topbella

Wednesday, June 15, 2011

BILA NAFSU MERAJAI SEGALANYA

Bila nafsu merajai segalanya
Mentari bulan tiada beda
Dunia bagai mereka yang punya
ha...ha...ha.... AKULAH RAJA

Bila nafsu menguasai diri
Yang salah sentiasa dibetuli
Yang kurang sentasa ditambahi
Jelas kiamat makin menghampiri

Nyata dan jelas bukan mudah sebenarnya mendidik nafsu diri. Biarpun siapa dirinya, apabila nafsu merajai segalanya maka akan rosak binasa...kerana apa...kerana dia seorang manusia. Jelas juga lemah dan tidak berdaya. Bukan maksum seperti seorang nabi dan rasul, bukan juga yang teguh imannya seperti seorang wali yang dekat hatinya pada Ilahi. Sekalipun alim ilmu agama, sekalipun faqeh dalam ilmu feqah, sekalipun expert dalam bidang profesional, belum pasti lagi dirinya mampu untuk melawan gelojak nafsu dari bermaharajalela.

Tatkala nafsu sudah beraja, maka akan lupa akan segalanya. Agama entah ke mana, maruah dan harga diri melayang jauh dari sisi, anak isteri dan keluarga yang konon-kononnya dicintai hilang berlalu pergi... Oh..betapa hebatnya penangan nafsu yang bermaharaja. Juga pernah diceritakan tentang degilnya yang bernama nafsu. 

Dalam sebuah kitab karangan 'Ustman bin Hasan bin Ahmad Asy-Syaakir Alkhaubawiyi, seorang ulama yang hidup dalam abad ke XIII Hijrah, menerangkan bahawa sesungguhnya Allah S.W.T telah menciptakan akal, maka Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud : "Wahai akal mengadaplah engkau." Maka akal pun mengadap kehadapan Allah S.W.T., kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal berbaliklah engkau!", lalu akal pun berbalik. Kemudian Allah S.W.T. berfirman lagi yang bermaksud : "Wahai akal! Siapakah aku?". Lalu akal pun berkata, "Engkau adalah Tuhan yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu yang daif dan lemah." Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal tidak Ku-ciptakan makhluk yang lebih mulia daripada engkau." Setelah itu Allah S.W.T menciptakan nafsu, dan berfirman kepadanya yang bermaksud : "Wahai nafsu, mengadaplah kamu!". Nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri. Kemudian Allah S.W.T berfirman lagi yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku, dan Engkau adalah Engkau." Setelah itu Allah S.W.T menyiksanya dengan neraka jahim selama 100 tahun, dan kemudian mengeluarkannya. Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau." Lalu Allah S.W.T menyiksa nafsu itu dalam neraka Juu' selama 100 tahun. Setelah dikeluarkan maka Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata, " Aku adalah hamba-Mu dan Kamu adalah tuhanku." Dalam kitab tersebut juga diterangkan bahawa dengan sebab itulah maka Allah S.W.T mewajibkan puasa.Dalam kisah ini dapatlah kita mengetahui bahawa nafsu itu adalah sangat jahat oleh itu hendaklah kita mengawal nafsu itu, jangan biarkan nafsu itu mengawal kita, sebab kalau dia yang mengawal kita maka kita akan menjadi musnah.

Dan disertakan di sini tentang juga perihal nafsu itu.......

Nafsu itu tempat berkumpulnya kekuatan amarah dan syahwat (keinginan) dalam diri manusia. Di sinilah terkumpulnya sifat-sifat tercela dan sentiasa mendorong diri manusia itu ke arah kejahatan.

Daripada nafsu itulah timbulnya sifat mazmumah seperti hasad dengki, pemarah, takbur, gila pujian, cintakan dunia, penakut dan lain-lain lagi. Itulah akibat buruk apabila nafsu dibiarkan dan tidak dididik. Nafsu adalah generator kejahatan dalam tubuh badan manusia.

Imam al-Ghazali mengumpamakan nafsu sebagai kuda kuda yang liar. Jika tidak terdidik kuda itu akan mengamuk dan menjatuhkan orang yang menunggangnya. Sebaliknya jika berjaya dijinakkan, kuda itu dengan mudah dapat ditunggang mengikut mana jua hala tujuan. Begitulah nafsu, jika dididik dengan betul ia boleh membawa kepada kebaikan.

Dorongan nafsu yang berbeza-beza ini dijelaskan oleh Allah dalam al-Quran. Antaranya ialah nafsu mutma’innah yang sifatnya tenang dan bebas daripada gangguan kejahatan. Maksud firman Allah s.w.t: “Hai nafsu yang tenang, kembalilah kepada tuhanmu dengan gembira dan menggembirakan.” (Surah al-fajr 89: 27-28)

Ada kalanya nafsu belum stabil. Kebaikan yang dilakukan belum terasa indah, namun apabila berbuat kejahatan terasa pula kekesalannya. Nafsu ini dinamakan nafsu lawwamah. Firman Allah yang bermaksud: “Aku bersumpah dengan nafsu yang amat mencela kejahatan.” (Surah al-Qiyamah 75: 2)

Dan kedudukan yang paling parah apabila nafsu berada di peringkat ammarah bi al-su’ – yakni nafsu yang tunduk seratus peratus kepada syahwat dan syaitan. Firman Allah yang bermaksud: “ Dan aku tidak akan membiarkan nafsuku kerana nafsu itu sangat mengajak kepada kejahatan.” (Surah Yusuf 12: 53)vv


Mudah-mudahan entri kali ini dapat memberi manfaat kepada semua... Betapa degil dan jahatnya nafsu itu. Semoga nafsu dapat kita kuasai dan tangani..... Janganlah lupa mohonlah pada Yang Esa agar dapat kasih sayang dan rashmatNya dapat membantu kita dalam menangani nafsu yang durjana ini.......wallahualam

0 comments:

Post a Comment

~Kenali Aku~

My Photo
ekspresi ibnurazaq
Putera kedua Tn.Hj. Ab Razak bin Hassan dan Pn.Hjh. Latifah binti Saad. Berumur 23 tahun(2011) . Masih bujang. Merupakan mahasiswa tahun kedua di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dalam jurusan ISM Pengajian Islam (Syariah) dengan kepujian dan telah mendapat diploma Bahasa dan Kesusasteraan Arab dari universiti yang sama. Menyandang jawatan sebagai Exco Modal Insan, Persatuan Mahasiswa Kontemporari Islam (PMKI) dan Presiden Kelab Pembimbing Rakan Siswa(PRS) UniSZA bagi sesi 09/10. Seseorang yang mudah beremosi dengan sesuatu perkara tetapi dalam masa yang sama mampu berfikir secara pantas untuk menangani emosi daripada menguasai. suka berfikir dengan apa yang berlaku di sekeliling serta suka bereksperimen dengan diri sendiri.
View my complete profile