topbella

Wednesday, June 15, 2011

Hati Semakin tetap berkeputusan

Usai merehatkan diri, memejamkan mata seketika. Bangkitku dalam sedar dari lena kepenatan untuk terus melangkah. Dan dalam langkahan ku sumbang kerana belum membersihkan diri dan terus menari-narikan jari di papan keyboard ini....( hehehe...jangan tiru aksi ini di rumah ye..hanya orang-orang 'otai' sahaja yang mampu melakukannya...hahahaha)


Tiba-tiba hati aku merasa ingin berbicara sendiri...natijahnya...inilah medannya... Medan ini lebih bagus untuk meluahkan rasa dijiwa...walaupun beribu mata yang membaca....namun hanya hati yang tahu kebenaran cerita... biarlah semua meneka denga beribu soalan dijiwa mereka...janji aku pada diri....hanya yang benar-benar layak dan percaya sahaja akan aku terbuka untuk bercerita....! tiada lagi keterbukaan seperti sebelum ini untuk semua... HANYA MEREKA YANG AKU PERCAYA AKAN AKU BERKONGSI CERITA.... dan 'mereka' juga semakin berkurangan jumlahnya dari semasa ke semasa...

Ini juga termasuk dalam soal bicara hati yang memutuskan keputusan. Semakin banyak keputusan yang dibuat, semakin mengajar aku erti kedewasaan dan kematangan dalam kehidupan. Juga membuatkan aku merasa kuat dan yakin dalam melangkah...


semanis senyuman yang terukir.....
semuanya atas pilihan kita...

SOAL HATI DAN PERASAAN aku lepaskan jauh... tak ingin aku berbicara saat dan ketika ini. Hanya diri aku....fokus berpraktikal....fokus mengumpulkan bahan tesis....fokus mengumpulkan wang dan fokus dengan mereka yang aku selesa....cukup! memadai untuk aku. Dan kini aku juga sedang belajar untuk menjadi seorang yang PENTINGKAN DIRI SENDIRI tanpa memikirkan orang sekeliling.. mungkin ada bagusnya juga dalam aku mengejar cita-cita....Penat dan letih bila mana terlalu menjaga hati semua... hingga hati sendiri hampir robek dan bersisa dengan sia-sia... CUKUP!!

Ya....hati aku semakin tetap dalam berkeputusan. Biar pun kadang kala persoalan demi persoalan menerjah ke ruang yang kosong....pasti akan ku usir rasa itu dengan rasa yang terhormat.... Ya.....kamu yang mengajar aku jadi begitu.... untuk masa dan ketika ini. 

jauh jarak bukan halangan.....
tapi diri sendiri sebenarnya adalah halangan terbesar yang menjarakkan....


Kita siapkanlah diri kita dengan ilmu, kematangan, kewangan dan keredhaan sebelum tiba masanya untuk kita berbiacara semula soal JODOH DAN PERTEMUAN.... HATI DAN PERASAAN. Sebagai seorang lelaki...aku mahu lebih bersedia dan bertanggungjawab bila tiba masanya.... ( pengalaman  yang diambil di mahkamah membuatkan aku sedar...bukan mudah tanggungjawab sebagai seorang LELAKI  kelak.....! )

0 comments:

Post a Comment

~Kenali Aku~

My Photo
ekspresi ibnurazaq
Putera kedua Tn.Hj. Ab Razak bin Hassan dan Pn.Hjh. Latifah binti Saad. Berumur 23 tahun(2011) . Masih bujang. Merupakan mahasiswa tahun kedua di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dalam jurusan ISM Pengajian Islam (Syariah) dengan kepujian dan telah mendapat diploma Bahasa dan Kesusasteraan Arab dari universiti yang sama. Menyandang jawatan sebagai Exco Modal Insan, Persatuan Mahasiswa Kontemporari Islam (PMKI) dan Presiden Kelab Pembimbing Rakan Siswa(PRS) UniSZA bagi sesi 09/10. Seseorang yang mudah beremosi dengan sesuatu perkara tetapi dalam masa yang sama mampu berfikir secara pantas untuk menangani emosi daripada menguasai. suka berfikir dengan apa yang berlaku di sekeliling serta suka bereksperimen dengan diri sendiri.
View my complete profile