topbella

Saturday, June 18, 2011

Istimewa dihati

Entri kali ini agak istimewa...
Dedikasi Khas buat ayahanda tercHenta 
~ Tuan Haji AB. RAZAK BIN HASSAN ~
Selamat hari bapa buat abah......!!! hihihi...



Rasanya tak mampu ler nak ungkapkan segala jasa-jasa abah kat sini
tapi semua tue tetap ada dalam hati...jangan wisau eh...
Terima kasih atas segalanya....
Segala pengorbanan...jerit payah....susah senang dalam membesarkan kami 4 beradik..
Kamilah madu...kami jugaklah racun..kan3???hahaha...
Biasalah abah.....anak-anak abah.....

Namun kata-kata semangat abah a.K.a leteran abah setiap hari tue sentiasa difikirkan...
Adakalanya banyak betul dari tidak....adakalanya...ermmmm.......
Tapi untuk beberapa perkara.... ngah akan buat ikut gerak hati ngah...
Biar jadi sUpriSe buat abah dan MAk.....hihihi

Last but no least....
Walaupun abah suruh sambung MASTER lepas nie...
Mungkin stop dulu kot....!!
6 tahun straight belajar....aduyaii.....duit3.... dimanakah kau duit....
Tiba masa nak kumpulkan duit...
Tiba masa nak rasa pegang duit sendiri....
Dan InsyaALLAH...lepas setahun dua....baru sambung semula...bleh kan abah???
PERCAYAKANLAH ANAKMU k.....

Ini lirik lagu khas buat abah....
Sempena HARI BAPA 2011......

~ Selamat Hari Bapa ~
Maafkan segal salah silap dan halalkan segalanya....

JuZ 4 u ABAH...!!
TERIMALAH >>>>>>> 


Ketika berjauhan
Masihku rasa hangat kasihmu ayah
Betapaku rindukan redup wajahmu
Hadir menemaniku

Terbayang ketenangan
Yang selalu kau pamerkan
Bagaikan tiada keresahan

Chorus
Walau hatimu sering terlukaTika diriku terlanjur kataTak pernah sekali kau tinggalkanDiriku sendirianKetika ku dalam kedukaanKau mendakap penuh pengertianDi saat diriku kehampaanKau setia mengajarkuErti kekuatan
Terpancar kebanggaan
Dalam senyummu
Melihatku berjaya
Bilaku kegagalan
Tak kau biarkan
Aku terus kecewa

Dengan kata azimat
Engkau nyalakan semangat
Restu dan doa kau iringkan

Ulang Chorus
Terbayang ketenangan
Yang selalu kau pamerkan
Bagaikan tiada keresahan

Ulang Chorus
Tak dapatku bayangkan
Hidupku ayah
Tanpa engkau di sisi
Semua kasih sayang
Yang kau curahkan
Tersemat di hati


Thursday, June 16, 2011

SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN


Tiba-tiba aku teringat akan bait2 lirik lagu imran ajmain.... So aku dedikasikan khas untuk ko dalam blog aku nie ek....lirik je la ek....nak dengar lagunya download sendiri @ tengok you tube ek...hihihi


                                                                     "Selamat ulang tahun sayang
                                                                                                             Kini kau bersayap, pergilah terbang
                                                                                                   Rentaslah langit cita cita mu
                                                                                              Harap nanti kita 'kan bertemu
                                                                                     Selamat ulang tahun sayang
                                                                             Janganlah engkau tak terbang pulang
                                                                   Ku nanti penuh kerinduan
                                                           Selamat tinggal, selamat jalan
                                                   Aku hanya inginkan engkau setia
                                              Kerana setia yang mencipta bahagiamu"

( aku tak tahu kenapa lirik nie yng aku letak....aku juz nak amek selamat ualng tahun tue je.....yang lain 2 tambahan je supaya lirik tue tak tergantung k...huahuahuahua...............)


SELAMAT HARI ULANG TAHUN KELAHIRAN SAHABATKU.....
MOGA PANJANG UMUR DAN MURAH REZEKI HENDAKNYA....
DAN SEMOGA PERSAHABATAN YANG TERBINA ANTARA KITA KEKAL SELAMANYA...




nie kad dan hadiah yang sempat aku buatkan untuk ko.......hihi..
 hepi bufday my Best fwen forever......
Dikesempatan yang ada nie...aku kongsikan juga kajian bulan kelahiran untuk bulan JUN... Rupa-rupanya macam nie budak2 yang lahir bulan Jun ek?? ada kene mengena dengan ko tak rasa2nya??? ermmm....teliti lah sendiri ek!!

  • Berfikiran jauh & berwawasan

  • Mudah ditawan kerana sikap baik

  • Berperangai lemah lembut

  • Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood

  • Idea yang terlalu banyak di kepala

  • Bersikap sensitif

  • Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir)

  • Sukar melakukan sesuatu dengan segera

  • Bersikap suka menangguh-nangguh

  • Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik

  • Cepat marah & cepat sejuk

  • Suka bercakap & berdebat

  • Suka buat lawak & bergurau

  • Otaknya cerdas berangan-angan

  • Mudah berkawan & pandai berkawan

  • orang yang sangat tertib

  • Pandai mempamerkan sikap

  • Mudah kecil hati

  • Mudah kena selsema

  • Suka berkemas

  • Cepat rasa bosan

  • Sikap terlalu memilih & cerewet

  • Kurang mempamerkan perasaan

  • Lambat untuk sembuh apabila terluka hati

  • Suka pada barang yang berjenama

  • Mudah menjadi eksekutif

  • Kedegilan yang tidak terkawal

  • Sesiapa yang memuji, dianggap musuh

  • Siapa yang menegur dianggap kawan



  • Pesanan khas aku buat ko :


    Di hari kedewasaanmu....moga kau makin tabah jalani kehidupan yang penuh berliku....
    Jujur dengan apa yang kau rasa di hati dan hargai apa yang kau miliki serta kasih sayang yang kau perolehi.....


    Bertuah jadi dirimu kerana miliki segalanya.... namun aku tahu kau juga tidak dapat lari dari hadapi masalah tersendiri....biasalah kita anak kedua nie penuh dengan konflik dalaman...hihi..... 


    tapi as ur fren.. aku nak kau tahu yang aku sentiasa ada kalau kau memerlukan aku.... 


    Moga terus sukses dalam karier dan hobi yang kau gilai tu...dan juga sukses dalam hidup dunia akhirat... (( ingat..aku nak jadi pengapit kau time kau kawen nanti ....hahahaha... ))



    insyaALLAH kenangan waktu dan ketika ini tak kan aku lupakan...
    terima kasih....




                                                                                                                                                  ikhlas dari sahabatmu 

    Wednesday, June 15, 2011

    BILA NAFSU MERAJAI SEGALANYA

    Bila nafsu merajai segalanya
    Mentari bulan tiada beda
    Dunia bagai mereka yang punya
    ha...ha...ha.... AKULAH RAJA

    Bila nafsu menguasai diri
    Yang salah sentiasa dibetuli
    Yang kurang sentasa ditambahi
    Jelas kiamat makin menghampiri

    Nyata dan jelas bukan mudah sebenarnya mendidik nafsu diri. Biarpun siapa dirinya, apabila nafsu merajai segalanya maka akan rosak binasa...kerana apa...kerana dia seorang manusia. Jelas juga lemah dan tidak berdaya. Bukan maksum seperti seorang nabi dan rasul, bukan juga yang teguh imannya seperti seorang wali yang dekat hatinya pada Ilahi. Sekalipun alim ilmu agama, sekalipun faqeh dalam ilmu feqah, sekalipun expert dalam bidang profesional, belum pasti lagi dirinya mampu untuk melawan gelojak nafsu dari bermaharajalela.

    Tatkala nafsu sudah beraja, maka akan lupa akan segalanya. Agama entah ke mana, maruah dan harga diri melayang jauh dari sisi, anak isteri dan keluarga yang konon-kononnya dicintai hilang berlalu pergi... Oh..betapa hebatnya penangan nafsu yang bermaharaja. Juga pernah diceritakan tentang degilnya yang bernama nafsu. 

    Dalam sebuah kitab karangan 'Ustman bin Hasan bin Ahmad Asy-Syaakir Alkhaubawiyi, seorang ulama yang hidup dalam abad ke XIII Hijrah, menerangkan bahawa sesungguhnya Allah S.W.T telah menciptakan akal, maka Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud : "Wahai akal mengadaplah engkau." Maka akal pun mengadap kehadapan Allah S.W.T., kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal berbaliklah engkau!", lalu akal pun berbalik. Kemudian Allah S.W.T. berfirman lagi yang bermaksud : "Wahai akal! Siapakah aku?". Lalu akal pun berkata, "Engkau adalah Tuhan yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu yang daif dan lemah." Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal tidak Ku-ciptakan makhluk yang lebih mulia daripada engkau." Setelah itu Allah S.W.T menciptakan nafsu, dan berfirman kepadanya yang bermaksud : "Wahai nafsu, mengadaplah kamu!". Nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri. Kemudian Allah S.W.T berfirman lagi yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku, dan Engkau adalah Engkau." Setelah itu Allah S.W.T menyiksanya dengan neraka jahim selama 100 tahun, dan kemudian mengeluarkannya. Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau." Lalu Allah S.W.T menyiksa nafsu itu dalam neraka Juu' selama 100 tahun. Setelah dikeluarkan maka Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata, " Aku adalah hamba-Mu dan Kamu adalah tuhanku." Dalam kitab tersebut juga diterangkan bahawa dengan sebab itulah maka Allah S.W.T mewajibkan puasa.Dalam kisah ini dapatlah kita mengetahui bahawa nafsu itu adalah sangat jahat oleh itu hendaklah kita mengawal nafsu itu, jangan biarkan nafsu itu mengawal kita, sebab kalau dia yang mengawal kita maka kita akan menjadi musnah.

    Dan disertakan di sini tentang juga perihal nafsu itu.......

    Nafsu itu tempat berkumpulnya kekuatan amarah dan syahwat (keinginan) dalam diri manusia. Di sinilah terkumpulnya sifat-sifat tercela dan sentiasa mendorong diri manusia itu ke arah kejahatan.

    Daripada nafsu itulah timbulnya sifat mazmumah seperti hasad dengki, pemarah, takbur, gila pujian, cintakan dunia, penakut dan lain-lain lagi. Itulah akibat buruk apabila nafsu dibiarkan dan tidak dididik. Nafsu adalah generator kejahatan dalam tubuh badan manusia.

    Imam al-Ghazali mengumpamakan nafsu sebagai kuda kuda yang liar. Jika tidak terdidik kuda itu akan mengamuk dan menjatuhkan orang yang menunggangnya. Sebaliknya jika berjaya dijinakkan, kuda itu dengan mudah dapat ditunggang mengikut mana jua hala tujuan. Begitulah nafsu, jika dididik dengan betul ia boleh membawa kepada kebaikan.

    Dorongan nafsu yang berbeza-beza ini dijelaskan oleh Allah dalam al-Quran. Antaranya ialah nafsu mutma’innah yang sifatnya tenang dan bebas daripada gangguan kejahatan. Maksud firman Allah s.w.t: “Hai nafsu yang tenang, kembalilah kepada tuhanmu dengan gembira dan menggembirakan.” (Surah al-fajr 89: 27-28)

    Ada kalanya nafsu belum stabil. Kebaikan yang dilakukan belum terasa indah, namun apabila berbuat kejahatan terasa pula kekesalannya. Nafsu ini dinamakan nafsu lawwamah. Firman Allah yang bermaksud: “Aku bersumpah dengan nafsu yang amat mencela kejahatan.” (Surah al-Qiyamah 75: 2)

    Dan kedudukan yang paling parah apabila nafsu berada di peringkat ammarah bi al-su’ – yakni nafsu yang tunduk seratus peratus kepada syahwat dan syaitan. Firman Allah yang bermaksud: “ Dan aku tidak akan membiarkan nafsuku kerana nafsu itu sangat mengajak kepada kejahatan.” (Surah Yusuf 12: 53)vv


    Mudah-mudahan entri kali ini dapat memberi manfaat kepada semua... Betapa degil dan jahatnya nafsu itu. Semoga nafsu dapat kita kuasai dan tangani..... Janganlah lupa mohonlah pada Yang Esa agar dapat kasih sayang dan rashmatNya dapat membantu kita dalam menangani nafsu yang durjana ini.......wallahualam

    Hati Semakin tetap berkeputusan

    Usai merehatkan diri, memejamkan mata seketika. Bangkitku dalam sedar dari lena kepenatan untuk terus melangkah. Dan dalam langkahan ku sumbang kerana belum membersihkan diri dan terus menari-narikan jari di papan keyboard ini....( hehehe...jangan tiru aksi ini di rumah ye..hanya orang-orang 'otai' sahaja yang mampu melakukannya...hahahaha)


    Tiba-tiba hati aku merasa ingin berbicara sendiri...natijahnya...inilah medannya... Medan ini lebih bagus untuk meluahkan rasa dijiwa...walaupun beribu mata yang membaca....namun hanya hati yang tahu kebenaran cerita... biarlah semua meneka denga beribu soalan dijiwa mereka...janji aku pada diri....hanya yang benar-benar layak dan percaya sahaja akan aku terbuka untuk bercerita....! tiada lagi keterbukaan seperti sebelum ini untuk semua... HANYA MEREKA YANG AKU PERCAYA AKAN AKU BERKONGSI CERITA.... dan 'mereka' juga semakin berkurangan jumlahnya dari semasa ke semasa...

    Ini juga termasuk dalam soal bicara hati yang memutuskan keputusan. Semakin banyak keputusan yang dibuat, semakin mengajar aku erti kedewasaan dan kematangan dalam kehidupan. Juga membuatkan aku merasa kuat dan yakin dalam melangkah...


    semanis senyuman yang terukir.....
    semuanya atas pilihan kita...

    SOAL HATI DAN PERASAAN aku lepaskan jauh... tak ingin aku berbicara saat dan ketika ini. Hanya diri aku....fokus berpraktikal....fokus mengumpulkan bahan tesis....fokus mengumpulkan wang dan fokus dengan mereka yang aku selesa....cukup! memadai untuk aku. Dan kini aku juga sedang belajar untuk menjadi seorang yang PENTINGKAN DIRI SENDIRI tanpa memikirkan orang sekeliling.. mungkin ada bagusnya juga dalam aku mengejar cita-cita....Penat dan letih bila mana terlalu menjaga hati semua... hingga hati sendiri hampir robek dan bersisa dengan sia-sia... CUKUP!!

    Ya....hati aku semakin tetap dalam berkeputusan. Biar pun kadang kala persoalan demi persoalan menerjah ke ruang yang kosong....pasti akan ku usir rasa itu dengan rasa yang terhormat.... Ya.....kamu yang mengajar aku jadi begitu.... untuk masa dan ketika ini. 

    jauh jarak bukan halangan.....
    tapi diri sendiri sebenarnya adalah halangan terbesar yang menjarakkan....


    Kita siapkanlah diri kita dengan ilmu, kematangan, kewangan dan keredhaan sebelum tiba masanya untuk kita berbiacara semula soal JODOH DAN PERTEMUAN.... HATI DAN PERASAAN. Sebagai seorang lelaki...aku mahu lebih bersedia dan bertanggungjawab bila tiba masanya.... ( pengalaman  yang diambil di mahkamah membuatkan aku sedar...bukan mudah tanggungjawab sebagai seorang LELAKI  kelak.....! )

    Friday, June 10, 2011

    Melangkah dengan penuh TABAH

    Hujan emas di negeri orang...hujan batu di negeri sendiri..lebih baik di negeri sendiri kan?? itu kata-kata orang lama....mungkin ada betulnya....aku juga terasa kini... sejauh mana kita melangkah ke negeri orang ke..berhijrah atau bermastautin seketika ke....tempat sendiri juga istimewa....mungkin akan mengambil masa...namun semuanya kebiasaan yang perlu kita jalani dalam kehidupan.

    Seminggu berlalu....pemergian aku ke Kuala Lumpur sememangnya memberi impak yang maksima kepada aku.. sendirian berkelana...mengenali juga HENTIAN DUTA akhirnya...benarlah kata pepatah " jauh perjalanan..luas pemandangan...."

    Akhirnya apa yang aku cari di sana aku temui....tidak memuaskan tapi mencukupi untuk masa kini... aku harap usahaku tidak sia-sia.... aku tahu tujuan sebenar aku berkelana...dan alhamdulillah aku tidak terpesong dengan fatamorgana dunia...

    dan kini...tiba masa untuk aku mengorak langkah.... dan langkahanku mesti dengan penuh tabah dan bergaya...

    Namun tidak akan aku lupakan pada mereka yang menemaniku saat aku berkelana untuk seketika... terima kasih teman kerana kau terlalu baik terhadapku... sanggup bersusah payah melayani kerenahku... mahu ke sana ke mari....dan kau mengikuti dengan penuh kesabaran.... insyaALLAH jika kalian datang ke kawasanku....akan kubalas jasa-jasa kalian kepadaku.....layanan 1st class kepada kalian....!!

    Thursday, June 2, 2011

    Praktikal oh...praktikal

    Kesempatan pertama selepas aku aktif semula menulis, aku nak kongsikan tentang pengalaman praktikal aku..erm....rasa berdebar Tuhan je yang tahu....namun dengan lagak macho aku redah je pergi ke tempat praktikal aku...tak tahu jalan....tak tahu arah tuju...aku teruskan juga dan akhirnya sampai....aku tunggu depan pintu...

    Itu cerita ringkas pagi pertama aku....hahaha....dengan muka slumber...dengan muka tebal...dengan orang pejabat terkejut beruk...dengan suasana baru..dengan ketidak mesraan aku dan mereka...aku gagahkan juga sampailah ke petang hari...huh!! siksa....namun teruja....sopan santun tutur kata sambil mata cergas memerhati...

    Akhirnya setelah seminggu...masuk ke dua minggu....dan sekarang selesai tiga minggu.... alhamdulillah... aku kini sebahagian daripada mereka....keselesaan dapat dicapai....kepercayaan demi kepercayaan aku raih... namun adakalanya aku bosan tatkala suasana sepi dan sunyi....yelah....xde pelanggan datang... dan semua sibuk dengan kerja masing2....sebelum aku bercerita lebih jauh.... rasa2nya mesti semua pelik kan..kat manalah tempat aku praktikal...huhu... aku pun satu...lain kali...bagilah tahu siang2 kan...tak de la sape2 bertanya...tu pun kalo ada yang sempat terfikir soalan untuk bertanya....hihihi

    Alhamdulillah....aku praktikal di Mahkamah Syariah...tempatnya....rahsia...namun yang penting...salah sebuah negeri kat Malaysia lah kan...hahaha.... sibuk...memang sibuk...aku siap dipesan lagi...

    " kamu nak makan nie...makan pagi2 sebelum pukul 9....lepas pukul 9....sibuk...tak sempat nak makan...."
    " aku dengan blurrrrr...... OK kak...., thankz gtaw..." itu je lah mampu aku jawab....

    dan selepas pesanan iklan 2..aku trus je memerhati....yelah...nak buat ape2 tahu...sorang-sorang masuk bertanya itu dan ini....dan staff2 yang ada...kadang kala kat tempat mereka dan kadang kala berlari ke kaunter...dan aku??? macam besa...goyang2 kaki kat meja....( jangan jeles....dapat meja khas taw....hihi)

    tiba-tiba :
    'debukkkkk.....!"
    " ehem...tlg akak rekodkan fail2 nie ye....macam nie...bla...bla...bla...."
    "o.....o....ok2 kak...nanti tak faham saya tanya....."

    dan sejak itu...hingga ke hari ini...itulah kerja rasmi aku....hahahahaha.....

    dan itulah sedikit perkongsian aku pada hari pertama.... di sini ingin aku kongsikan sedikit tips2 semasa praktikal....tips2 ini 100% dariapada pengalaman aku sendiri dan ilmu2 yang telah dikongsikan dengan aku...

    1) Pastikan bersedia sebelum mulakan hari pertama... dokumen2 semua lengkap... pakaian dan semua aksesori...lengkap...pen kertas mestilah ada...

    2) Maniskan senyuman dan hipokrit sedikit....maksudnya... mula2 tengok2 la dulu..jangan terus buat perangai...nanti orang menyampah.

    3) tolonglah segala kerja yang boleh ditolong...biar semudah mana...biar sekecil mana...biar seberat dan sebesar mana....buatlah kerja...supaya pengalaman dapat diraih...dan buku log anda pun tak ler kosong...hihi

    4) utk mahkamah....rajin2lah masuk dewan bicara@kamar sulh@kamar hakim utk mendengar sebutan kes @ perbicaraan dijalankan....banyak imput dan pengalaman dapat walaupun kadang2 bosan... ( pastikan peraturan dalam dewan bicara dipatuhi dan dihormati....)

    rasanya itu sahaja secara ringkas....perkara2 asas jangan lupa...doa dan tawakkal...... DIA segalan2nya....

    KEMBALI MENGUKIR DENGAN WAJAH BARU

    Sekian lama aku menyepi..kini aku kembali menulis...dah kini aku kembali dengan wajah baru.... setelah lama bertapa..akhirnya berjaya juga belajar dan belajar tentang dunia blogger nie...tak susah namun payah sedikit... perlukan kesungguhan dan tak kenal erti putus asa... kadang2 waktu internet wat hal..adusss....sakit hati! memang tak mampu nak buat apa pun apatah lagi nak update pape.....so..idea yang ada....terbiar dan hilang begitu sahaja....ermmm.... dalam masa terdekat ini....akan aku kongsikan dengan semua...insyaALLAH....

    Namun banyak sungguh perkara yang aku sedang pelajari kini...dalam mengenal erti kematangan diri....


    ~Kenali Aku~

    My Photo
    ekspresi ibnurazaq
    Putera kedua Tn.Hj. Ab Razak bin Hassan dan Pn.Hjh. Latifah binti Saad. Berumur 23 tahun(2011) . Masih bujang. Merupakan mahasiswa tahun kedua di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dalam jurusan ISM Pengajian Islam (Syariah) dengan kepujian dan telah mendapat diploma Bahasa dan Kesusasteraan Arab dari universiti yang sama. Menyandang jawatan sebagai Exco Modal Insan, Persatuan Mahasiswa Kontemporari Islam (PMKI) dan Presiden Kelab Pembimbing Rakan Siswa(PRS) UniSZA bagi sesi 09/10. Seseorang yang mudah beremosi dengan sesuatu perkara tetapi dalam masa yang sama mampu berfikir secara pantas untuk menangani emosi daripada menguasai. suka berfikir dengan apa yang berlaku di sekeliling serta suka bereksperimen dengan diri sendiri.
    View my complete profile