topbella

Wednesday, May 11, 2011

Sabtu..hari tanpa plastik???

Minggu kedua hari sabtu aku keluar ke bandar berturut2.....tak kisah la hari esok ada paper final @ tak..keluar tetap keluar....bagi sesetengah orang mungkin tindakan itu agak kurang wajar..namun bagiku ianya memadai...

Takala jari jemariku kembali menari di atas papan keypad ini...ternyata hari2 yang merungsingkan telahpun berlalu....hai....2-3 minggu bertungkus lumus....walaupun aku tahu ianya bukan usahaku yang terbaik...tetapi aku telah mencuba...segalanya hanya berserah kepada DIA yang menentukan segala...


Berbalik kepada isu hari SABTU : hari tanpa plastik...

Dalam dua minggu berturut2 ke bandar Kuala Terengganu yang happening tu...mesti confirmnye singgah ke mydin Mall @ Giant...yelah....nak keluar selalu tak jugak...jadi sekali sekala keluar walaupun 2 minggu berturut2 ada je barang yang kena beli...kalau tak pun..... sekadar tengok2 panorama sekeliling.... memerhati sambil mengkaji dan membuang masa....kira berfaedah jugak ler 2....kan3...hahaha

Aku tak ingat bila tarikh dimulakan kempen hari sabtu adalah hari tanpa plastik...tapi memang aku pernah nampak ler banner tentang perkara tu dulu...beberapa bulan lepas...dan hari ini...kempen tersebut telahpun dijalankan....namun...malangnya...sekadar tahap mana keberkesanan perkara ini dilakukan dan dikuat kuasakan???? dan sekadar mana keberkesanan ia dijalankan.....???

Itu yang menjadi persoalan dihati aku..tertanya2 jugak...sama seperti memberku yang lain...kalau xnak kuatkuasakan @ jalankan betoi3 baik tak yah langsung...senang..... betul jugak kan??? huhuhu.... yelah.... kenapa kami berkata macam tue....namanya hari tanpa plastik...tapi kami tengok bila mak cik3 @ akak3 yang suka shopping nie keluar dari giant...bukan main lagi...berkampit3 beg plastik...(( betul ke istilahnya kampit???))...tu tak tengok lagi abg2 @ pak cik3 yang duk tolak troli..ish3....macam mana tue???


So atas kita.....tepuk dada tanya hati kita....setakat nama kita menyokong usaha kerajaan dan pihak3 tertentu dalam menjaga alam sekitar....kita hanya tahu menyalahkan tanpa kita sedar sebenarnya kita yang bersalah kerana tidak membantu.....

Dan oleh kerana bumi kita sekarang makin panas...pemanasan global kian terasa...ape salahnya kalau kita berbuat sesuatu untuk menyelamatkan bumi kita sendiri.....

0 comments:

Post a Comment

~Kenali Aku~

My Photo
ekspresi ibnurazaq
Putera kedua Tn.Hj. Ab Razak bin Hassan dan Pn.Hjh. Latifah binti Saad. Berumur 23 tahun(2011) . Masih bujang. Merupakan mahasiswa tahun kedua di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dalam jurusan ISM Pengajian Islam (Syariah) dengan kepujian dan telah mendapat diploma Bahasa dan Kesusasteraan Arab dari universiti yang sama. Menyandang jawatan sebagai Exco Modal Insan, Persatuan Mahasiswa Kontemporari Islam (PMKI) dan Presiden Kelab Pembimbing Rakan Siswa(PRS) UniSZA bagi sesi 09/10. Seseorang yang mudah beremosi dengan sesuatu perkara tetapi dalam masa yang sama mampu berfikir secara pantas untuk menangani emosi daripada menguasai. suka berfikir dengan apa yang berlaku di sekeliling serta suka bereksperimen dengan diri sendiri.
View my complete profile