topbella

Thursday, March 10, 2011

REMAJA makin mengganas

Pasti pelik bila membaca coretan pada kali ini kan?
Bukan apa...terasa bagai dipanggil2 untuk mencoretkan tentang perkara ini....
Jangan dipelikkan ada perkara yang tidak pelik...menulis...perkara biasakan??
Sejak bila kita menulis?? 3 tahun?? 5 tahun?? atau sebaik sahaja memasuki alam persekolahan??
Ermmm...tak kisah lah bila pun..yang pasti semua pandai menulis...cuma method penulisan berbeza..
Adakala kita menulis menggunakan tangan..adakalanya bertaip...dan adakalanya dengan hati...ermmm...??


Tinggalkan perkara itu....nanti kita akan berbicara tentang penulisan pulak ea...insyaALLAH...

Sekarang ini perkara yang perlu dan harus kita berasa pelik adalah melihat REMAJA kita pada masa kini...
Dalam minggu ini sahaja..tak silap aku ada banyak kes yang melibatkan remaja di dada2 akhbar...
Ada yang ugut bunuh guru.....ada yang buat bahan letupan dan letupkan sekolah.... dan macam2 lagi...
aduhai....remaja...oh..remaja...
Apa yang anda inginkan dalam kehidupan sebenarnya?? 
bukan kah anda masih lagi bergelar remaja dan masih bergelar seorang pelajar...??
Mengapakah sikap dan tindak tanduk anda semua semakin lama semakin diluar batasan...


Apakah sebenarnya yang berlaku pada remaja kita pada masa kini....???
Masalah sosial..gejala dadah...mat rempit...kutu rayau dan sebagainya usah diungkaplah....
sememangnya itu sudah menjadi fenomena biasa....
Yup...! Aku masih ingat...minggu lepas aku pergi ke Kuala Lumpur dan ada ketikanya...
Aku menaiki komuter..ala...komuter...macam LRT tu...tahu kan?? dan perkara yang menyedihkan berlaku depan aku adalah sepasang kekasih tanpa segan silu berpelukan di tengah kesesakan di dalam komuter tersebut...pakaian usah cakapkan..memang terbonjol sana sini....dan tak silap aku.. memang sah orang Melayu....cuma islam itu diragui....mungkin hanya tertulis pada kad pengenalan barangkali.... praktikalnya... usah dipersoalkan...

So di mana silapnya??
mengapakah semakin hari remaja kita semakin rosak?? 


Persoalan yang sememangnya susah untuk dijawab... Pelbagai pihak melaksanakan bermacam2 aktiviti untuk peningkatan modal insan para remaja namun...masih tiada penyelesaian terhadap masalah ini...
bayangkanlah jikalau pelajar2 sekolah yang mengugut bunuh cikgu dan meletupkan sekolah ini besar kelak...bagaimana??? 
Perintis kepimpinan bagaimanakah yang dapat dibentuk jika acuannya sebegini rupa...
Sama-sama kita fikirkan....

0 comments:

Post a Comment

~Kenali Aku~

My Photo
ekspresi ibnurazaq
Putera kedua Tn.Hj. Ab Razak bin Hassan dan Pn.Hjh. Latifah binti Saad. Berumur 23 tahun(2011) . Masih bujang. Merupakan mahasiswa tahun kedua di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dalam jurusan ISM Pengajian Islam (Syariah) dengan kepujian dan telah mendapat diploma Bahasa dan Kesusasteraan Arab dari universiti yang sama. Menyandang jawatan sebagai Exco Modal Insan, Persatuan Mahasiswa Kontemporari Islam (PMKI) dan Presiden Kelab Pembimbing Rakan Siswa(PRS) UniSZA bagi sesi 09/10. Seseorang yang mudah beremosi dengan sesuatu perkara tetapi dalam masa yang sama mampu berfikir secara pantas untuk menangani emosi daripada menguasai. suka berfikir dengan apa yang berlaku di sekeliling serta suka bereksperimen dengan diri sendiri.
View my complete profile