topbella

Wednesday, January 19, 2011

Adoyaiiii....aduss....

Kenapa plak post entri aku kali ini macam nie tajuknya??
ish...ade sape2 yang sakit ker?? siap mengeluh lagi...pakej lengkap kot...hihi...
hai...entah kenapa tangan ni gatal2 nk letak tajuk macam nie...tp sebenarnya saje nak bawa pembaca berfikir bersama..apa yang aku fikir...itulah yang aku nak kongsi...

Awal2 pagi ini memang menenangkan...cuma ada deruan angin yang kadang-kadang ada...kadang-kadang xda...pastu ditambah pulak dengan kicauan burung yang berterbangan....sunyi sepi...dan sinar mentari baru merangkak2 ingin menonjolkan diri...memang indah....tp timbul dalam benak fikiranku...manusia mana??? kenapa sunyi sepi??

Tatkala aku mula menulis ini..jam menunjukkan hampir 7.00 pagi....tp suasana di luar masih gelap dan malap...ditambah pula tiada kelibat manusia yang meriuhkan suasana...tenang aku rasa...pabila sunyi sepi suasana...hairan dan ajaib memang tak terkata..bagai diketuk2 jiwa dan naluri dalamanku terus berkata2...melonjak2 untuk meluahkan rasa...mengapa jam di dinding dan ditangan menunjukkan hampir mentari menjelma namun manusia masih terus lena diulit mimpi...tanpa sedari masa terus mencemburui dan pantas meningggalkan diri....

Inilah realiti suasana yang terjadi kini....tatkala kini aku sedang berada di sebuah kawasan yang majoriti berbangsa melayu dan beragama islam...namun aku rasa seperti bukan berad dikelompok majoriti tersebut. Bukankah wajib bangun awal2 pagi untuk menunaikan tanggungjawab pada ILAHI?? tapi kenapa mimpi yang menjadi pilihan dihati...adusss.....sakit dan perit melihat ummah masa kini...patutlah islam kini dihina dan dicaci...kerana umatnya sendiri...adoyaiiii....

Terimbau seketika syarahan pensyarahku ketika dikuliah beberapa hari lepas....
ada dalam periwatan hadis tentang larangan Nabi Muhammad S.A.W kepada umatnya untuk tidur selepas subuh dan asar...kerana akan sempit rezeki bagi mereka yang mengamalkan dua perbuatan ini...begitu juga lepas asar..takut dikhuatiri akan menjadi gila kepada mereka yang mengamalkannya...

Pape pun..sama2 la kita ingatkan diri kita sendiri tentang perkara ini.. jangan dihairankan kenapa pintu rezeki kaum cina lebih murah dari kaum melayu islam....kenapa mereka boleh pegang ekonomi negara...jangan dilupa...ketika mana kita masih diulit mimpi...mereka?? dah bangun berjoging dan uruskan bisnes...sebab 2 rezeki mereka murah....Allah takkan berbohong dan menipu....begitu juga dengan Rasul utusan Allah....
Allah kan Maha pengasih dan penyanyang...pengasih kepada semua makhluknya tak kiralah beriman atau tidak dan penyanyang kepada orang2 yang beriman...

tiba-tiba teringat pada lagu Juara AJL 25.....
   " TOLONG INGATKAN AKU....KISAHKU TERSEDAR...DENGAN SAKU PENYELUK MASA..."

ermmm......amat2 lah puitis lagu ini...makna yang sangat mendalam...sangat2 bermakna...walaupun ana raffali bukanlah berlatar belakangkan agama pada pendidikannya...namun imej dan lagu yang ditulis.... ada tersirat disebalik tersurat...jom sama2 berfikir....macam 2 jugak konsep persembahan masa malam AJL 2...( baru berkesempatan nak tengok..2 pun kat youtube je...)

macam 2 juga kita....buatlah apa2 pun di dunia ini dan pergilah ke mana2 sahaja...namun jangan lupa untuk berfikir dan berfikir..... dan memberikan sesuatu pada agama, bangsa dan negara... sebesar mana pun amalan sama ada baik @ buruk...semuanya akan dihitung di sana...jangan lupa...

Konsep yang sempat ditulis,difikir dan diekspresikan pada masa ini...
       << MELIHAT + BERFIKIR = MENTAAKUL >>

0 comments:

Post a Comment

~Kenali Aku~

My Photo
ekspresi ibnurazaq
Putera kedua Tn.Hj. Ab Razak bin Hassan dan Pn.Hjh. Latifah binti Saad. Berumur 23 tahun(2011) . Masih bujang. Merupakan mahasiswa tahun kedua di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dalam jurusan ISM Pengajian Islam (Syariah) dengan kepujian dan telah mendapat diploma Bahasa dan Kesusasteraan Arab dari universiti yang sama. Menyandang jawatan sebagai Exco Modal Insan, Persatuan Mahasiswa Kontemporari Islam (PMKI) dan Presiden Kelab Pembimbing Rakan Siswa(PRS) UniSZA bagi sesi 09/10. Seseorang yang mudah beremosi dengan sesuatu perkara tetapi dalam masa yang sama mampu berfikir secara pantas untuk menangani emosi daripada menguasai. suka berfikir dengan apa yang berlaku di sekeliling serta suka bereksperimen dengan diri sendiri.
View my complete profile