topbella

Sunday, December 11, 2011

12.12.11

selamat hari lahir diriku~
hari teristimewa buat diriku hari ini~
terima kasih buat sahabat2 yg mendoakan dan wish besday aku dari semalam tak putus....
kawan2 rapat....sahabat.....rakan2 fb.....arigato gozaimas.....!
buat keluarga di rumah....abah,,,mak.adik....ayong n naim.....thankz juga ek wish....!

buat si dia....
terima kasih atas 2 minit anda sebelum pukul 12 semalam.....dan tak lupa nyayian awak even dalam hp saja.... saya leh dengar suara hati awk taw...hahahaha

dan saya sangat2 berharap sebenarnya akan ada kejutan suprise dari awk selain wish sahaja...
tapi saya faham.....ia takkan berlaku.....
saya cuba belajar redha di hari istimewa saya.....

senyum...senyum..senyum......:) :)

Saturday, December 3, 2011

tak ingin ulangi kenangan itu....

Kuala Lumpur....
oh...Kuala Lumpur....

di sana ada kenangan buatku....
kenangan pahit....
kenangan manis....
kenangan pada satu perhubungan yang tak pasti...

mungkin boleh dikatakan ia adalah perhubungan...
namun tidak juga boleh dikatakan satu perhubungan..
CONFIUS.....itulah perkataan sebenarnya...

dan untuk lawatan akan mendatang....
aku fobia untuk menjejakkan kakiku di Kuala Lumpur....

Ya ALLAH Kau kuatkanlah hatiku...
tabahkanlah aku untuk menghadapi segala kemungkinan
agar kenangan itu tidak lagi berulang.

Diari Hati Tak Pasti.
Ibnu razaQ

Niat yang disalah ertikan

niat tue susah diketahui...
ia datang daripada hati....
hanya empunya diri yang dapat menerangkan...
kadang-kadang ia turut disalah arti...

hai nasib diri....
mengeluh pun tiada guna.
apa yang tidak disangka telah pun terjadi...
so redha itu jalan yang terbaik kini...

itula akibat jika pesan bonda dingkari....
membawa wanita menaiki kenderaan peribadi...
bukan niat membuat keji...
tapi ingin sekadar berkongsi..

namun bila disalah erti....
ia jadi pengajaran buat diri..
untuk lebih berhati-hati....

sekian dari diri....
SELAMAt MALAM DiaRi HAti.....

Friday, December 2, 2011

tiAda pAksaaN

Hidup ini satu pilihan.
Pilihan terletak di tangan.
Kadang-kadang kita mampu membuat pilihan.
kadang-kadang kita tersalah membuat pilihan.

Pada kini.....
aku memberikan dia juga satu pilihan...
dan aku juga memberikan waktu untuk menentukan pilihan dirinya...
aku redha dengan segala pilihan yang dia lakukan...
apa2pun aku masih menunggu....
satu jawapan bukan pada satu keterpaksaan...

dan AKU SEDIA UNTUK MERASA KECHIWA DENGAN PILIHAN DIA....

Monday, November 28, 2011

:.~ tidak tahu~.:

Seandai kau tahu.....
apa yang kumahu....
mahukah dirimu....
mendekatiku.....
dan aku....tak bisa..memaksa dirimu...
walau dalam tidur...kukan menantimu hingga akhir nanti....

tiba2 lagu BLACK- SOFIA JANE nie bermain dalam hatiku....
rangkap bait-bait lirik nie macam kena je dengan situasi sekarang....
aku rasa bahagia....tapi kenapa semacam ada derita dalam kebahagiaan ini....

adakah kebahagiaan yang aku kecapi sekarang ini lari dari landasan kebahagiaan sebenar???

andai kata-kata ' jika kita mengharapkan cinta dari makhluk ciptaan a.k.a manusia itu benar....
inilah situasi aku sekarang....
mungkin akan ada member2 aku yang akan salah faham dengan entri aku kali ini...
biarkanlah...mereka tidak akan memahami apa yang aku rasa...

kenapa seringkali aku dihimpit oleh pertanyaan hatiku sendiri???
persoalan demi persoalan tanpa jawapan...

abaikan aku??
kau berada di awangan??? mengenai apa??
apa maksudmu??

kenapa dan mengapa kau terus berteka-teki mengenai kehidupan ini??
sukar kah untuk meluahkan apa rasa hati???
aku tahu hatimu sudah dimiliki....
aku juga tahu sedalam mana cinta dan kasih sayangmu pada kekasih hatimu..

inilah cabaran aku...menyayangi insan yang hatinya sudah dimiliki.....

dan cabaran ini benar2 membuatkan aku terhimpit...tersepit....terkapit....

aku kini mendambakan jawapanmu....
bantu aku untuk melakukan satu keputusan MUTLAK berdasarkan jawapan mu...

aku masih menunggu....dan menanti dengan sabar....

Tuesday, November 22, 2011

Hati....oh hati.....

Penyakit hatiku datang kembali....entah mengapa tiba2 menyapa....
rasanya seperti bahagia...namun bagai harapkan panas hingga ke petang hujan ditengah hari....
selalu hatiku berasa begitu...kenapakah hatiku????

cemburukah aku?? untuk apa aku cemburu?? sudah pasti dia bukan milikku....pasti..pasti!!
jadi untuk apa rasa cemburu itu timbul??? kenapa fikiranku selalu tidak rasional.....??
dugaan apakah ini...?

Ya..aku tahu dan aku pelajari...ALLAH tidak akan menguji hambaNYA jika hambaNYA itu tidak mampu...
tapi persoalan hatiku..adakah aku mampu???
persoalan itu harus aku lontarkan pada siapa....? dan siapa yang layak untuk menjawab segala persoalan yang aku lontarkan.....
pengalaman yang melukakan terlalu banyak.....sangat banyak....! tapi mengapa aku tidak serik untuk mengambil iktibar dari semua pengalaman yang aku tempuhi?? YA ALLAH.......!

aku tahu aku kena berubatkan hati aku...tapi apa ubat yang terbaik dan mujarab untuk hatiku???
hatiku kian parah.....hatiku kian musnah....hatiku juga kian dikelilingi dengan bulatan hitam yang menyesakkan jiwa nurani aku.....

mudah2an aku ada jalan untuk baiki hatiku...
mudah2an aku kembali rasional..!


Monday, November 21, 2011

Hati Yang Kian Rindu

lama sungguh rasanya aku meninggalkan blog ini.....
tiada alasan munasabah melainkan MALAS dan SIBUK..... kan namanya alasan...hahahaha

tapi sedar atau tidak...sebenarnya apabila menulis menerusi blog ini, satu terapi dan kepuasan dapat dicapai...
sungguh...aku tidak menipu!dan tatkala aku membaca semula....sungguh aku ketawa sendiri...! lucu mengenangkan peristiwa itu satu persatu....hahaha

sepeninggalan aku sebagai blogger dalam meng'update' cerita satu persatu banyak kisah yang berlaku.
suka, duka, pahit, manis...semuanya terakam indah dalam rakaman 'perakam' hak milik ILAHI.... sengaja aku tidak berkongsi secara terbuka tentang kisah dan ceritaku ini....kerana ketika dan saat itu aku ingin sendiri...

dan ketika ini....detik indah menyelubungi....bukan kerana dikasihi..tetapi kerana disedari kehadiran dan diberikan suatu tempat istimewa sebagai RAKAN BAIK a.k.a BEST FRIEND disisinya......
cukup untuk aku ketika ini...! aku tidak meminta lebih.
banyak persoalan yang aku mahukan jawapan..tapi tidaklah sampai aku memaksa untuk mengetahui... biarlah masa yang memberikan jawapan dan ketika masa itu juga perkongsiannya bersama hati yang terbuka...

last word from deep in my heart
.: PRAISE TO ALLAH....ALHAMDULILLAH :.

~Kenali Aku~

My Photo
ekspresi ibnurazaq
Putera kedua Tn.Hj. Ab Razak bin Hassan dan Pn.Hjh. Latifah binti Saad. Berumur 23 tahun(2011) . Masih bujang. Merupakan mahasiswa tahun kedua di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dalam jurusan ISM Pengajian Islam (Syariah) dengan kepujian dan telah mendapat diploma Bahasa dan Kesusasteraan Arab dari universiti yang sama. Menyandang jawatan sebagai Exco Modal Insan, Persatuan Mahasiswa Kontemporari Islam (PMKI) dan Presiden Kelab Pembimbing Rakan Siswa(PRS) UniSZA bagi sesi 09/10. Seseorang yang mudah beremosi dengan sesuatu perkara tetapi dalam masa yang sama mampu berfikir secara pantas untuk menangani emosi daripada menguasai. suka berfikir dengan apa yang berlaku di sekeliling serta suka bereksperimen dengan diri sendiri.
View my complete profile