topbella

Sunday, May 8, 2011

Di sebalik Filem CUN

Orang kata...bukan mudah nak buat sebuah filem...ya..aku akui...namun sebagai peminat filem...tak kisah ler filem genre ape sekali pun...dalam bahasa ape sekalipun..aku tetap berhak untuk memberi komen kan?? tak kisah le komen aku tue dalam bentuk pujian, cacian..kejian dsbnya...sebab aku memberi komen melalui kaca mata aku sendiri...
Dan untuk pertama kalinya...menerusi blog kesayangan aku nie..aku nak beri komen tentang filem CUN...!! 




"hANgpa semua dah tengok ka filem nie???"
"rugi hangpa semua tak tengok....dah sebulan lebih dah kot kuaq kat pawagam...."
"kenapa?? seronok sangat ke filem tu??" 
"ada macam filem2 antarabangsa tak? atau sama je macam filem2 Malaysia yang lain??"

Uish....soalan...tak boleh blah!




Filem CUN adalah sebuah filem yang mengisahkan tentang cinta dan kehidupan.... Ya..mungkin akan ada yang kata ia sama seperti filem2 cinta...filem2 Melayu yang lain... namun bagi aku....aku melihatnya ada nilai estitika yang lain...satu nilai yang tinggi tentang kehidupan....terutama tentang kehidupan di sebuah kampung sebelah utara....dan kalau aku diberikan pilihan untuk meletakkan bintang kepada filem ini...ya...akan aku letakkan 5 BINTANG!!! FIVE STARS kata orang putih...hihihi


Kenapa dan mengapa....ini kaca mata aku pada filem ini....


Olahan kehidupan orang kampung sebenar telah diadaptasi ke dalam filem nie....kedatangan 'orang bandar' @ 'budak KL' ke sebuah kampung telah ditunjukkan dengan jelas sejelasnya.. segala kekekokan dan ketidakbiasaan orang bandar dalam kehidupan orang kampung jelas kelihatan...sawah...bendang....parit...ikan keli....mandi sungai....panjat pokok...kerbau dan sebagainya..elemen3 penting dalam kehidupan kampung..... dan tatkala aku melihat filem nie.... terimbau segala kenangan2 aku suatu masa dahulu di kampung...
sememangnya serupa.... malah aku terasa keaslian kehidupan kampung dalam filem ini digarap dengan begitu baik sekali.....







Dan perkara yang paling penting yang mengusik jiwa aku....bagaimana kasih sayang sebuah keluarga kampung ditonjolkan dengan sempurna.....bagaimana seorang abang mengambil alih tugas seorang ibu dan juga bapa yang telah tiada....membantu nenek membesarkan adik2...mencari nafkah...membanting tulang dan membela keluarga apabila kesusahan..... dan seorang nenek yang selalu membela cucunya yang telah kehilangan kedua ibu bapa....turut serta dalam semua aktiviti cucu2nya...bergelak ketawa..makan bersama dan sebagainya....sungguh menyebabkan aku semakin RINDU di kampung......dan RINDU  pada nenek ku yang jauh berada dikampung....


Dan aku berharap kehidupan realiti begini akan lebih ditonjolkan dalam pelbagai genre filem di Malaysia...oh indahnya kalau filem2 seperti ini mendapat tempat dihati penduduk di Malaysia....sekurang2nya kita dapat memartabatkan serta mengangkat kehidupan kampung yang penuh warna warni di mata masyarakat luar....dan sedarkah kita semua inilah yang menjadi warisan kita hidup zaman berzaman....


Sekalung tahniah aku ucapkan pada pengarah filem yang mengangkat martabat kehidupan kampung sebegini rupa,....indah...sungguh indah....serta semua yang terlibat....dan tahniah kepada para pelakon yang menjayakan watak masing2.....terutama Faezah Elai yang menghidupkan filem ini...serta Kartina Aziz yang betul2 berjaya membawa watak nenek dengan jayanya..... bagi Maya Karin dan Remy Ishak...gandingan anda berdua tidak mengecewakan...cuma maya karin agak kurang berjaya menampakkan originaliti....mungkin ada yang lebih sesuai menggalas watak ini...pada pendapat aku lah...dan remy Ishak....aku tak dapat nafikan....sangat2 bagus dalam mempelajari loghat utara kampung....walaupun ada pelat2 sikit...its better than never....dan muka 'orang kampung' yang ada pada wajah kacak remy ini satu keistimewaan yang menunjukkan lagi originaliti watak dia dalam filem ini.....


nie lah pengarah filen CUN....




uish.....macam betul2 pengkritik filem dah aku ini......bukan apa....sekadar ekspresikan apa yang aku lihat dari kaca mata aku..... so bagi sesiapa yang tak tengaok lagi...bawak2 le tengok naaa.....hahahaha...


sampai jumpa lagi nanti.....CUN  lahhhhh!!!


2 comments:

Unknown said...

suka ada loghat kedah dalam filem tu...selain dari keindahan kampung dan sawah padi...jln cerita biasa2 saja...komendi romantik...tapi agak terlampau juga...

Cindai said...

i like 2

Post a Comment

~Kenali Aku~

My Photo
ekspresi ibnurazaq
Putera kedua Tn.Hj. Ab Razak bin Hassan dan Pn.Hjh. Latifah binti Saad. Berumur 23 tahun(2011) . Masih bujang. Merupakan mahasiswa tahun kedua di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dalam jurusan ISM Pengajian Islam (Syariah) dengan kepujian dan telah mendapat diploma Bahasa dan Kesusasteraan Arab dari universiti yang sama. Menyandang jawatan sebagai Exco Modal Insan, Persatuan Mahasiswa Kontemporari Islam (PMKI) dan Presiden Kelab Pembimbing Rakan Siswa(PRS) UniSZA bagi sesi 09/10. Seseorang yang mudah beremosi dengan sesuatu perkara tetapi dalam masa yang sama mampu berfikir secara pantas untuk menangani emosi daripada menguasai. suka berfikir dengan apa yang berlaku di sekeliling serta suka bereksperimen dengan diri sendiri.
View my complete profile