topbella

Thursday, February 10, 2011

Kenangan terakhir itu INDAH

Mungkin kamu semua tidak tahu apa yang aku rasa...betullah apa yang kamu tahu itu kerana itulah lumrahnya MANUSIA....kita tak mampu nak tahu apa yang dirasai oleh orang lain...

Alangkah indahnya dirasa apabila yang terakhir itulah kenangan yang paling manis....puas terasa walaupun bersusah payah sedikit....rasa kasihan melimpah pada rakan setugasku...tapi aku tak mampu ketika itu....maafkanlah kekurangan aku itu....namun inilah harga keikhlasanmu itu....TAHNIAH DARIKU...

Selesai sudah tugasan terakhirku di posisi EXCO MODAL INSAN PERSATUAN MAHASISWA KONTEMPORARI ISLAM.....cuma tinggal kemaskan fail dan tunggu AGM...hihihi...setahun lalu terlalu banyak yang aku pelajari...suka duka yang mndewasakan diri.... adakala aku lemah...adakala aku kuat kembali...namun aku bersyukur mereka sentiasa bersamaku.....menyokongku dan menasihatiku....terima kasih...

dan program terakhir excoku sebentar tadi...NIKAH KHITBAH;PERKAHWINAN DI ALAM KAMPUS... memang2 benar2 memberi impak...apa tidaknya....sambutan yang sangat2 menggalakkan dari semua mahasiswa... dewan besar penuh!! memang susah dewan tersebut nak penuh utk program2 forum sebegini.. tapi lain pulak arini...mungkin tajuknya kena dengan gelodak jiwa remaja kini dan ditambah pula dengan kedatangan ahli forum@ustaz selebriti iaitu USTAZ BADLISYAH ALAUDDIN memberikan tarikan yang istimewa kepada semua...dan di sebabkan faktor2 itulah dewan besar tersebut penuh....syukur...

dan inilah ustaz badlisyah tu..tapi pic nie amek je dalam internet..hihihi
xsempat nak amek gambar....

dan untuk semua rakan2 ku..ingatlah pesanan ahli2 panel sebentar tadi.... utk berkahwin di alam kampus...dugaannya akan berganda....begitu juga kekuatan diri dan kekukuhan ekonomi serta persediaan rohani yang penting dari dalaman dan luaran...
utk wanita ingat pastikan lelaki yang bakal anda kahwini itu mampu dan ada 3 kunci dalam hidup mereka : kunci kereta@motor milik sendiri. kunci rumah dan kunic pejabat@meja pejabat.....serta harus diingati ketika bercouple 60% peribadi pasangan kita adalah palsu....terbalikkan keadaan peribadi dia ketika bercinta dan pasti dapat tahu peribadi sebenar dia....

utk lelaki ingat anda bakal ketua keluarga dan memegang amanah dan tanggujawab yang besar untuk mengemudi sebuah bahtera rumahtangga....kewangan kena kukuh utk menyara dan kena get ready dengan kerenah2 wanita.....yang bergelar isteri kita....


harapanku juga begini ketika hari pernikahnku nanti..tapi...
layakkah aku mendapat wanita sebegini??
tepuk dada tanya iman...

akhir kalam...semua ini bakal kuabadikan dalam kotak kenangan indah dalam diari hidupku....dan moga2 malam ini aku akan mimpi indah tentang kenangan2 indah dalam hidupku.....

0 comments:

Post a Comment

~Kenali Aku~

My Photo
ekspresi ibnurazaq
Putera kedua Tn.Hj. Ab Razak bin Hassan dan Pn.Hjh. Latifah binti Saad. Berumur 23 tahun(2011) . Masih bujang. Merupakan mahasiswa tahun kedua di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dalam jurusan ISM Pengajian Islam (Syariah) dengan kepujian dan telah mendapat diploma Bahasa dan Kesusasteraan Arab dari universiti yang sama. Menyandang jawatan sebagai Exco Modal Insan, Persatuan Mahasiswa Kontemporari Islam (PMKI) dan Presiden Kelab Pembimbing Rakan Siswa(PRS) UniSZA bagi sesi 09/10. Seseorang yang mudah beremosi dengan sesuatu perkara tetapi dalam masa yang sama mampu berfikir secara pantas untuk menangani emosi daripada menguasai. suka berfikir dengan apa yang berlaku di sekeliling serta suka bereksperimen dengan diri sendiri.
View my complete profile