topbella

Sunday, May 15, 2011

IBU..BIDADARIKU

Tatkala masa aku menari-nari kan jari jemariku di papan keyboard ini.....seminggu berlalu...
SELAMAT HARI IBU buat ibuku PUAN HAJJAH LATIFAH BT MOHD SAAD !!! 




wajah-wajah suci dan polos seorang yang amat aku cintai dalam diam..
seorang wanita yang amat penting dalam hidupku
TERIMA KASIH MAK!!!

Secara peribadi semestinya seminggu berlalu telah aku ucapkan pada ibuku tercinta..ya...seperti mana anak-anak yang lain....namun di dalam blog ini..sengaja aku melewatkan coretan ini....bukan kerana apa..sengaja ingin tunggu pulang dan bersama dia...ibuku tercinta...di sini barulah aku dapat idea dan cetusan bernas untuk aku dedikasikan khas buat dia..ibuku tercinta.


Kelipan bintang yang berkilau
Bagaikan sama sepertimu
Sinaran purnama yang memancar
Seolah-olah dirimu yang bersinar
Seakan-akan sama
Namun hakikatnya amat berbeda
Pengorbanan, jerit payah, suka dukamu
Bagaikan bersatu dalam membesarkanku
Wajahmu pintar dalam menyembunyikan rasa
Lakonanmu mantap memperdayakan semua
oh..ibu...
cukuplah derita yang mencengkam rasa
biarlah berlalu rasa yang membelenggu jiwa
hiduplah dengan penuh gembira dan bahagia 
dalam senyum dan tawa sentiasa
aku..anakmu..
terlalu mencintaimu..
namun aku pasti rasa cinta dan kasihku
tidak setanding denganmu ibu
dan aku ingin memberitahumu
aku tak mampu mencurahkan kasih dan cintaku untukmu
dihadapanmu...
itu kelemahanku...
namun atas dasar kasih dan cintamu ibu
aku menjadi seteguh karang
aku menjadi sekuat si belang
dalam menempuh ranjau
meredah liku kehidupan
semuanya untuk membalas jasamu...
oh ibu
AKU TERLALU MENCINTAIMU...


nukilan khas dari hati naluriku....
ibnu razaq collection


3 comments:

ibn suhaimi™ said...

selamat hari ibu buat pnulis yang haibat:) Allahuyusahhil alaik

ika :) said...

selamat hari ibu utk ibu incik najib :)

ekspresi ibnurazaq said...

syukran ibn suhaimi.....amin...
tenQ ikha...

Post a Comment

~Kenali Aku~

My Photo
ekspresi ibnurazaq
Putera kedua Tn.Hj. Ab Razak bin Hassan dan Pn.Hjh. Latifah binti Saad. Berumur 23 tahun(2011) . Masih bujang. Merupakan mahasiswa tahun kedua di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dalam jurusan ISM Pengajian Islam (Syariah) dengan kepujian dan telah mendapat diploma Bahasa dan Kesusasteraan Arab dari universiti yang sama. Menyandang jawatan sebagai Exco Modal Insan, Persatuan Mahasiswa Kontemporari Islam (PMKI) dan Presiden Kelab Pembimbing Rakan Siswa(PRS) UniSZA bagi sesi 09/10. Seseorang yang mudah beremosi dengan sesuatu perkara tetapi dalam masa yang sama mampu berfikir secara pantas untuk menangani emosi daripada menguasai. suka berfikir dengan apa yang berlaku di sekeliling serta suka bereksperimen dengan diri sendiri.
View my complete profile