Sejarah terukir pasti.
Kemenangan pasukan bola sepak negara dalam Piala AFF Suzuki 2010 semalam membuatkan negara hari ini diimbau kenangan yang cukup buat seketika.
Ditambah pula ihsan Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Najib Tun Haji Abdul Razak yang mengumumkan cuti peristiwa pada hari Jumaat@31 Disember 2010.... memang lagi mengukirkan senyuman kepada semua rakyat seluruh negara terutama mereka di pantai barat....sebab mereka bekerja...tetapi bagi mereka dipantai timur...?? ermmm...sabar jelah..cuti peristiwa ini memang jatuh pada hari anda semua cuti...nikmati sajalah apa yang diberi dengan hati terbuka dan ikhlas.....
Kenangan semalam juga mungkin akan berbekas di hati semua penonton...masakan tidak...mungkin ada yang menonton bersama ahli keluarga..rakan-rakan...sanak saudara...@ jiran tetangga...bergelak gembira...bersorak suka...semuanya memori indah dan kenangan terpahat teguh di hati semua... begitulah ajaibnya kegilaan semua pada sukan yang bernama bola sepak..mampu membuatkan ikatan yang sedia ada bertaut bertambah erat...tp jangan dilupa...sukan kegilaan ramai ini juga mampu mencetuskan suasana yang tidak sihat....memecah belahkan silaturrahim yang sedia ada...malah mampu menyemarakkan api dendam kesumat di dalam dada...jadi tepuklah dada tanya iman yang bersemi dijiwa...bagaimana anda semua menghayati sukan ini dengan semangat sukan yang terus marak membara dan diiringi nilai2 dan norma2 positif.
dan ketika ini...di atas keberanian dan kesungguhan K.Rajagopal dan anak2 buahnya....akhirnya mereka berjaya membuktikan pada seluruh rakyat negara dan dunia.....bahawa segala kekecewaan mereka ditebus bermaruah semalam...
harapan aku pada ketika dan saat ini...agar semua pemain2 muda yang menunjukkan prestasi cemerlang semalam...dapat terus berusaha dan kekalkan momentum yang telah dibuktikan semalam....jangan cepat dibuai mimpi indah dengan segala pujian dan kritikan membina yang diberikan kepada anda semua...kelak anda semua bakal dicaci dan dikeji semula....jangan juga mudah merasa bangga dengan prestasi semalam kerana kejayaan semalam sebenarnya satu titik tolak kejayaan akan datang dan ini sebenarnya amanah dan bebanan yang besar untuk anda semua....!!!
apa2pun teruskan berusaha....kerana itulah kunci kejayaan yang tidak ternilai harganya...bagi aku..kejayaan pasukan bola sepak negara semalam satu dorongan kepada diriku untuk berjaya juga....kerana usaha juga kunci kejayaan aku untuk berjaya!!!
0 comments:
Post a Comment