topbella

Monday, March 28, 2011

Maafkan aku teman...


Agak susah untuk aku menulis tatlkala ini..namun kugagahkan jua demi luahkan apa yang terbuku di dada....
Mungkin ada yang tidak suka...namun inilah pilihan ku....siapa anda untuk mencela.... saya langsung tidak berkata-kata tentang diri anda..namun yang bakal dicoretkan adalah rasa dan jiwa saya....kepada teman yang saya suka....teman yang ada rasa cinta pada nya....

maafkan aku 
teman...
rakan.....
kawan.....
sahabat.......

itulah kata-kata yang mampu aku luahkan buat masa dan ketika ini untukmu....bukan sengaja aku bersikap demikian...semuanya kerana terpaksa.... amat sedih dan pedih tatkala mana kau cuba untuk berbual denganku...namun hanya layanan dingin yang mampu aku berikan padamu ketika ini... aku tahu jiwaku tersiksa dan naluriku terluka..namun sekali lagi aku terpaksa...dan ketika mana kepingan-kepingan mesejmu masuk ke dalam telefonku.. kubaca....dan kubiarkan ianya sepi.....akhirnya atas rasa resah dan risau akan dirimu....kutaipkan ringkasan perkataan buat pertanyaanmu.....' xde pape '. kuharapkan seringkas mana jawapanku.....dapat menenangkan hatimu buat seketika.....

dan ketika ini aku seringkali bertanya pada diriku.....adakah kau memikirkan apakah perasaanku apabila mesej2ku kau biarkan sepi?? sepi tanpa balasan.....

dan ketika ini juga aku seringkali berfikir...adakah aku ini mempunyai nilai istimewa pada dirimu @ sekadar kawan biasa dan digunakan ketika dirimu memerlukanku??

dan adakah ini dinamakan sebuah persahabatan atau hanya boleh diibaratkan sebagai kenalan semata-mata??

arggghhhh...sampah semua soalan ini....aku sendiri tahu akan kebenaran jawapan bagi setiap persoalan-persoalanku..... dan untuk ketika dan saat ini...sekali lagi aku tegaskan padamu yang sememangnya..aku terpaksa lakukan ini padamu....YA....AKU JUGA SEDANG TERSIKSA....tapi aku terpaksa....tatkala mana aku melihat kemuraman jelas terpancar pada wajahmu....aku juga turut terasa tempiasnya...namun kugagahkan diri... aku biarkan perasaanku pergi..diganti dengan hilai tawa...senyuman dan lawak-lawak serta gurauan untuk menepis segala resah yang membelenggu jiwa.....

Pasti kau tertanya2 kan kenapa aku terpaksa lakukan ini semua...... ya...aku ada jawapannya...!!

1) aku tidak mahu terus meletakkan harapan palsu pada dirimu...harapan yang tak mungkin akan menjadi kenyataan dan raealiti....
2) aku mahu beri peluang pada rakanku sendiri untuk mendekatimu...biarlah atas posisi apa pun...sahabat ker...kawan ke....kekasih ke...ape ke....terpulang....tp biarlah kau berdua...aku tidak mahu jadi yang ketiga....
3) aku tidak mahu perkara main2 ini menjadi lebih serius dan kasih sayang dan cinta aku padamu sahabat beralih arah ke arah negatif......
4) yang paling penting AKU TIDAK MAHU KEHILANGANMU DALAM SENARAI SAHABATKU....

dan aku telah perjelaskan semuanya.....dah aku harap kau memahami......maafkan aku sahabat......

0 comments:

Post a Comment

~Kenali Aku~

My Photo
ekspresi ibnurazaq
Putera kedua Tn.Hj. Ab Razak bin Hassan dan Pn.Hjh. Latifah binti Saad. Berumur 23 tahun(2011) . Masih bujang. Merupakan mahasiswa tahun kedua di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dalam jurusan ISM Pengajian Islam (Syariah) dengan kepujian dan telah mendapat diploma Bahasa dan Kesusasteraan Arab dari universiti yang sama. Menyandang jawatan sebagai Exco Modal Insan, Persatuan Mahasiswa Kontemporari Islam (PMKI) dan Presiden Kelab Pembimbing Rakan Siswa(PRS) UniSZA bagi sesi 09/10. Seseorang yang mudah beremosi dengan sesuatu perkara tetapi dalam masa yang sama mampu berfikir secara pantas untuk menangani emosi daripada menguasai. suka berfikir dengan apa yang berlaku di sekeliling serta suka bereksperimen dengan diri sendiri.
View my complete profile