topbella

Thursday, March 31, 2011

Patutlah kuantiti lelaki di IPTA sedikit...

Saban tahun..setiap kali kemasukan pelajar ke IPTA di Malaysia...kuantiti mahasiswa lebih sedikit berbanding mahasiswi..ermmm....kenapa ye??? dan di UniSZA juga tak kurang hebatnya fenomenan ini.... dan aku masih ingat ketika mana aku menjadi Pembantu Mahasiswa ( PM ) ketika minggu orentasi....salah seorang pegawai universiti tanya kepada ku...


" macam mana pelajar lelaki kali nie??? "
" macam biasalah encik....semakin 'pupus'......"
" hai.....ada peluang la nak cukupkan kuota 4 nie....."
" hahaha.....report encik..report......"
"hahahahaha........."


Dan hari ini..ketika mana aku berpeluang membuka laman web iLuvislam.com...aku terjumpa artikel yang dipetik dari BERNAMA....owh....barulah aku tahu kenapa...dan salah satu sebabnya lelaki semakin berkurangan di IPTA...tp harus diingat...KUANTITI bukan penentu KUALITI.....hihihi.......cabaran besar untuk mahasiswi...!! jom kita sama-sama membaca artikel ini...dan untuk membaca terus ke laman web iLuvislam...ini link nye.... http://www.iluvislam.com/berita/malaysia/1996-lebih-ramai-pemandu-lelaki-terbabit-dalam-kemalangan-berbanding-wanita.html

LEBIH RAMAI PEMANDU LELAKI TERBABIT DALAM KEMALANGAN BERBANDING WANITA

Kajian yang dijalankan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) mendapati bilangan pemandu lelaki yang terlibat dalam nahas jalan raya adalah 2.4 kali lebih tinggi berbanding wanita.
Ketua Pengarah MIROS Profesor Dr Ahmad Farhan Mohd Sadullah dalam satu kenyataan hari ini berkata, kajian itu turut  disokong statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menunjukkan sejumlah 244,336 kemalangan membabitkan pemandul elaki  berbanding 103,153 bagi wanita, pada 2009.
Mengambil kira bilangan penduduk, beliau berkata lelaki mempunyai purata kadar nahas jalan raya sebanyak 1,351.74 untuk setiap 100,000 penduduk berbanding 537.97 bagi wanita, dan ini membuktikan lelaki 2.5 kali lebih berisiko berbanding wanita.
Bagaimanapun, katanya, Miros mendapati wanita menunjukkan peningkatan kemalangan yang kurang sihat pada 2009 berbanding 2006. "Jumlah pemandu wanita yang terlibat dalam kemalangan bertambah daripada 26.4 peratus pada 2006 (berbanding lelaki 73.6 peratus) dan telah meningkat kepada 29.7 peratus pada 2009," katanya ketika mengulas kenyataan Anggota Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin bahawa wanita memandu sambil lewa di jalan raya.
Ahmad Farhan berkata kajian itu juga menunjukkan lelaki dan wanita mempunyai ciri berbeza yang mempengaruhi pemanduan mereka seperti persepsi keselamatan dan keselesaan dalam kereta sendiri."Semasa memandu, seorang wanita akan memikirkan beberapa perkara, tetapi memandangkan pemanduan memerlukan gandingan aksi dan reaksi, ada kalanya, sesetengah wanita akan melakukan kesilapan," katanya.
Beliau berkata dari sudut pemanduan, lelaki pula dikenal pasti memiliki kemahiran lebih tinggi berbanding wanita, dan ini menjadikan mereka lebih berkeyakinan dan seringkali juga "terlebih yakin" sehingga memandu di luar kawalan serta secara berbahaya. Bagaimanapun, katanya, kes kemalangan jalan raya kini sering berlaku tanpa jantina.
- Kuala Lumpur, 30 Mac2011
Berita ini dibawa oleh Bernama (Pertubuhan Berita Nasional Malaysia). iluvislam.commerupakan pelanggan rasmi Bernama.
Sumber imej : Google Image



2 comments:

aunieZ said...

haha taw xpe..laki suh prasan teror ngt bwa keta tp dorg yg bnyk eksiden :p

ekspresi ibnurazaq said...

hahaha....terlebey yakin.....tapi memang tak dinafikan golongan kami teror bwk keta kan??

Post a Comment

~Kenali Aku~

My Photo
ekspresi ibnurazaq
Putera kedua Tn.Hj. Ab Razak bin Hassan dan Pn.Hjh. Latifah binti Saad. Berumur 23 tahun(2011) . Masih bujang. Merupakan mahasiswa tahun kedua di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dalam jurusan ISM Pengajian Islam (Syariah) dengan kepujian dan telah mendapat diploma Bahasa dan Kesusasteraan Arab dari universiti yang sama. Menyandang jawatan sebagai Exco Modal Insan, Persatuan Mahasiswa Kontemporari Islam (PMKI) dan Presiden Kelab Pembimbing Rakan Siswa(PRS) UniSZA bagi sesi 09/10. Seseorang yang mudah beremosi dengan sesuatu perkara tetapi dalam masa yang sama mampu berfikir secara pantas untuk menangani emosi daripada menguasai. suka berfikir dengan apa yang berlaku di sekeliling serta suka bereksperimen dengan diri sendiri.
View my complete profile