topbella

Friday, June 10, 2011

Melangkah dengan penuh TABAH

Hujan emas di negeri orang...hujan batu di negeri sendiri..lebih baik di negeri sendiri kan?? itu kata-kata orang lama....mungkin ada betulnya....aku juga terasa kini... sejauh mana kita melangkah ke negeri orang ke..berhijrah atau bermastautin seketika ke....tempat sendiri juga istimewa....mungkin akan mengambil masa...namun semuanya kebiasaan yang perlu kita jalani dalam kehidupan.

Seminggu berlalu....pemergian aku ke Kuala Lumpur sememangnya memberi impak yang maksima kepada aku.. sendirian berkelana...mengenali juga HENTIAN DUTA akhirnya...benarlah kata pepatah " jauh perjalanan..luas pemandangan...."

Akhirnya apa yang aku cari di sana aku temui....tidak memuaskan tapi mencukupi untuk masa kini... aku harap usahaku tidak sia-sia.... aku tahu tujuan sebenar aku berkelana...dan alhamdulillah aku tidak terpesong dengan fatamorgana dunia...

dan kini...tiba masa untuk aku mengorak langkah.... dan langkahanku mesti dengan penuh tabah dan bergaya...

Namun tidak akan aku lupakan pada mereka yang menemaniku saat aku berkelana untuk seketika... terima kasih teman kerana kau terlalu baik terhadapku... sanggup bersusah payah melayani kerenahku... mahu ke sana ke mari....dan kau mengikuti dengan penuh kesabaran.... insyaALLAH jika kalian datang ke kawasanku....akan kubalas jasa-jasa kalian kepadaku.....layanan 1st class kepada kalian....!!

0 comments:

Post a Comment

~Kenali Aku~

My Photo
ekspresi ibnurazaq
Putera kedua Tn.Hj. Ab Razak bin Hassan dan Pn.Hjh. Latifah binti Saad. Berumur 23 tahun(2011) . Masih bujang. Merupakan mahasiswa tahun kedua di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dalam jurusan ISM Pengajian Islam (Syariah) dengan kepujian dan telah mendapat diploma Bahasa dan Kesusasteraan Arab dari universiti yang sama. Menyandang jawatan sebagai Exco Modal Insan, Persatuan Mahasiswa Kontemporari Islam (PMKI) dan Presiden Kelab Pembimbing Rakan Siswa(PRS) UniSZA bagi sesi 09/10. Seseorang yang mudah beremosi dengan sesuatu perkara tetapi dalam masa yang sama mampu berfikir secara pantas untuk menangani emosi daripada menguasai. suka berfikir dengan apa yang berlaku di sekeliling serta suka bereksperimen dengan diri sendiri.
View my complete profile