topbella

Monday, March 28, 2011

Di sebalik Bencana yang menimpa

Hari ini aku terasa ingin menulis sesuatu yang lebih serius untuk diperkatakan.... jika selalu...cetusan hati yang selalu memberi galakan untuk diekspresikan ke dalam bentuk tulisan namun pada hari ini...cetusan fikiran mengatasi rasa hati....





Sedar atau tidak...kebelakangan ini...bencana alam semakin menjadi-jadi...bermula dengan bencana tsunami yang menimpa negara matahari terbit, gempa bumi dan letusan gunung berapi bawah lautan dan sebagainya hinggalah hujan tanpa henti yang mengakibatkan banjir seringkali terjadi.... semakin hari alam semakin meluahkan rasa tidak puas hati dengan manusia....dengan kehendak Yang Maha Kuasa...alam berbicara memberikan kata dua kepada manusia semua....memberi peringatan agar tidak terus hanyut dalam dunia rekaan mereka dan tidak terus leka dari menjaga alam sekitar.....namun adakah manusia sedar atau menganggap ini hanyalah sebagai satu fenomena alam yang biasa berlaku...tepuklah dada tanyalah iman anda..

Jika soalan ini ditanya pada aku...aku sendiri tidak pasti apakah jawapan yang perlu aku berikan....
cuma tatkala ini aku sedang berfikir.....adakah ini adalah amaran dari Yang Maha Esa kepada manusia supaya sedar akan diri dan di mana tahap iman pada ketika ini...bersediakah kita jika disebalik bencana yang menimpa ini kita dipanggil menghadap Yang MAha Esa....?? atau disebalik bencana ini kita hanya menganggap ianya fenomena biasa dan terus leka dengan dunia dah akhirnya dipanggil menghadapNya dengan sia-sia..... ahhh.... aku pasti aku tidak mahu pergi dengan sia-sia.....

dan ketika aku sedang berbicara melalui tinta...hujan terus 'menangis' ke bumi tanpa henti...dan keadaan di UniSZA ( bumi di mana aku menuntut ilmu kini......) semakin meruncing..hujan tanpa henti dari semalam dan paras air semakin meningkat sedikit demi sedikit.....kelas pula ada yang dibatalkan atas ihsan pensyarah dan ada yang berjalan seperti biasa.....( arrgghhhh....sedapnya tido time2 macam nie...tapi ada kelas pula.......huhuhuhu)....amanah dan tanggungjawab yang digalas perlu dilaksanakan..jadi tak kiralah bagai mana pun keadaan....kena pergi juga kelas...huhuhu....


dan kepada semua rakan-rakan yang ada...hati-hatilah semasa hujan dan banjir yang menimpa..... jaga diri elok-elok...kerana banyak yang dah terjatuh ke lubang2 dan longkang2 yang dah ditutupi air......

0 comments:

Post a Comment

~Kenali Aku~

My Photo
ekspresi ibnurazaq
Putera kedua Tn.Hj. Ab Razak bin Hassan dan Pn.Hjh. Latifah binti Saad. Berumur 23 tahun(2011) . Masih bujang. Merupakan mahasiswa tahun kedua di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dalam jurusan ISM Pengajian Islam (Syariah) dengan kepujian dan telah mendapat diploma Bahasa dan Kesusasteraan Arab dari universiti yang sama. Menyandang jawatan sebagai Exco Modal Insan, Persatuan Mahasiswa Kontemporari Islam (PMKI) dan Presiden Kelab Pembimbing Rakan Siswa(PRS) UniSZA bagi sesi 09/10. Seseorang yang mudah beremosi dengan sesuatu perkara tetapi dalam masa yang sama mampu berfikir secara pantas untuk menangani emosi daripada menguasai. suka berfikir dengan apa yang berlaku di sekeliling serta suka bereksperimen dengan diri sendiri.
View my complete profile