topbella

Sunday, July 10, 2011

BERSIH pada kaca mataku

Assalamualaikum kalam pembuka bicara...
Aku bukan sesiapa dalam membincangkan isu PANAS dan TERKINI seperti ini.....bukan seorang ahli akademik yang pantas bisa di wawancara dalam mengutarakan sesuatu isu yang dikemuka... bukan juga seorang ahli agama yang penuh ilmu didada yang bisa mengutarakan dalil-dalil sebagai bukti apa yang dikata....
Aku hanyalah insan biasa yang tidak punya nama namun dianugerahkan pancaindera untuk melihat apa yang berlaku...mendengar apa yang dikata....dan berdiam kerana tiada autoriti untuk berkata... namun aku lupa... di dimensi ini...ruang juga peluang terbuka luas untuk aku berbicara tentang apa yang berlaku melalui pandangan dan pendapat aku sendiri sebagai seorang pemerhati bebas yang tidak menyebelahi mana-mana pihak.... dan juga sebagai seorang mahasiswa yang cetek ilmu dan pengalaman hidup namun dapat merasa apa yang berlaku dengan perkongsian yang diperolehi dari hasil perbincangan dengan mereka yang lebih berpengalaman dan pemerhatian tanpa lisan...

BERSIH 2.0 - Isu PANAS  dan muktahir kini yang melanda negara kita...

Katakanlah...sebutkanlah...media massa mana yang tidak langsung mengupas isu PANAS ini... tak kisahlah media kerajaan mahupun pembangkang....pasti berlaku 'peperangan' fakta dan pendapat melalui media2 ini..dan aku sebagai orang awam...lemas sendiri dalam mencari realiti...dan akhirnya bosan dan jelek dengan permainan2 yang sedang dimainkan oleh pihak-pihak yang terlibat...dan aku pasti...ramai diantara orang awam sendiri yang malas 'ambil pusing' dengan isu ini dek kerana kelemasan juga seperti aku.... namun jangan dilupa....walaupun tidak ambil pusing..tidak bermakna tidak mengambil tahu langsung...kerana sedikit sebanyak turut melibatkan diri kami sendiri.... 
Apakan tidaknya....lihatlah dijalan-jalan raya kini... dek kerana isu PANAS ini...kita semua terpalit sama....di mana-mana sahaja terdapat 'road block', tahan sana tahan sini yang dilakukan oleh pihak polis....seperti isu ini terlalu besar....sehinggakan pihak polis ini terpaksa berhujan, berpanas dan cuti mereka sendiri dibekukan sehingga ke satu tarikh lain yang akan diberitahu kelak... kita semua sebagai orang awam secara psikologinya turut sama terganggu...urusannya yang melibatkan perjalanan ke sana ke mari juga turut terganggu.... kesesakan jangan diceritakanlah....aduhai......kenapalah perlu berlaku sehingga begini.....

Itu tidak termasuk lagi penggunaan media massa utama negara...TV1...TV2....TV3... pendek kata semualah... cetak ke elektronik ke....iklan2 pun tak terlepas juga...artis2 yang sedia ada pun sama, tak terlepas peluang mencari rezeki dalam iklan2 tersebut.....bukalah mana2 saluran...pasti ada iklan2 yang berkenaan BERSIH ini.... sememangnya secara psikologi....tergugat jugalah...terpengaruh pun ada....dan yang paling penting..bosan dan jelek dengan iklan2 'segera' yang tersiar di kaca-kaca televisyen kini....dan jangan dilupa... mungkin juga menambah semangat individu-individu tertentu apabila terlampau di provokasi sebegitu rupa....
Ini juga daripada kaca pandanganku...apabila sebegitu rupa media2 ini digunakan seratus peratus... sebagai orang awam...ini menimbulkan tanda tanya dan sifat ingin tahu pada isu ini turut membuak2...masa tidak... daripada iklan dan pendapat2 ahli akademik yang diutarakan..aduhai....nampak jelas tujuannya nak menghalang rakyat daripada turut terjebak dalam perhimpunan ini....kenapa perlu obses untuk menghalang??banyak persoalan boleh diutarakan....dan juga bagi anak2 muda kini, kami boleh berfikir tentang ketidaktelusan pihak media dalam mengutarakan sesuatu isu. Sebagai contoh dalam isu ini....kenapa pendapat ahli akademik yang mengatakan tentang bahayanya perhimpunan awam ini sahaja yang diambil sedutannya...mengapa tidak ditemubual beberapa orang sasterawan negara yang turut bersetuju dalam isu ini....jika diambil...kita sebagai orang awam mampu menaksir dengan bijak pro dan kontra isu ini.... dan pilihan juga dapat dibuat dengan jelas.... 

Kita sebenarnya lupa......bagi pendapat aku...setiap sesuatu yang berlaku itu pasti ada sebab dan musabab nya...takkan lah orang-orang bijak dan cerdik pandai secara suka rela sanggup bersusah payah demi melaksanakan dan merealisasikan isu ini.... jika dilihat pada individu-individu yang terlibat secara langsung dalam hal ini...bukanlah calang-calang orang...berpangkat Datuk dan sebagainya....latar belakang pendidikan pun boleh tahan....jadi sebab apa sebenarnya....??? persoalan demi persoalan boleh bersilih ganti dalam mengetahui isu ini...

Andai benar semua pihak2 yang terlibat dalam hal ini rasa bertanggungjawab pada negara sendiri...rasa ingin menyelamatkan maruah negara dan kemerdekaan yang telah dikecapi....dan mempunyai sifat kepimpinan sejati yang bukan hanya UNTUK KEPENTINGAN DIRI SENDIRI....bukan UNTUK MENGECAPI KEMEWAHAN UNTUK KELUARGA SELAMA BEBERAPA GENARASI...dan bukan UNTUK BERJUANG DEMI KEPENTINGAN DIRI.... 

ayuh.....duduklah dengan berani dan bermaruah dalam meja bulat....berbincang dengan penuh kebijaksaan... mencari kesepakatan dengan penuh kehormatan... ketepikan kepentingan masing2 dan jadilah pemimpin yang sejati....

aku percaya...pasti ada yang mana2 pihak yang tidak BERSIH yang ada kepentingan terlibat.....tidak kiralah terlibat dalam mengadakan perhimpunan ini mahupun terlibat dalam menghalang perhimpunan ini.... masing2 rambut sama hitam namun hati lain2....sememangnya hanya ALLAH yang mengetahui dan mengadili ketelusan sebenar bila mana berbicara soal hati ini.....

sekadar ini yang dapat aku berbicara... sengaja aku tidak menyentuh dengan lebih mendalam dan menyebelahi mana2 pihak dalam isu ini..kerana apa.....kerana sebagai seorang mahasiswa dan ahli akademik...aku hanya memerhati dan menganalisis dalam diam...dan bersuara hanya bilamana perlu...dan dalam diam aku ada keputusan yang mana benar dan yang mana salah walaupun keputusan itu tidaklah kukuh...namun dari pemerhatian yang dilakukan dan pro kontra yang diselak......itulah yang aku dapat...

0 comments:

Post a Comment

~Kenali Aku~

My Photo
ekspresi ibnurazaq
Putera kedua Tn.Hj. Ab Razak bin Hassan dan Pn.Hjh. Latifah binti Saad. Berumur 23 tahun(2011) . Masih bujang. Merupakan mahasiswa tahun kedua di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dalam jurusan ISM Pengajian Islam (Syariah) dengan kepujian dan telah mendapat diploma Bahasa dan Kesusasteraan Arab dari universiti yang sama. Menyandang jawatan sebagai Exco Modal Insan, Persatuan Mahasiswa Kontemporari Islam (PMKI) dan Presiden Kelab Pembimbing Rakan Siswa(PRS) UniSZA bagi sesi 09/10. Seseorang yang mudah beremosi dengan sesuatu perkara tetapi dalam masa yang sama mampu berfikir secara pantas untuk menangani emosi daripada menguasai. suka berfikir dengan apa yang berlaku di sekeliling serta suka bereksperimen dengan diri sendiri.
View my complete profile