topbella

Tuesday, February 22, 2011

Oh..Pilihan Raya Kampus


Sisa-sisa kehangatan PRK UniSZA ( tempat aku belajar kini, dulu UDM...dulu lagi KUSZA...) semakin pudar dirasai...Bukan aku tidak mahu menukilkan rentetan perjalanan yang berlaku sepanjang PRK ini...tapi cukuplah ia sebagai 'tinggal kenangan' dan 'nostalgia silam' buat diriku...(pasti semua dah memikir2kan perkara yang bukan2 kan??huishh....jgn cepat buat kesimpulan awal k....lek lu......)


Tertarik dengan nukilan seorang sahabat di dalam blog kepunyaan beliau aku nukilkan juga cebisan kisah yang berlaku dalam PRK kali ini....


Seringkali aku mendengar rungutan dan bebelan sahabat2 sekelilingku mengenai bermacam2 perkara...termasuk juga aku kadang kala...biasalah manusia...bukan mudah hendak berpuas hati dengan apa yang dimiliki... jika masuk tahun 2011 ini...rasa2nya aku sudah 5 tahun aku bermastautin disini...dan bermakna...tinggal setahun sahaja aku disini...huh! cepatnya masa berlalu.....dan selama 5 tahun itu....hampir 4 tahun setengah aku mengikuti dan ada ketika aku menjadi sebahagian daripada keluarga besar MPP....kenapa 4 tahun setengah ye....??? memanglah sebab aku mula kenali MPP dan sebagainya nie pada sem 2...sem 1 takut2 lagi...baru merantau ler katakan...hehehe...so pengalaman 2 serba sedikit mengenai MPP tu memanglah wujud dalam diriku.... jadi untuk  PRK 2010/11 ini barulah aku menonjolkan diri untuk bertanding....tapi itulah dikerusi fakulti sahaja.... kenapa begitu ek?? kenapa dalam tempoh 4 tahun yang lalu tidak mahu bertanding?? banyak persoalan la plak kan?? 


Jawapannya mudah sahaja.....aku tak tamak dan 'hadap' pun dengan jawatan2 nie sebenarnya dan tak ada dalam matlamat serta harapan aku merantau jauh dari keluarga semata2 untuk mengejar dan bermati2an untuk jawatan2 seperti ini...untuk apa?? bagi aku..jawatan@organisasi di peringkat UNIVERSITI adalah medan untuk belajar dan menimba pengalaman...kan sememangnya memang tujuan utama kita melangkah masuk ke alam pendidikan lebih tinggi adalah untuk belajar..dan belajar...SO GUNAKANLAH PELUANG UNTUK BELAJAR!!!


Berbalik pada PRK UniSZA 2011 untuk memilih tampuk kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sesi 2010/11....


Aku mengucapkan tahniah kepada rakan2ku yang bangkit memperjuangkan hak mereka.....pertama kali selama 5 tahun aku berada di sini keadaan menjadi sebegini 'panas'....ingatkan masih lagi seperti dulu...tapi rupa2nya tidak....selama ini hanya mulut yang berkata2...tapi kini...perbuatan dan mulut seiring mengEKSPRESIkan apa yang dirasa dijiwa selama ini dan terbuku penuh didada.....TAHNIAH KERANA BERANI....!! adakah semangat dan keberanian ini lahir dari keberanian dan semangat yang ditonjolkan oleh rakyat Mesir dan Tunisia sebelum ini??? wallahualam.... 


Bermula dengan kemunculan page " Pengkritik MPP UniSZA" di Fb....( ketika aku baru terjumpa page nie...dan join...baru ade 20 lebih je orang yang join...dan selepas PRK nie..bertambah mendadak..rasanya lebih 300 orang dah kot yang join page nie..) kemunculan beberapa calon bebas membeli borang untuk bertanding...( ada yang memang Pro-Mahasiswa dan ada yang tak menyebelahi mana2 pihak sekalipun...) dan kemunculan kumpulan yang meyokong calon2 bebas ini di hari penamaan calon ( dari pemerhatian aku lah.....kebanyakan daripada ahli2 yang sertai kumpulan ini dari student LAW...FKI...dan budak2 DIPLOMA... dengan kata lain...mereka yang baru lagi di bumi UniSZA nie...dan mungkin ada budak2 lama...mungkin aku yang terlepas pandang rasanya....) dan peratus pelajar yang makin bertambah dari malam ke malam ketika rapat umum dijalankan ( penuh kot cafe baru....) sehinggalah tibanya hari mengundi dan  keputusan pengundian diumumkan.....calon2 bebas ini semuanya memenangi kerusi yang mereka bertanding dan tinggalkan mereka yang kalah yang merupakan pemimpin yang buka pilihan...( termasuklah aku.....)


itulah seba sedikit rentetan perjalanan yang berlaku dari kata mata dan perspektif aku.....


Dan sebagai seorang calon....di kerusi fakulti aku..dan fakulti yang 'paling panas' sekali dan selalu menjadi sebutan mana2 pihak....aku amat berbangga dengan diriku kerana aku berjaya mencabar diriku untuk bertanding di kerusi fakulti yang 'panas' dan mencari pengalaman demi pengalaman dari proses membeli borang sehingga proses pengumuman calon2 yang menang diumumkan.... seperti aku katakan diatas tadi..aku xda niatpun untuk menang...tapi niatku hanya untuk mencari dan merasai sendiri pengalaman bertanding untuk kerusi MPP ini..dan sememangnya aku sengaja merancang untuk merasai kalah....supaya aku tak membebankan diri aku sendiri dengan amanah dan komitmen yang tak mampu aku galas....seandainya kursus yang aku ikuti sekarang 4 tahun..sememangnya aku akan serius....tapi malangnya hanya 3 tahun...so masa sekarang adalah untuk melihat pada akademik aku....kerana aku harapan ayah dan ibuku....


Ketika ini aku teringat kata2 yang dinukilkan oleh sahabatku itu diblognya.... dan untuk menjelaskan.... ini sebenarnya....


Niat aku masuk bertanding semata2 ingin mencari pengalaman dan melihat sendiri proses PRK ini berlangsung..bukan untuk menang... kalau aku sememangnya nak akan jawatan ini...akan aku bertanding untuk kerusi umum..insyaALLAH ada peluang untuk menang....


Dan aku sengaja masuk bertanding atas kerusi fakulti kerana ingin menjaga nama fakulti yang semakin hari semakin buruk dan selalu diperkatakan oleh banyak pihak...dan cuba bayangkan...fakulti yang paling besar dan paling ramai pelajar tetapi malangnya....tiada borang pencalonan yang dihantar...ape cer???? so xpelah...untuk kesekian kalinya sebelum aku melangkah keluar dari bumi yang banyak berjasa ini...aku berbuat sesuatau perkara..aku tidak pernah menyesal...malah aku berbangga....dan aku harap selepas ini... lebih ramai yang bersifat terbuka dan tidak hanya pandai berkata2 di FB @ Blog sahaja...buktikan dengan tindakan...berani menawarkan diri untuk bertanding dan menawarkan diri untuk melakukan perubahan!!! kalau anda bermaksud dengan kata2.....
uhkwah tercipta....jangan musnahkan ia...


Dan sememangnya jika aku memang inginkan kemenangan...tidak akan aku sekali2nya membantu memberikan idea untuk rakanku@calon lain di kawasan fakulti tempat aku bertanding....dan tidak akan aku sekali2 memberikan sokongan dan semangat kepada rakan2ku itu.....namun malangnya..aku sedikit terkilan bila mana salah seorang rakanku itu seperti mahu berlawan bermati2an dan adakalanya aku merasakan mereka seperti bermuka2 bila mana dihadapanku...wallhualam....bersangka baik itu lebih mulia.....kan??


Dan bukan tujuan aku nukilkan ini untuk menunjukkan aku baik...kerana apa...aku kenali diriku dan aku tahu keburukan sikapku...so jangan pandai2 nak buat kesimpulan sebelum mengenali ok...tapi aku nukilkan ini bagi menjawab kembali mengapa dan kenapa tindakan aku begitu dalam PRK 2011 ini...kenapa aku sebagai seorang calon.....sanggup tidak berusaha bersungguh2 untuk berkempen....dan sanggup meminta para pengundi memilih calon yang lain ketika mengundi... so kalau ade lagi yang compius....tanyalah sendiri ok....
 dan kalau betul aku nak menang dalam pilihan raya ini.....lebih banyak perkara yang aku boleh lakukan dan lebih banyak taktik2 politik yang aku boleh praktikkan...tapi tidak mengapalah...untuk apa semua itu.....


So itulah serba sedikit rentetan dan cetusan serta ekpresi yang dapat aku kongsi kan bersama..... maaf andai ada yag terasa.....

0 comments:

Post a Comment

~Kenali Aku~

My Photo
ekspresi ibnurazaq
Putera kedua Tn.Hj. Ab Razak bin Hassan dan Pn.Hjh. Latifah binti Saad. Berumur 23 tahun(2011) . Masih bujang. Merupakan mahasiswa tahun kedua di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dalam jurusan ISM Pengajian Islam (Syariah) dengan kepujian dan telah mendapat diploma Bahasa dan Kesusasteraan Arab dari universiti yang sama. Menyandang jawatan sebagai Exco Modal Insan, Persatuan Mahasiswa Kontemporari Islam (PMKI) dan Presiden Kelab Pembimbing Rakan Siswa(PRS) UniSZA bagi sesi 09/10. Seseorang yang mudah beremosi dengan sesuatu perkara tetapi dalam masa yang sama mampu berfikir secara pantas untuk menangani emosi daripada menguasai. suka berfikir dengan apa yang berlaku di sekeliling serta suka bereksperimen dengan diri sendiri.
View my complete profile