topbella

Wednesday, May 11, 2011

Aku dan Novel

Kata orang setiap manusia itu dilahirkan dengan pelbagai cara dan gaya...... membesar sebagai seorang manusia juga dengan pelbagai kerena dan kebolehan..cuma terpulang bagaimana manusia itu mencari ruang dan peluang untuk mengembangkan bakat yang ada dan menggilap potensi dalaman diri sendiri kan?

Dan kalau aku....aku masih lagi mencari dan mengenali diri sendiri....sedikit demi sedikit....aku tidak boleh bersikap prejudis dan diskriminasi terhadap minat dan kecenderungan manusia lain....sebagai mana mereka tidak kepada aku....jadi aku harap sesiapa pun tidak bersikap prejudis terhadap aku dengan novel ku....

Kenapa dan mengapa....aku pasti aku tidak mampu menjawab persoalan ini... semuanya kerana minat. Ya minat! itu aku pasti.minat aku untuk membaca hasil2 karya penulisan dalam bentuk novel....dan aku akan menjadi gila membaca apabila aku mula membaca....kalau novel itu terlalu tebal...mungkin dalam 3 atau 4 hari aku akan membaca...kalau nipis....apetah lagi..mungkin sehari semalam @ 2 hari akan licin licau aku kerjakan..hahaha....tapi sebaliknya kalau buku pelajaran...pasti habis semester dan selesai final baru akan dikhatamkan...hahaha....teruk juga aku nie.....( baru sedar diri...)

Namun aku rasa....mungkin kerana jalan cerita novel2 tersebut membuatkan aku asyik dan asyik....leka dan leka....serta tenggelam dalam dunia realiti yang dicipta.... natijah dan kesan yang aku perolehi.. ayat aku semakin berbunga2 dan panjang meleret juga macam ayat2 dalam novel....hahaha



nie antara koleksi novel yang aku pernah baca.....adayang beli dan kebanyakannya pinjam...hihih... dan ini antara novelis yang aku sangat sukai karya mereka......sekadar ini perkongsian aku dengan novel utk semua... selamat malam semua.....

0 comments:

Post a Comment

~Kenali Aku~

My Photo
ekspresi ibnurazaq
Putera kedua Tn.Hj. Ab Razak bin Hassan dan Pn.Hjh. Latifah binti Saad. Berumur 23 tahun(2011) . Masih bujang. Merupakan mahasiswa tahun kedua di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dalam jurusan ISM Pengajian Islam (Syariah) dengan kepujian dan telah mendapat diploma Bahasa dan Kesusasteraan Arab dari universiti yang sama. Menyandang jawatan sebagai Exco Modal Insan, Persatuan Mahasiswa Kontemporari Islam (PMKI) dan Presiden Kelab Pembimbing Rakan Siswa(PRS) UniSZA bagi sesi 09/10. Seseorang yang mudah beremosi dengan sesuatu perkara tetapi dalam masa yang sama mampu berfikir secara pantas untuk menangani emosi daripada menguasai. suka berfikir dengan apa yang berlaku di sekeliling serta suka bereksperimen dengan diri sendiri.
View my complete profile