topbella

Wednesday, March 9, 2011

Tingkatkan Testosterone???


Jika anda inginkan satu bahan ajaib untuk merangsang pembesaran otot, bahan itu sudah semestinya Testosterone. Testosterone adalah hormon pembesaran otot yang paling penting dalam badan anda dan juga merupakan faktor penentu bagi jumlah maksimum otot yang boleh dibina oleh badan anda.
Dibawah ini adalah sebahagian daripada faedah-faedah yang boleh anda nikmati melalui peningkatan kadar testosterone didalam badan anda.
-Penambahan kekuataan dan saiz otot
-Pengurangan kadar lemak dalam badan
-Peningkatan keinginan seksual dan tenaga batin
-Menaikkan mood anda
-Pengurangan kadar kolestrol yang memudaratkan
Jika anda ingin menigkatkan kadar testosterone didalam badan anda disini saya akan menyenaraikan 10 teknik yang mudah dan semulajadi agar anda dapat menikmati semua faedah-faedahnya.
1) Utamakan senaman bersepadu didalam latihan anda.
Senaman bersepadu adalah seperti squats, deadlift, bench press, barbell row, chin ups, dips, lunges dan shoulder press (sila rujuk di www.revolutiongym.blogspot.com, di segmen workout corner). Senaman-senaman ini akan memberikan tekanan yang kuat keatas otot-otot dan seterusnya memaksa badan anda untuk meningkatkan penghasilan testosterone didalam badan.
2) Berlatih dengan intensiti tinggi.
Jika anda ingin hasil yang mengkagumkan anda mesti melakukan senaman anda dengan intensiti tinggi. Ini kerana dengan tekanan yang kuat terhadap otot anda, badan anda akan menghasilkan kadar testosterone yang lebih banyak.
3) Anda mesti melatih kaki anda sekuat anda melatih bahagian atas badan anda.
Untuk pengetahuan anda latihan kaki yang dilakukan dengan intensiti tinggi mampu merangsang pembesaran dibahagian dada, belakang dan lengan anda. Ini adalah disebabkan oleh peningkatan kadar testosterone yang dirangsang melalui latihan kaki.
4) Tingkatkan pengambilan EFA.
Essential Fatty Acids (EFA) daripada sumber seperti kekacang, avocado, ikan dan minyak daripada bijian flax, canola dan zaitun adalah sumber yang baik untuk meningkatkan kadar testosterone didalam badan anda.
5) Kurangkan pengambilan soya
Protein soya meningkatkan kadar penghasilan estrogen (hormone utama wanita) dan ini mempunyai kesan negatif terhadap kadar testosterone didalam badan anda
6) Hentikan pengambilan alkohol
Alkohol telah terbukti boleh menjejaskan kadar testosterone didalam badan anda dengan dramatic sekali. Jadi hentikan pengambilan alkohol.
7) Tingkatkan pengambilan sayur-sayuran jenis cruciferous didalam diet seharian anda
Broccoli, kubis bunga, lobak, turnip, kubis dan brussels sprout telah terbukti berkesan menurunkan kadar estrogen didalam badan maka secara tidak langsung meningkatkan kadar testosterone.
8) Kurangkan kadar tekanan harian anda
Membiarkan diri anda dalam keadaan yang tertekan akan merangsang penghasilan 'cortisol', sejenis hormon catabolic yang mampu menurunkan kadar testosterone.
9) Tingkatkan aktiviti seksual anda (Untuk yang sudah berkahwin)
Rangsangan seksual akan menyebabkan badan anda menigkatkan pengeluaran oxytocin yang berkesan untuk meningkatkan pengeluaran endorphin (bahan kimia ceria), yang turut meningkatkan kadar testosterone.
10) Pastikan anda mendapat tidur yang secukupnya setiap malam
ermm...bila la agaknye ek??
Sekadar gambar hiasan...
Kurangnya tidur boleh menyumbang kepada penghasilan cortisol yang mampu mengurangkan kadar testosterone didalam badan anda.
Mulakan mengamalkan teknik-teknik ini secara konsisten dan anda akan mengalami peningkatan kekuatan dan penambahan saiz otot-otot anda. 

P/s : Khas untuk bacaan para lelaki yang inginkan badan yang lebih mantap dan otot yang lebih kuat... Aku pun turut berminat jgak....hihihi...

0 comments:

Post a Comment

~Kenali Aku~

My Photo
ekspresi ibnurazaq
Putera kedua Tn.Hj. Ab Razak bin Hassan dan Pn.Hjh. Latifah binti Saad. Berumur 23 tahun(2011) . Masih bujang. Merupakan mahasiswa tahun kedua di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dalam jurusan ISM Pengajian Islam (Syariah) dengan kepujian dan telah mendapat diploma Bahasa dan Kesusasteraan Arab dari universiti yang sama. Menyandang jawatan sebagai Exco Modal Insan, Persatuan Mahasiswa Kontemporari Islam (PMKI) dan Presiden Kelab Pembimbing Rakan Siswa(PRS) UniSZA bagi sesi 09/10. Seseorang yang mudah beremosi dengan sesuatu perkara tetapi dalam masa yang sama mampu berfikir secara pantas untuk menangani emosi daripada menguasai. suka berfikir dengan apa yang berlaku di sekeliling serta suka bereksperimen dengan diri sendiri.
View my complete profile