topbella

Thursday, March 31, 2011

Buat Penggemar Facebook


Ermmm....dewasa kini laman sosial Facebook (FB) semakin mendapat tempat di kalangan rakyat seluruh dunia....tak kiralah siapa dia...kanak2 sekolah rendah ke...remaja sekolah menengah ke...belia ke...bahkan datuk nenek pun ada facebook taw...hebat betul pengaruh facebook nie...ermmm..untung sungguh pencipta laman sosial ini....dan tak dinafikan akibat pengaruh melampau facebook ini...banyak kesan yang menimpa rakyat dewasa kini...tak kiralah kesan itu positif @ negatif....tepuk dada dan tanya iman kita....apakah yang kita perolehi daripada penggunaan facebook ini....dan jangan terkejut pula...ada diantara kita yang langsung tidak menghiraukan kewujudan laman sosial ini....biarlah betapa ramai yang terkena pengaruh dan polemik facebook ini....mereka terus tetap meneruskan kehidupan mereka seperti biasa...alahai....tabik springgg la pada anda!!!


Dan untuk post kali ini saya kongsikan pada anda semua sebuah artikel yang saya perolehi hasil proses pencarian dan pencarian di laman web iLuvislam.com....menarik dan bagus untuk dijadikan pedoman...!! Jom membaca....

Tidak ketagih kepada laman web sosial, Facebook, merupakan salah satu rahsia anak seorang tukang kayu, Chai Swee Fen, 20, mencatatkan keputusan cemerlang dalam Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun lepas.
Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Lintang itu merupakan salah seorang daripada 13 pelajar di negeri ini yang berjaya memperoleh Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 4.0.
Chai yang berminat dalam mata pelajaran Matematik, Biologi dan Kimia berhasrat untuk melanjutkan pelajaran di National University of Singapore (NUS) atau Universiti Sains Malaysia (USM) dalam bidang farmasi.
"Saya akan sentiasa layari, termasuk berbual dengan rakan-rakan saya untuk menyihatkan minda dan mendapat pengetahuan tambahan. Bagaimanapun, saya tidak ketagih dengan Facebook," katanya kepada pemberita selepas mendapatkan keputusan STPM di SMK Batu Lintang di sini hari ini.
Di Sarawak, seramai 13 calon Sekolah Menengah Kebangsaan di negeri ini mencapai 4.0 PNGK manakala seramai 870 pelajar telah mendapatkan 3.0 ke atas.
Seramai 5,912 pelajar telah menduduki peperiksaan STPM di Sarawak pada tahun lalu dan 298 orang atau 5.04 peratus adalah calon persendirian.
Pada keseluruhannya, seramai 5,191 orang atau 92.47 peratus calon sekolah telah mendapat sijil STPM pada tahun lalu berbanding 5,228 calon (91.56 peratus) pada tahun 2009.
Daripada jumlah calon tersebut, seramai 37 calon lulus penuh dalam lima mata pelajaran (5P), 2,121 calon lulus penuh dalam empat mata pelajaran (4P), 1,233 calon lulus penuh dalam tiga mata pelajaran (3P) dan 938 calon lulus dalam dua mata pelajaran (2P) manakala 862 calon lulus dalam satu mata pelajaran (1P).
Keputusan STPM tahun lalu mencatatkan peningkatan peratusan dalam 11 mata pelajaran iaitu Computing, Usuluddin, Literature in English, Pengajian Perniagaan, Bahasa Arab, Seni Visual, Perakaunan, Sejarah, Bahasa Malaysia, Bahasa Cina dan Matematik Statistik.
Mata pelajaran Literature in English dan Matematik Lanjutan Tulen telah mencatatkan 100 peratus lulus.
- Kuching, 21 Februari 2011
Berita ini dibawa oleh Bernama (Pertubuhan Berita Nasional Malaysia). iluvislam.commerupakan pelanggan rasmi Bernama.


0 comments:

Post a Comment

~Kenali Aku~

My Photo
ekspresi ibnurazaq
Putera kedua Tn.Hj. Ab Razak bin Hassan dan Pn.Hjh. Latifah binti Saad. Berumur 23 tahun(2011) . Masih bujang. Merupakan mahasiswa tahun kedua di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dalam jurusan ISM Pengajian Islam (Syariah) dengan kepujian dan telah mendapat diploma Bahasa dan Kesusasteraan Arab dari universiti yang sama. Menyandang jawatan sebagai Exco Modal Insan, Persatuan Mahasiswa Kontemporari Islam (PMKI) dan Presiden Kelab Pembimbing Rakan Siswa(PRS) UniSZA bagi sesi 09/10. Seseorang yang mudah beremosi dengan sesuatu perkara tetapi dalam masa yang sama mampu berfikir secara pantas untuk menangani emosi daripada menguasai. suka berfikir dengan apa yang berlaku di sekeliling serta suka bereksperimen dengan diri sendiri.
View my complete profile