitu, hanya Allah dan Rasul-Nya sahaja yang lebih mengetahui," jawab seorang sahabat lagi, mengakui kelemahan mereka.
"Kalau kamu ingin tahu siapa mereka? Mereka ialah umatku yang hidup selepasku. Mereka membaca Al Quran dan beriman dengan semua isinya. Berbahagialah orang yang dapat berjumpa dan beriman denganku. Dan tujuh kali lebih berbahagia orang yang beriman denganku tetapi tidak pernah berjumpa denganku," jelas Rasulullah.
"Aku sungguh rindu hendak bertemu dengan mereka," ucap Rasulullah lagi setelah seketika membisu.
Ada berbaur kesayuan pada ucapannya itu.
.............................................................................................................................
credit to : www.iluvislam.com
edit by : ibnurazaq

Seandainya dia itu milikku...


Cinta..
Kasih...
Sayang...

Indah untuk di bayang..namun bahagiakah akan menjelang??
Seringkali terlintas akan keindahan...namun akankah berterusan??


Entah mengapa tirai malam menjelma...hati aku seringkali berbisik2 akan kerinduan untuk bersama dengannya...siapa dia aku sendiri tidak pasti...namun yang aku tahu...dia mungkin jodohku.....
seringkali aku terbayangkan wajahnya walaupun aku tidak pasti bagaimana akan wajahnya itu....
hati aku acapkali diragut ketenangannya tatkala detik malam ini berlalu pergi....
entah mengapa malam ini....dia yang aku fikirkan...mengapakah aku yer???


 " huh...! soalan yang langsung tak masuk dek akal...." getus hatiku sendiri.


Erm...kenapakah diriku ini...adakah penting untuk aku terus memikirkan hal2 sebegini...tatkala banyak lagi perkara yang lebih penting dah aula yang perlu aku dahulukan....
aku memang begini...langsung tidak mampu memikirkan yang terpenting antara yang penting...


Ketika mana semester baru bakal menjelma...cabaran...rintangan dan cubaan baru bakal aku tempuhi...
aku masih sempat untuk memikirkan perkara2 sebegini...pentingkah ia pada masa ini??
Baru juga keputusan peperiksaan diketahui...dan keputusan itu langsung tidak membanggakan...
apakah masih perlu aku terus memikirkan perkara itu dan ini??


Aku juga tahu...tumpuan aku juga sedikit sebanyak terganggu dan tergugat ketika peperiksaan berlangsung semester lepas...dek kerana hal ini...namun aku tidak punya kekuatan untuk menghalang ianya pergi dari terus menghantui dan mengganggu kotak fikiranku...
kadang2 aku keliru dan buntu kerana ia seringkali mengganggu...tumpuanku juga bukan lagi pada buku....
aduss...parah2...kenapakah dengan aku??


" ermmm.....syukurnya aku kalau dapai isteri solehah..."
" kalau berpurdah pun apa salahnya.. at least aku xcemburu sangat "
" kau kuat cemburu?? tp...layak ke kau nak dapat bakal isteri macam    tu..."
" mampu ke kau membimbing dia yang lebih soleh dr kau tu..."
" kan perempuan yang baik untuk lelaki yang baik...."
" kau baik ke?? luar dalam??"
" nak isteri bukan main....tp diri??? cermin la sikit...."
" hubungan dengan Allah pun longgar....iman...amal...hati.....ade hati nak isteri macma tu..."


Begitulah monolog dalamanku sendiri....


Ya... aku xmampu membohongi diriku kini...
memang aku ingin rasa disayangi oleh seseorang yang bergelar bakal isteri....
memang aku ingin mencintai dan dicintai....oleh orang itu sendiri....
memang aku ingin berkongsi suka dan duka bersama insan bakal bergelar isteri....
namun....ketika aku muhasabah diri....
layakkah aku?? bolehkah aku??


Aku pelajar jurusan agama...walaupun aku sedari..aku kurang melambangkan keperibadianku sendiri...
namun sedikit sebanyak ilmu yang aku pelajari...buatkan aku terhenti sendiri....
aku seringkali dihambat rasa bersalah.....
aku seringkali diburu rasa resah...
namun...lubuk hatiku aku inginkan rasa itu...


Ya Allah....bantulah aku.....
Aku sedar aku hanya insan yang lemah...namun rasa ini juga lahir atas kehendak dan peraturan yang Kau berikan pada diriku...
tunjukkanlah aku jalan agar keresahan dan kemelut diri yang melanda berakhir di atas jalanMu yang lurus...
Kau Maha Mengetahui apa yang terbuku di dada hamba2Mu....
bantulah aku...Ya Allah...
Banyak sekali tugas dan amanahMu kepadaku yang belum mampu aku laksanakan...
pada diriku...
pada keluargaku...
pada masyarakat sekelilingku...
pada bangsaku...
dan pada agamaku....
Maka aku mohon Ya Allah..seandainya rasa ini mengganggu aku untuk terus laksanakan amanah ini...jauhkanlah aku darinya...Kau berikanlah aku kekuatan....amin..


Sunday, December 26, 2010

Kejayaan itu... Malaysia!!


Semalam aku rasa hari yang bersejarah buat sukan bola sepak negara.....
dapat masuk final piala suzuki AFF pun sudah membanggakan banyak pihak...
apatah lagi dapat mengalahkan Indonesia pada pusingan 1 di bukit jalil semalam...
3-0.....itulah angka yang telah dicatatkan oleh mereka..
lakaran sejarah sukan bola sepak negara....TAHNIAH!!!

Semangat juang kesebelasan utama yang diturunkan oleh K.Rajagopal semalam memang membanggakan banyak pihak..termasuklah aku....
terpancar jelas prestasi membanggakan mereka di layar kaca televisyen
( bagi aku la...coz aku tgk kat tv je..)

namun..bukan itu yang aku nak kongsikan dengan semua disini.....
banyak pengajaran yang dapat difikirkan bersama jika kita melihat perlawanan semalam sebagai dengan menggunakan mata hati dan akal jiwa....
sekadar meluahkan apa yang terlintas seketika....

kan bgus kalo seramai hampir 85 ribu orang kat stadium semalam buat solat berjemaah kat tepi stadium untuk solat maghrib.....
mungkin juga solat asar sekali.....
kalau lebih bagus lagi....berhenti solat kat surau@masjid berhampiran...pasti meriah

kan bgus juga ..kalo ada tempat khas untuk penonton wanita...macam tampat khas untuk VVIP...
xdela kes2 yang x diingini...kan??
lagipun pasti lelaki lebih ramai dari wanita....kesian golongan2 ini...
dah ler minat sukan lelaki......dikalangan orang2 lelaki pulak tu....moga2 mereka terpelihara....

lebih bgus lagi kalau dah menang tu...nampak ade dikalangan pemain2 yang sujud syukur dipadang.... macam pasukan iran.....@ mana2 yang buat...peerrrghhh...manis nya bila dilihat dengan iman.....
manis lagi iman bertempik bila lihat pemain2 malaysia yang beragama islam...
sarungkan seluar di dalam yang boleh menutup aurat mereka dari khalayak umum....

moga dimasa akan datang akan lebih banyak lagi pembaharuan dan baik pulih dalam sukan di negara kita....
mana tahu...bila begitu..semakin banyak kejayaan dicapai.....

buat pemain2 malaysia.....
teruskan usaha anda semua....
dan buat mereka yang beragama islam...tugas dan amanah anda janganlah dilupa...

Petang Muhasabah....

Ketika aku melayari internet di waktu2 petang2 nie....pup2...terjumpa satu artikel dari laman web nie....
jom sama2 kita perbaiki diri.....


bukan mudah untuk memperbaiki diri...
apatah lagi jika dunia telah mengaburi....
tp cubalah wahai mereka yang sedari....
bahawa dunia ladang ukhrawi nanti...



"Class cancel! Alhamdulillah. Leh la balek awal sikit hari ni." Im berkata kepada dirinya sendiri.
Selalunya kuliah hari Isnin amat padat. Dari seawal jam 8 pagi hingga 2 petang tanpa sela. Kebiasaannya Im akan solat dhuha sebelum kuliah. Tetapi hari itu dia agak terlambat bersiap. Dalam kelam-kabut berpakaian, dia terlupa untuk memperuntukkan masa untuk solat dhuha. Sepanjang kelas tadi dia berasa agak kesal kerana tidak berpeluang untuk menunaikan ibadah sunat yang hampir tidak pernah ditinggalkan oleh Rasulullah itu. Diriwayatkan, ketika sedang bermusafir pun Rasulullah masih menyempatkan diri menunaikan solat sunat Dhuha. Di samping itu, banyak berkah yang dijanjikan dengan solat Dhuha.
"Hah, sukalah kau yek. Leh balik tidur!" Sergah Jepa dari belakang. Teman sekuliahnya itu memang suka mengenakan orang.
"Mana ada nak tidur, nak study la. Haha.."
"Ye la tu. Aku baru tahu hari ni ade perkataan study dalam kamus hidup kau. Hahaha." Rahmat menyakat.
"Heh..Rahmat nih...menyibuk je. Tapi melampau sangat kut tu..Haha.." Im cuba tersenyum. Gurauan dari Rahmat itu kelihatan seperti ada maksud tersiratnya.
"Aku gurau je la. Weh, balik naik ape nih? Jalan kaki jauh. Ada yang bawak kereta?"
"Aku bawak. Jom tumpang aku!" Tiba-tiba Vicknish menjerit dari belakang. Menawarkan kereta Proton Wajanya untuk ditumpangi.
"Nice one la Vicky...ko memang sahabat yang baik. Kalau duit scholar dah masuk nanti aku belanja kau makan. Tapi macam biasa, RM3 je." Jepa menanam tebu di tepi bibir.
Adat manusia, orang dah buat baik barulah dijadikan kawan. Teman tertawa mudah dicari, tetapi teman menangis sukar ditemui. Sebuah ungkapan yang pahit tapi benar.
"Dahla kau. Cakap lebat je. Nanti scholar masuk aku tuntut baru tau. Dahla, jom balik. Nak tumpang baik cepat. Aku ada hal lepas nih."
Mereka berempat pun melangkah menuju ke kereta dengan kadar segera.
*****
"Ok Vicky. Thanks a lot. Pergi dulu ye." Im mengucapkan terima kasih.
"No prob."
"Mat, ko nak balik bilik terus ke?"
"Aah, kenapa?"
"Kau dah buat tutorial Process Instrumentation? Petang ni ada tutorial kan? Aku tak siap lagi la. Leh pinjam?"
"Dah. Nak pinjam boleh je. Kenapa kau tak siapkan malam tadi je. Semalam kan kita free je."
"Owh, semalam aku ade kerja sikit. Balik lambat. Ingat nak buat lepas tu, tapi tertidur."
"Kerja apa? Usrah?"
"Em.." Im hanya mengiyakan. Hatinya mula berdetik, 'Mamat ni nak ungkit pasal study aku lagi ke ni..'
"Kita bila masuk universiti ni, yang paling penting study. Belajar tu kena sungguh-sungguh. Kan tanggungjawab tu. Amanah. Mana boleh buat main-main. Jangan sampai kita mengabaikan study." Rahmat mula memberi nasihat.
Im sememangnya sudah agak lama merasakan yang Rahmat selalu mengungkit masalah belajar. Ini bukan pertama kali dia dinasihati dengan ayat-ayat sinis seperti itu. Dalam benaknya, seakan-akan Rahmat ini anti dengan mereka yang menyibukkan diri dengan aktiviti-aktiviti keislaman seperti usrah, halaqoh dan lain-lain. Rahmat sendiri merupakan antara pelajar cemerlang dalam jurusan yang diambilnya. Kebetulan pula, pencapaian akademik Im agak merosot baru-baru ini. Ramai yang mengatakan penyebabnya adalah kesibukannya dengan aktiviti dakwahnya.
'Bukan dakwah yang menyebabkan result aku jatuh. Aku sendiri yang tak urus masa aku dengan baik. Aku banyak buang masa semester lepas. Padahal masa aku tak macam orang-orang lain. Waktu untuk aku belajar tak macam orang lain. Tapi orang lain memang akan anggap semua ni salah dakwah. Tu yang susah tu. Orang yang teruk sebab asyik main game takde pulak diorang nak sound-sound macam ni.' Im bermonolog.
"Mat, terima kasih atas nasihat kau. Aku rasa aku faham apa yang kau cuba sampaikan selama ni. Macam ni la. Sebenarnya kat IPT ni kita boleh kategorikan pelajar-pelajar yang ada ni kepada 4 jenis. Yang pertama, orang-orang yang mantap akademiknya. Kedua, orang yang mantap dari sudut keagamaannya. Yang ketiga yang mantap dari segi kedua-duanya. Dan yang keempat ni pulak, kedua-duanya hampeh. Yang keempat ni kita tolak tepi dulu. Yang ketiga ni pulak dah bagus, dan ini yang kita cuba jadi. Kita fokus pada yang pertama dan kedua ni."
Rahmat hanya terdiam mendengar.
"Golongan yang pertama ni, aku rasa diorang tahu yang diorang sebenarnya dalam mencapai kejayaan akademik, perlu juga memantapkan sudut keislaman diorang ni. Tapi mungkin sebab diorang rasa diorang ni belum mampu lagi nak jadi lebih baik, dalam erti kata, ada benda-benda yang diorang masih susah nak buat, macam solat berjemaah, melazimkan bacaan Al-Quran dan lain-lain. Kalau yang perempuan, menutup aurat dengan sempurna dan sebagainya. Tapi aku yakin yang diorang ni sebenarnya nak jadi lebih baik. Tapi bila diorang tengok golongan-golongan kedua ni pulak, diorang selalu menyalahkan mereka. Nak jadi baik tapi tinggalkan dunia. Tapi bagi aku, golongan kedua ni, bukan diorang taknak memperbaiki cara belajar diorang, tapi mungkin belum jumpa caranya. Sebab kalau seseorang tu betul-betul berislam dengan baik, dia amat menyakini yang dalam hidup ni kita kena cemerlang dalam kedua-duanya, dunia dan akhirat. Sebab itu yang Allah firmankan :
Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) duniawi dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerusakan di (muka) bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berbuat kerusakan.
[Al-Qasas 28:77]
Jadi kita sebagai orang yang mungkin tergolong sama-ada dalam golongan pertama dan kedua ni, boleh tak  kalau kita ubah mind set? Bila tengok golongan pertama ni, jangan pulak kita anggap diorang ni tahu nak score pelajaran je, taknak cuba baiki diri pun. Tapi cuba fikir macam mana nak bantu diorang ni supaya dapat dekat dengan Islam. Dan kalau kita tengok golongan yang kedua ni, jangan pulak kita anggap diorang ni tahu nak ibadah je, dunia tinggalkan. Tapi cuba kita bantu diorang ni, macam mana nak efektifkan masa belajar, bantu diorang dalam pelajaran diorang. Bagi nasihat pada diorang baik-baik. Baru masyarakat kita maju. Bukan asyik salah-menyalahkan antara satu sama lain. Dan kita kena ingat jugak, nabi pesan, dunia ini ladang akhirat. Maksudnya, apa yang kita capai kat dunia ni, hanyalah untuk akhirat kita. Macam manapun, core businness kita tetap akhirat." ulas Im panjang lebar.
Im kelihatan melepaskan apa yang terpendam dalam dirinya selama ini. Bukan memarahi, tetapi mengharap supaya difahami. Namun mungkin terselit sebersit kegeraman terhadap mereka yang selama ini memandang serong terhadap para aktivis dakwah.
Rahmat hanya terdiam. Mereka terus berjalan, melewati surau dan parkir basikal. Sesekali terdengar kicauan burung di waktu pagi. Sinar mentari waktu dhuha mendamaikan mereka yang ingin mencari ketenangan daripada Rabbnya. Tiba di bawah blok kediaman mereka, Rahmat mula berbicara,
"Sebenarnya aku cakap selama ni bukan aku tuju kat kau Im. Aku tau kau memang nak baiki diri. Tapi mungkin kau malas-malas sikit kut." Katanya sambil tersenyum tawar.
'Aik, bukan selama ni aku ke yang kau fire-fire. Ape maksud kau ni?' Im hanya terdiam. Membiarkan Rahmat meneruskan ayatnya yang kelihatan tergantung.
"Aku tak kisah orang nak buat kerja-kerja agama ni. Tapi janganla ikut usrah, tapi perangai teruk lagi daripada orang tak ikut usrah. Malam-malam pergi usrah, siang tak pergi kelas. Assignment tau nak salin orang je. Lepas tu main game, baca komik, tengok movie, sampai tak study. Aku jadi tension la. Nanti dah dekat due date, mesti jumpa aku : Mat, dah siap assignment? Aku salin ye."
"Siapa yang kau maksudkan ni Mat?"
"Meh datang bilik aku. Nanti kau faham. Lagipun kau nak pinjam tutorial kan?"
Mereka berdua melangkah ke bilik Mat. Apabila pintu dibuka, kelihatan roomate Mat sedang tidur. Tidak ke kelas. Nak bersangka baik, payah sekali.
'Dia ni ke yang Rahmat maksudkan? Aku kenal dia ni baik. Tapi mungkin iman dia tengah down kut, sebab tu dia banyak wat benda-benda mengarut ni. Aku yakin, naqib usrah dia kalau tahu benda ni mesti dia akan tegur.' Itulah sebaik-baik persangkaan yang boleh diberinya kepada roomate Rahmat.
"Sekarang kau faham kan? Aku tak tau macam mana nak tegur. Roomate aku kut. Tiap-tiap hari jumpa, nak sound-sound kang tak aman duduk sebilik."
"Sabar...Sabar..nanti kita tolong dia. Mungkin dia tengah ade problem kut. Aku rasa bukan tiap-tiap masa dia macam ni kan?"
"Entahlah Im. Tapi aku rasa, orang yang ikut usrah patutnya lagi baik dari ni."
"Jangan salahkan usrah. Orang yang ikut usrah tu je yang belum mengamalkan dengan sempurna apa yang dipelajarinya. Kena ingat gak, syaitan-syaitan yang datang menggoda orang-orang yang cuba mendekatkan diri dengan Islam ni mesti lagi power daripada yang datang pada orang-orang yang biasa-biasa. Tu yang kalau kita tak kuat, kadang-kadang kecundang. Takpelah. Nanti aku cuba apa yang patut."
"Em. Nah, ni jawapan tutorial aku. Nanti bagi masa kat kelas ye. Kalau tak paham, tanye la."
"Ok, thanks. Aku balik bilik dulu ye."
Ibrahim meninggalkan bilik itu dengan pelbagai perasaan. Serba salah, kecewa dan keazaman berbaur  dalam hatinya. Dia serba salah kerana telah bersangka buruk dengan Rahmat selama ini, menganggap Rahmat anti kepada aktivis-aktivis dakwah. Kecewa dengan pelbagai sikap para da'i yang wujud di kampus tempat dia mencurahkan baktinya. Dan keazaman, untuk memperbaiki dirinya agar dakwah akan dipandang mulia semula.
Memang itulah cabaran seorang yang ingin membawa Islam. Mereka pasti akan dituju dengan kata-kata yang tidak menyenangkan hati, hanya atas kesilapan-kesilapan yang dilakukannya. Yang menjadi masalahnya, nama Islam diburukkan sekali.
"Macam ni ke nak jadi Da'i!? Tak reti sopan santun langsung!" Jerit seorang yang ditegur, mungkin secara tak berhikmah.
"Nak bawak Islam, tapi belajar malas. Baik tak payah berdakwah kalau macam ni." Rungut seorang lagi.
Teringat pesan seorang Ikhwah :
"Akh, nak berdakwah ni kita kena pastikan kita berusaha menjadi yang terbaik di antara mad'u-mad'u kita. Selalulah ingat siapa diri kita. Kita ni Da'i. Mereka yang mengajak kepada Allah. Menyeru umat untuk memperbaiki diri mereka, untuk mencari redha Allah. Dan kita perlu menunjukkan contoh yang baik kepada mad'u kita. Siapa yang akan dengar kata orang yang cakap tak serupa bikin? Seru orang tinggal maksiat, perjuangkan Islam, pelihara hak-hak Allah, tapi akhlaqnya hancur? Prestasi keduniaannya hampeh? Lebih teruk lagi kalau dia sendiri bermaksiat. Sebagai da'i kita tak boleh seperti kawan-kawan kita yang lain. Ingat, masyarakat akan menjadikan kita kayu ukur. Segala yang kita lakukan akan menjadi hujah mereka. Kalau da'i bercouple, orang umum boleh menganggap berzina tu benda biasa. Kalau Da'i tengok movie, diorang tengok benda-benda yang jauh lebih mengarut. Dan mereka pula akan sentiasa mencari titik salah kita. 10 kebaikan yang kita lakukan akan sirna hanya dengan 1 kesilapan yang mungkin kita anggap kecil. Dan sentiasa ingat, kesilapan kecil yang kita lakukan akan dipandang besar oleh orang lain. Memang susah, tetapi inilah tugas Da'i yang ingin menyeru orang lain ke jalan Allah. Kita perlu terus berusaha dan bersabar. Dan ingat, kita takkan mampu ubah orang lain selagi kita tidak mengubah diri kita sendiri."
'Ya-Allah, bantulah aku untuk memperbaiki diriku. Ampuni aku jika selama ini aku menjadi fitnah kepada dakwah dan menyebabkan orang lain semakin jauh dariMu Ya-Allah. Sesungguhnya aku berharap agar mereka semua kembali kepadaMu. Aku cuba mengimani pesan RasulMu bahawa aku ini masih belum beriman sekiranya masih belum mencintai saudara seislamku sepertimana aku menyintai diriku sendiri. Aku sendiri ingin menyelamatkan diri daripda azabMu, begitu juga aku harapkan bagi mereka. Berikan mereka kefahaman tentang agama Ya-Allah. Bantulah aku dalam membimbing mereka...'
Im terus berdoa di dalam hatinya...
http://2.bp.blogspot.com/_WhLLq4XQPcM/SajYfe5-UmI/AAAAAAAAA6M/2Ys2ikBlfiA/s1600/dacing.gif

~Kenali Aku~

My Photo
ekspresi ibnurazaq
Putera kedua Tn.Hj. Ab Razak bin Hassan dan Pn.Hjh. Latifah binti Saad. Berumur 23 tahun(2011) . Masih bujang. Merupakan mahasiswa tahun kedua di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dalam jurusan ISM Pengajian Islam (Syariah) dengan kepujian dan telah mendapat diploma Bahasa dan Kesusasteraan Arab dari universiti yang sama. Menyandang jawatan sebagai Exco Modal Insan, Persatuan Mahasiswa Kontemporari Islam (PMKI) dan Presiden Kelab Pembimbing Rakan Siswa(PRS) UniSZA bagi sesi 09/10. Seseorang yang mudah beremosi dengan sesuatu perkara tetapi dalam masa yang sama mampu berfikir secara pantas untuk menangani emosi daripada menguasai. suka berfikir dengan apa yang berlaku di sekeliling serta suka bereksperimen dengan diri sendiri.
View my complete profile