topbella

Saturday, December 25, 2010

Sejarah Mungkin berulang???


Semalam.....
Hari ini....
Esok....

Semua diantara kita pasti tahu dan sudah terbiasa mendengar kata2 diatas kan??
malah ianya menjadi perkataan yang pasti akan terkeluar dari dua ulas bibir kita....
kalau tidak semalam...hari ini...@pun esok.....kan?? bukti didepan mata....ahakssss

Jika semalam....
berita itu datang membawa khabar.....
Hari ini....
berita itu sentiasa menhantui fikiran...
dan esok...
berita itu bakal memberi erti.....
atau bakal dibiarkan sepi....

Bagi sahabat2 seperjuangan yang masih lagi berjuang di medan ilmu, keputusan peperiksaan itu pasti merupakan antara perkara yang menggerunkan dalam tempoh sisa-sisa perjuangan anda bukan?
menantikannya merupakan antara perkara yang menyiksakan bukan? seperti kata-kata ini :  
" penantian itu satu penyiksaan "

apabila ia berada didepan mata....terasa seperti jantung berhenti seketika bukan?
mengetahuinya pula membuatkan emosi kita terganggu seketika....
ketenangan diragut seketika.....suka boleh menjadi duka...duka boleh jadi sengsara....
boleh jadi juga...keadaan berubah tanpa dijangka....
kejayaan mendewasakan kita....
kegagalan mengenalkan kita erti syukur...tabah....cekal...dan bersemangat semula...


Jadi persoalan yang ingin aku ekspresikan di sini.....




Semalam = dapat keputusan peperiksaan
Hari ini = gembira @ sedih
Esok = tindakan kita seterusnya




Tiba2 kotak fikiranku malam ini ligat memikirkan persoalan ini dan rumus2 ajaib yang aku ciptakan ini....


Sebagai seorang mahasiswa...
apabila sesuatu yang telah berlaku semalam...apa tindakan aku hari ini untuk
mendapat natijah dan keputusan untuk esok??


Aku telah mendapat keputusan peperiksaan final....
Baik@buruk keputusan itu bukan persoalan penting kini...
yang lebih penting kini, apa tindakan aku dan strategi serta percaturan baru untuk memperbaiki keputusan aku serta meningkatkan lagi pencapaian terbaru aku....
adakah aku mesti terus berada di takuk lama dan mudah berpuas hati dengan apa yang aku dapati??
sedangkan nun jauh di luar sana....ramai rakan2 sebayaku yang cemerlang sudah mengatur strategi untuk terus cemerlang....gemilang...dan terbilang....
tindakan aku???




So....kepada diriku...serta rakan2ku yang membaca.....
seminggu lagi sebelum tirai 2010 dilabuhkan dan terbit cahaya matahari di jendela 2011....
ayuh...atur strategi untuk tingkatkan prestasi....
agar ketika ufuk fajar menjelma di jendela 2011....kita sudah bersedia mengorak langkah....
mengatur gerak dan menyerang dengan penuh semangat dan bersedia....
ayuh!!!
Semoga kejayaan sentiasa mengintai kita di sebalik tirai langsir jendela 2011....
dan menunggu kita untuk bersama2 bergembira di akhir perjalanan kita nanti...

Add caption

0 comments:

Post a Comment

~Kenali Aku~

My Photo
ekspresi ibnurazaq
Putera kedua Tn.Hj. Ab Razak bin Hassan dan Pn.Hjh. Latifah binti Saad. Berumur 23 tahun(2011) . Masih bujang. Merupakan mahasiswa tahun kedua di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dalam jurusan ISM Pengajian Islam (Syariah) dengan kepujian dan telah mendapat diploma Bahasa dan Kesusasteraan Arab dari universiti yang sama. Menyandang jawatan sebagai Exco Modal Insan, Persatuan Mahasiswa Kontemporari Islam (PMKI) dan Presiden Kelab Pembimbing Rakan Siswa(PRS) UniSZA bagi sesi 09/10. Seseorang yang mudah beremosi dengan sesuatu perkara tetapi dalam masa yang sama mampu berfikir secara pantas untuk menangani emosi daripada menguasai. suka berfikir dengan apa yang berlaku di sekeliling serta suka bereksperimen dengan diri sendiri.
View my complete profile