topbella

Friday, April 29, 2011

HARI YANG BERMAKNA

Rasanya agak lama aku tak berkunjung ke sini....bukan kerana tiada masa....tetapi rasa malas untuk berkongsi cerita dan suka duka disini untuk seketika....adusss...maaf ye semua....

Cuma hari ini aku ingin sedikit kongsi suka aku bersama kawan2 sekeliling aku....

Celik di pagi hari..aku dkejutkan dengan satu mesej yang pelik.....aik??? biar betik member ak nie nak g ajak jungle tracking musim3 exam nie...hohoho.....lepas mesej sekeping dua....baru ler aku faham.... rupanya nak ajak g teman ziarah sanak keluarga dia di setiu.... ok aku pun setuju....lagipun petang kan... so pagi aku siap3 studi dulu pe yang patot sebab petang dan malam nak jalan2 lepaskan stress.......!!hahahaha

Dan petang itu pun aku,dia serta roomateku pun memulakan perjalanan....SETIU WE WILL THERE....!! Walaupun cuaca agak panas petang tadi..namun..tak mematahkan semangat kami...tambah3 lagi semangat aku nak pergi jalan2 ilangkan stress....hahaha...

Dan setelah beberapa ketika...kami tiba di destinasi..nyaman udara kampung terus menyapa kami lembut... pemandangan penuh kehijauan serta bau2 harum sekeliling memukau aku seketika... arrrrggghhhhh... betapa rindunya aku pada kampung......oh masa.....cepatlah berlalu....agar sempat aku memijakkan kaki ku ke kampung halaman setelah 5 bulan di sini.....ermmm....RINDU.... itu yang mampu aku ungkapkan...

Nasib kami baik....petang tadi ada perlawanan bola sepak antara kampung....ermmm.....SUNGGUH MERIAH..... lama rasanya tak melepak tepi padang bola sambil menyaksikan orang kampung bermain bola....motor kereta basikal....turut berkumpul ramai seperti mana lambakan manusia di tepi padang.... oh indahnya.....ditambah pula dengan jeritan kanak2 bermain bola....lawak....lawak.... pak cik2 abang2 kakak2 mak cik2 pun tak nak lepaskan peluang menjerit....ya...kita jerit ramai2 bagi sokongan... seronok3..... dan ketika itu aku turut mengimbas memori lama......satu persatu datang bertandang.....

dan perjalanan kami tidak terhenti di situ...tapi sebenarnya itu adalah satu permulaan...permulaan pada sebuah kembara ziarah...( sedap jugak ek nama aku bagi nie...) satu persatu rumah sana saudara member aku nie kami ziarah...seronok...pelbagai telatah dan gelagat kami tontoni...mesra....ramah....dan terbuka....3 perkataan aku boleh berikan...patutlah member aku nie senang bergaul....hehehehe( aku puji ko nie... jangan lupa lah nanti ek....hahahaha)

dan akhir perjalanan...jam telah menunjukkan 10.30 malam....ermmm..lama jugak kan.... dari petang hingga ke malam....banyak yang aku pelajari....banyak yang aku teladani....dari sebuah kembara ziarah.... akhir perjalanan kami...pencarian kedai yang ada satay......nak lepak3 sambil makan walaupun perut dah kenyang....huhuhu....namun hampa.....kami pulang dengan hampa tanpa satay seperti yang dipinta kerana kedai semua dah hampir tutup dan.....tak jumpa pun kedai yang jual satay.....huhuhuhu...

Pape pun...ini adalah detik indah dan agak terkesan dalam hidupku....terima kasih member ku.... ajak ke kampungmu...sungguh rindu pada kampung ku membuak3 kini....

~~ sPeciAL thAnkZ to ABDUL FATTAH BIN KAMARUDDIN....~~

yang pakai baju putih tu...hahaha....glamoUr ko ckit fatt...
(( tapi nie bukan gambar kat kampung tue.. ))

tak lupa buat MOHD HAFIZ LAZIM.....buatkan suasana tak diulit bosan...celoteh yang boleh dilayan.....
( jangan marah na.......)


Monday, April 4, 2011

Aduyaii....SALAH FAHAM

Aku terpaksa menulis malam2 begini....jam menunjukkan pukul 1.30 pagi...di kala roomateku hampir2 melelapkan mata...aku mula menulis... bukan sebab apa...tapi kerana TERPAKSA.... baru tadi aku bercakap dengan 'BFF' ( bestfren forever aku...ker?? hihihi...) dalam phone...agak lama tak berbual dan meluahkan gosip2 terpendam tentang hidup kami...hahaha... kenangan indah yang pasti kami ingat untuk sepuluh tahun akan datang...mudah2an panjang usia...dan dalam keghairahan kami bergosip...terkeluarlah cerita aku dan apa yang aku nukilkan di blog kesayangan ini...betullah kata orang... tinta itu lebih tajam dari mata pedang...walaupun aku tak menulis dengan tangan tapi aku menaip guna jari taw...hahahaha...

Rupa2nya nukilan aku tentang hati dan perasaanku mendapat tarikan dari rakan2 sekelilingku...oh my GOD... huhu....itu je la yang mampu aku ucapkan...dan bertebaranlah gosip2 panas....tiba2 terkeluar payung kuning lah...cinta sekelas lah..ape lahh...adusss..... SEMUA INI SALAH FAHAM.... payah jadi artis 'kampus' nie... ( time untuk poyo + perasan jap...) alahai....tolonglah jangan buat kesimpulan tanpa bertanya.... tak semua soal hati dan perasaan secara tulus dan mulus diterangkan.....ada beberapa perkara yang perlu dirahsiakan juga kan..dan part yang dirahsiakan ini semestinya part yang penting yang anda semua tidak tahu....cuma kronologi ringkas sahaja dinukilkan untuk mengurangkan rasa gundah dan gulana di hati... nak kongsikan semua.... alahaiiii... lagi panaslah gosip yang bakal bertebaran di ruang angkasa kampus....

So buat rakan2 yang ada disekeliling.....maaflah ye kalau anda telah tersalah faham.... its better if u comes and see me and ask me by yourself... cuma untuk pengetahuan anda....di hati saya ada seorang sahaja yang bertakhta.....itu pun jauh diperantauan...saya tak jumpa lagi mana2 perempuan yang dapat menggantikan dia... walau bagaimana pun semua terserah pada takdir ALLAH...kalau bukan dia jodoh saya....redhakan je la... dan untuk ketika ini.....tiada istilah cinta untuk bakal permaisuri dalam hidup saya...mungkin cinta dan suka yang silih berganti serta datang dan pergi mungkinlah wujud dikala sepi...semua mainan syaitan untuk melekakan... saya pun manusia dan anda pun manusia....kita serupa dan ujian yang diterima pun tak jauh beza..... cuma saya suka untuk berkongsi disini....keterbukaan untuk meluahkan dalam bentuk nukilan....
sekadar pedoman di masa hadapan...mana tahu karya2 hati saya ini dapat dijadikan sebuah buku..... dan dapat dijadikan pedoman pada sesiapa yang membaca... kita merancang dan ALLAH merancang.... dan perancangan ALLAH yang terbaik....!! ingatlah tu... so harapnya tak ade gosip2 ini lagi ye.... kita semua kawan2 dan rakan2 seperjuangan..... sama2 lah kita nikmati hidup di alam kampus yang hanya tinggal setahun sajaha lagi tempohnya....sedar@tidak...kita semua bakal berpisah..... so harapnya janganlah ada speakulasi liar...boleh bertanya dan saya boleh menjawab....

Thursday, March 31, 2011

Buat Penggemar Facebook


Ermmm....dewasa kini laman sosial Facebook (FB) semakin mendapat tempat di kalangan rakyat seluruh dunia....tak kiralah siapa dia...kanak2 sekolah rendah ke...remaja sekolah menengah ke...belia ke...bahkan datuk nenek pun ada facebook taw...hebat betul pengaruh facebook nie...ermmm..untung sungguh pencipta laman sosial ini....dan tak dinafikan akibat pengaruh melampau facebook ini...banyak kesan yang menimpa rakyat dewasa kini...tak kiralah kesan itu positif @ negatif....tepuk dada dan tanya iman kita....apakah yang kita perolehi daripada penggunaan facebook ini....dan jangan terkejut pula...ada diantara kita yang langsung tidak menghiraukan kewujudan laman sosial ini....biarlah betapa ramai yang terkena pengaruh dan polemik facebook ini....mereka terus tetap meneruskan kehidupan mereka seperti biasa...alahai....tabik springgg la pada anda!!!


Dan untuk post kali ini saya kongsikan pada anda semua sebuah artikel yang saya perolehi hasil proses pencarian dan pencarian di laman web iLuvislam.com....menarik dan bagus untuk dijadikan pedoman...!! Jom membaca....

Tidak ketagih kepada laman web sosial, Facebook, merupakan salah satu rahsia anak seorang tukang kayu, Chai Swee Fen, 20, mencatatkan keputusan cemerlang dalam Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun lepas.
Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Lintang itu merupakan salah seorang daripada 13 pelajar di negeri ini yang berjaya memperoleh Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 4.0.
Chai yang berminat dalam mata pelajaran Matematik, Biologi dan Kimia berhasrat untuk melanjutkan pelajaran di National University of Singapore (NUS) atau Universiti Sains Malaysia (USM) dalam bidang farmasi.
"Saya akan sentiasa layari, termasuk berbual dengan rakan-rakan saya untuk menyihatkan minda dan mendapat pengetahuan tambahan. Bagaimanapun, saya tidak ketagih dengan Facebook," katanya kepada pemberita selepas mendapatkan keputusan STPM di SMK Batu Lintang di sini hari ini.
Di Sarawak, seramai 13 calon Sekolah Menengah Kebangsaan di negeri ini mencapai 4.0 PNGK manakala seramai 870 pelajar telah mendapatkan 3.0 ke atas.
Seramai 5,912 pelajar telah menduduki peperiksaan STPM di Sarawak pada tahun lalu dan 298 orang atau 5.04 peratus adalah calon persendirian.
Pada keseluruhannya, seramai 5,191 orang atau 92.47 peratus calon sekolah telah mendapat sijil STPM pada tahun lalu berbanding 5,228 calon (91.56 peratus) pada tahun 2009.
Daripada jumlah calon tersebut, seramai 37 calon lulus penuh dalam lima mata pelajaran (5P), 2,121 calon lulus penuh dalam empat mata pelajaran (4P), 1,233 calon lulus penuh dalam tiga mata pelajaran (3P) dan 938 calon lulus dalam dua mata pelajaran (2P) manakala 862 calon lulus dalam satu mata pelajaran (1P).
Keputusan STPM tahun lalu mencatatkan peningkatan peratusan dalam 11 mata pelajaran iaitu Computing, Usuluddin, Literature in English, Pengajian Perniagaan, Bahasa Arab, Seni Visual, Perakaunan, Sejarah, Bahasa Malaysia, Bahasa Cina dan Matematik Statistik.
Mata pelajaran Literature in English dan Matematik Lanjutan Tulen telah mencatatkan 100 peratus lulus.
- Kuching, 21 Februari 2011
Berita ini dibawa oleh Bernama (Pertubuhan Berita Nasional Malaysia). iluvislam.commerupakan pelanggan rasmi Bernama.


TERIMA KASIH KERANA MEMAKMURKAN

Terasa malu pulak hendak menulis tentang perkara ini sebab nampak sangat aku tak tahu memakmurkan blog sendiri..tapi ini satu kelemahan ku..insyaALLAH sedikit masa lagi akan ku penuhi ilmu di dada....namun kucoretkan juga ia sebagai satu penghargaan buat adikku yang sudi membantu untuk memakmurkan...bermula dengan dia membaca kemudian dia menaip sedikit mesej ( agak panjang jugaklah.....) untuk memberikan komen pada wajah dan rupa blog ku sebelum ini....dah akhirnya.... dia menawarkan diri untuk membantu dan memakmurkan...dan akhirnya...inilah hasilnya.....dan untuk kesekian kalinya akan ku minta pertolonganmu lagi untuk membantu....

Sekalung terima kasih buatmu yang membantu memakmurkan blog ku ini......AFIFAH ADILA.....

inilah orang yang membantu aku...thankz ye.....

sori la amek gambar kamu dari fb kamu.....hahahah... mintak izin ye....


DAN SEKALI LAGI SEKALUNG PENGHARGAAN BUATMU ADIK......TERIMA KASIH BANYAK2...ARIGATO GOZAIMAZ....!!! ORANG BERBUDI KITA BERBAHASA ORANG MEMBERI KITA MERASA.....

Patutlah kuantiti lelaki di IPTA sedikit...

Saban tahun..setiap kali kemasukan pelajar ke IPTA di Malaysia...kuantiti mahasiswa lebih sedikit berbanding mahasiswi..ermmm....kenapa ye??? dan di UniSZA juga tak kurang hebatnya fenomenan ini.... dan aku masih ingat ketika mana aku menjadi Pembantu Mahasiswa ( PM ) ketika minggu orentasi....salah seorang pegawai universiti tanya kepada ku...


" macam mana pelajar lelaki kali nie??? "
" macam biasalah encik....semakin 'pupus'......"
" hai.....ada peluang la nak cukupkan kuota 4 nie....."
" hahaha.....report encik..report......"
"hahahahaha........."


Dan hari ini..ketika mana aku berpeluang membuka laman web iLuvislam.com...aku terjumpa artikel yang dipetik dari BERNAMA....owh....barulah aku tahu kenapa...dan salah satu sebabnya lelaki semakin berkurangan di IPTA...tp harus diingat...KUANTITI bukan penentu KUALITI.....hihihi.......cabaran besar untuk mahasiswi...!! jom kita sama-sama membaca artikel ini...dan untuk membaca terus ke laman web iLuvislam...ini link nye.... http://www.iluvislam.com/berita/malaysia/1996-lebih-ramai-pemandu-lelaki-terbabit-dalam-kemalangan-berbanding-wanita.html

LEBIH RAMAI PEMANDU LELAKI TERBABIT DALAM KEMALANGAN BERBANDING WANITA

Kajian yang dijalankan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) mendapati bilangan pemandu lelaki yang terlibat dalam nahas jalan raya adalah 2.4 kali lebih tinggi berbanding wanita.
Ketua Pengarah MIROS Profesor Dr Ahmad Farhan Mohd Sadullah dalam satu kenyataan hari ini berkata, kajian itu turut  disokong statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menunjukkan sejumlah 244,336 kemalangan membabitkan pemandul elaki  berbanding 103,153 bagi wanita, pada 2009.
Mengambil kira bilangan penduduk, beliau berkata lelaki mempunyai purata kadar nahas jalan raya sebanyak 1,351.74 untuk setiap 100,000 penduduk berbanding 537.97 bagi wanita, dan ini membuktikan lelaki 2.5 kali lebih berisiko berbanding wanita.
Bagaimanapun, katanya, Miros mendapati wanita menunjukkan peningkatan kemalangan yang kurang sihat pada 2009 berbanding 2006. "Jumlah pemandu wanita yang terlibat dalam kemalangan bertambah daripada 26.4 peratus pada 2006 (berbanding lelaki 73.6 peratus) dan telah meningkat kepada 29.7 peratus pada 2009," katanya ketika mengulas kenyataan Anggota Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin bahawa wanita memandu sambil lewa di jalan raya.
Ahmad Farhan berkata kajian itu juga menunjukkan lelaki dan wanita mempunyai ciri berbeza yang mempengaruhi pemanduan mereka seperti persepsi keselamatan dan keselesaan dalam kereta sendiri."Semasa memandu, seorang wanita akan memikirkan beberapa perkara, tetapi memandangkan pemanduan memerlukan gandingan aksi dan reaksi, ada kalanya, sesetengah wanita akan melakukan kesilapan," katanya.
Beliau berkata dari sudut pemanduan, lelaki pula dikenal pasti memiliki kemahiran lebih tinggi berbanding wanita, dan ini menjadikan mereka lebih berkeyakinan dan seringkali juga "terlebih yakin" sehingga memandu di luar kawalan serta secara berbahaya. Bagaimanapun, katanya, kes kemalangan jalan raya kini sering berlaku tanpa jantina.
- Kuala Lumpur, 30 Mac2011
Berita ini dibawa oleh Bernama (Pertubuhan Berita Nasional Malaysia). iluvislam.commerupakan pelanggan rasmi Bernama.
Sumber imej : Google Image



Wednesday, March 30, 2011

Kisah Kau dan Aku

Agak menarik untuk aku coretkan peristiwa hari ini...entah mengapa dan kenapa...aku ketawa sendirian bila mengenangkannya...hahahaha.....ya...kisah antara aku dan dia....sekali lagi dalam lipatan sejarah persahabatanku namanya tercoret dalam album kenangan yang mungkin akan ku simpan rapi....tanpa perlu aku kongsikan siapa dia...aku coretkan kisah dia disini...untuk tatapanku dan juga dia..( kalau dia tahu lah kisah dia dan aku terukir di laman ini...

erm....jauh merenung dan terus merenung......
Semalam kebarangkalian untuk kami berjumpa amatlah sedikit...peratusnya juga tidak begitu memberangsangkan.... namun segalanya berubah hari ini....maklumlah...seharian kami dikampus... peratusannya menjadi lebih tinggi dan kebarangkaliannya meningkat....Ya...sungguh tepat jangkaan aku.....sebelum kakiku melangkah masuk ke dalam kelas aku telah berjumpa dengan dia...namun aku macam biasa...berlagak seperti tiada apa yang berlaku antara kami..aku biarkan kehadiran dia di sisi sepi...ya..aku sangat bahagia...namun aku harus hormati pendirian yang aku pegangi....harus aku lontarkan bahagia itu jauh dari diri....agar harapan tidak berbunga kembali.....dan untuk kesekian kalinya aku rasa sayu....hatiku dipagut pilu ketika mana aku melakukan perkara ini kepadanya......bila dia ke sisi ku..aku terus pergi membawa diri dengan muka yang terpaksa aku masamkan....biarlah apa orang disisiku ketika itu berkata....aku tahu apa yang aku lakukan......

Dan kuingatkan selepas itu dia juga akan mendiamkan diri....namun sangkaanku meleset...dalam tidak ku sangka...mesej di telefonku berbunyi......dan dia hadirkan dirinya memberikan penjelasan.... ku baca...dan apa yang mampu aku balas adalah......K......dan hadir lagi sekali mesejnya dengan animation sedey.... :(... aku ketawa sendirian....dalam diam dia cuba memujukku....alahai......TIDAK!!!!. hati...jangan kau terpedaya lagi...!! fokuskan pada pendirian yang kau pegangi....

Dan untuk terakhir kalinya....walaupun setiap kali kehadiran kau kuhadiahkan dengan kedinginan dan perangai yang buruk.... dalam diam aku tetap mendoakan keselamatan dia dengan penuh kasih sayang... pergilah kau mengembara menikmati keindahan ciptaan alam.... dan jagalah dirimu sebaik2nya.... aku harapkan ketenangan wajah dan sikapmu terus kunikmati dalam diam..sahabatku sayang

Monday, March 28, 2011

Di sebalik Bencana yang menimpa

Hari ini aku terasa ingin menulis sesuatu yang lebih serius untuk diperkatakan.... jika selalu...cetusan hati yang selalu memberi galakan untuk diekspresikan ke dalam bentuk tulisan namun pada hari ini...cetusan fikiran mengatasi rasa hati....





Sedar atau tidak...kebelakangan ini...bencana alam semakin menjadi-jadi...bermula dengan bencana tsunami yang menimpa negara matahari terbit, gempa bumi dan letusan gunung berapi bawah lautan dan sebagainya hinggalah hujan tanpa henti yang mengakibatkan banjir seringkali terjadi.... semakin hari alam semakin meluahkan rasa tidak puas hati dengan manusia....dengan kehendak Yang Maha Kuasa...alam berbicara memberikan kata dua kepada manusia semua....memberi peringatan agar tidak terus hanyut dalam dunia rekaan mereka dan tidak terus leka dari menjaga alam sekitar.....namun adakah manusia sedar atau menganggap ini hanyalah sebagai satu fenomena alam yang biasa berlaku...tepuklah dada tanyalah iman anda..

Jika soalan ini ditanya pada aku...aku sendiri tidak pasti apakah jawapan yang perlu aku berikan....
cuma tatkala ini aku sedang berfikir.....adakah ini adalah amaran dari Yang Maha Esa kepada manusia supaya sedar akan diri dan di mana tahap iman pada ketika ini...bersediakah kita jika disebalik bencana yang menimpa ini kita dipanggil menghadap Yang MAha Esa....?? atau disebalik bencana ini kita hanya menganggap ianya fenomena biasa dan terus leka dengan dunia dah akhirnya dipanggil menghadapNya dengan sia-sia..... ahhh.... aku pasti aku tidak mahu pergi dengan sia-sia.....

dan ketika aku sedang berbicara melalui tinta...hujan terus 'menangis' ke bumi tanpa henti...dan keadaan di UniSZA ( bumi di mana aku menuntut ilmu kini......) semakin meruncing..hujan tanpa henti dari semalam dan paras air semakin meningkat sedikit demi sedikit.....kelas pula ada yang dibatalkan atas ihsan pensyarah dan ada yang berjalan seperti biasa.....( arrgghhhh....sedapnya tido time2 macam nie...tapi ada kelas pula.......huhuhuhu)....amanah dan tanggungjawab yang digalas perlu dilaksanakan..jadi tak kiralah bagai mana pun keadaan....kena pergi juga kelas...huhuhu....


dan kepada semua rakan-rakan yang ada...hati-hatilah semasa hujan dan banjir yang menimpa..... jaga diri elok-elok...kerana banyak yang dah terjatuh ke lubang2 dan longkang2 yang dah ditutupi air......

~Kenali Aku~

My Photo
ekspresi ibnurazaq
Putera kedua Tn.Hj. Ab Razak bin Hassan dan Pn.Hjh. Latifah binti Saad. Berumur 23 tahun(2011) . Masih bujang. Merupakan mahasiswa tahun kedua di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dalam jurusan ISM Pengajian Islam (Syariah) dengan kepujian dan telah mendapat diploma Bahasa dan Kesusasteraan Arab dari universiti yang sama. Menyandang jawatan sebagai Exco Modal Insan, Persatuan Mahasiswa Kontemporari Islam (PMKI) dan Presiden Kelab Pembimbing Rakan Siswa(PRS) UniSZA bagi sesi 09/10. Seseorang yang mudah beremosi dengan sesuatu perkara tetapi dalam masa yang sama mampu berfikir secara pantas untuk menangani emosi daripada menguasai. suka berfikir dengan apa yang berlaku di sekeliling serta suka bereksperimen dengan diri sendiri.
View my complete profile