topbella

Saturday, January 15, 2011

KISAHKU BERSAMA MEREKA...

Agak lama aku menyepi untuk menulis.....
Bukan aku sengaja…Cuma mungkin kekurangan idea dan masa…
Adakah itu alasan?? Oh….biar aku sahaja yang tahu…

Terlalu banyak perkara yang ingin aku kongsikan bersama...cuma aku tak mampu ekspresikan ia dalam bentuk tulisan...
entah mengapa..mungkin kesibukan diri menghadapi liku-liku sebagai pelajar...pekerja...dan sosial bersama mereka menyebabkan keletihan menimpa2...
akhirnya....tilam dan bantal yang empuk sajalah yang menjadi tempat yang paling enak dan selesa sekali untuk melepaskan lelah dan letih.....bila mata dah tertutup dan terpejam....ermm....habislah segala cerita dunia...hahaha…

Cerita kisahku bersama mereka aku nukilkan kali ini khas untuk mereka yang menemaniku selama seminggu melayari kehidupan yang penuh warna-warni...
aku mulakan dengan episod satu.....

Pengalaman aku bersama mereka dalam Program Kepimpinan kaunseling memang betul2 menyeronokkan. Walaupun aku pergi dalam keadaan paksa rela…kerana tanggungjawab dan amanah yg telah dipikul..akhirnya aku sedari…banyak hikmah yang tersembunyi yang tak dapat ditembusi dek akal dan fikiran manusia yang lemah dan fakir macam aku nie…
Walaupun seketika…namun detik dan masa ketika berada di negeri Bandaraya Bersejarah benar2 membuatkan aku membuka mata….erti persahabatan…ukhwah dan kepercayaan antara mereka yang bergelar manusia dan merek yang banyak berurusan dengan manusia…benar2 membuatkan aku terfikir seketika… antara keikhlasan memberi tanpa diminta,menerima dengan hati yang terbuka dan antara keikhlasan untuk berbicara dan meluahkan rasa juga mengungkapkan gelora jiwa yang benar2 membuatkan aku bahagia….semuanya sama….memegang konsep dan prinsip yang sama…BANTU DIRI DAN BANTU ORANG LAIN ( prinsip asas pembimbing rakan siswa…hihi) serta konsep KERAHSIAN BERSAMA KLIEN ( konsep asas seorang kaunselor…)

oh D’Nelayan Beach Resort….
Suatu tempat yang tenang…damai..sederhana….dan bermakna untuk kami semua….tempat yang menemukan kami bersama rakan2 yang baru kami kenali dan tempat yang mengajar kami mengenal erti…titisan air mata antara dua sahabat…..cetusan rasa dan keikhlasan jiwa mencurah kata2 semangat antara satu sama lain serta nilai yang tak dapat diungkapkan dengan kata2 saling menerjah minda aku…
Ya…..tatkala ini….aku bersyukur keran inilah CARA YANG MAHA KUASA MENGAJAR AKU SECARA HALUS DAN TANPA AKU SEDARI…. Nilai sayang dan menyanyangi dan menghargai antara mereka yang mempunyai ikatan akidah yang sama…..dan antara mereka yang mempunyai ilmu yang tiada jauh beza…
Syukur padaMu Ya ALLAH….Kau masih menyayangiku….

Tidak juga aku lupakan buat mereka yang bersama-sama aku dari universiti tercinta sehinggalah tiba di bumi Melaka….oh…banyak sungguh kenangan bersama walaupun hanya seketika… bermula dengan meredah banjir dan titisan-titisan rahmat yang mencurah tiada henti ketika perjalanan pergi sehinggalah pulang kembali dengan lena dan mimpi yang begitu indah sekali…dan pabila dinihari menjelma…semunya seperti sediakala….menjalani hidup seperti mereka di luar sana….segalanya terpahat sebagai sebuah memori suka dan duka bersama….banyak sungguh perkara yang dikongsi bersama…bagaikan lama tidak berjumpa…oh kamu semua…rindu sungguh rasa ketika mana kita semua berbicara…walaupun pada ketika itu kita semua berada dalam keadaan tidak selesa…dalam van yang begitu mesra dengan jalan raya dan kereta2 yang bagaikan tiada henti aliran dari mana jua destinasi yang pelbagai…begitu juga ketika mana gelak tawa dan proses berkias-kias kata bermula…semuanya membuatkan aku tersenyum seketika bila mengenangkannya dan juga aku tersenyum gembira juga bila mana tanganku pantas menekan keyboard pada ketika dan saat ini…
Oh…aku juga terlupa ketika mana kita berehat sebentar mencari ole2 dan buah tangan buat rakan2 sebagai tanda kita mengingati dan menghargai mereka….lawaknya bila mana ada yang terasa hati dek kerana bosan kerana hanya mengikuti…hahaha…tapi bila hatinya dicuit kembali….dia kembali beroperasi sebagai sebuah manusia….hahaha…begitu juga bila mana kita terkejar2 mencari ole2 dan buah tangan buat mereka..masa memang mencemburui kita….bagai xcukup kaki dan tangan bila begitu rupa..deringan telefon juga tak henti-henti menjerit meminta diangkat…tanda ada pesanan penting untuk mempercepatkan proses pencarian…nasib baik dalam keadaan yang tak menentu hala dan kelam kabut tersebut semuanya kembali ke van dengan selamat….oh semua…memang kenangan…..

Ermm….hampir aku terlupa pada cik pengiring kami yang sporting serta abg driver yang macho dan sempoi….sememangnya anda berdua memang terbaik la menemani kami selama dua hari..maaf ye kalau masa malam perjalanan pulang kami melalak dan menyanyi bersama artis2 AJL 25 dalam van….walaupun hanya mendengar dengan frekuansi radio yang tak menetu hala….tapi kami semua gembira dengan ditambah perasa kegilaan kami semua…dan tahap kesabaran dan sporting anda semua melayani kerenah kami semua…terima kasih buat anda berdua….hihihi…

Rasa aku…ekspresi aku kali ini dalam episode satu benar2 merungkaikan apa yang aku rasa pada kisah aku dan mereka yang bersama2 dalam program kepimpinan kaunseling… semoga pada getar dan jiwa yang ada pada kita semua tak dirosakkan oleh anasir2 yang semenangnya dengki dan muak pada keakraban yang telah terjalin antara kita..
Harus diingat dan jangan dilupa untuk berkongsi ilmu pada semua rakan2 kita diluar sana…itu juga peringatan buat aku yang selalu lupa…

Ok..cukup ekspresiku sampai sini untuk kisahku dan mereka: episod satu.





2 comments:

ika :) said...

saya pun rindu dgn kawan2x d'nelayan beach resort..terima kasih sbb dpt berkenalan dgn anda2x semua..semoga ukhwah yg terjalin xkan terputus smpi bla2x :)

ekspresi ibnurazaq said...

tahu xpe..walaupun singkat tp semuanya manis terasa...semoga ada kesempatan yang menemukan kita semua semula...

Post a Comment

~Kenali Aku~

My Photo
ekspresi ibnurazaq
Putera kedua Tn.Hj. Ab Razak bin Hassan dan Pn.Hjh. Latifah binti Saad. Berumur 23 tahun(2011) . Masih bujang. Merupakan mahasiswa tahun kedua di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dalam jurusan ISM Pengajian Islam (Syariah) dengan kepujian dan telah mendapat diploma Bahasa dan Kesusasteraan Arab dari universiti yang sama. Menyandang jawatan sebagai Exco Modal Insan, Persatuan Mahasiswa Kontemporari Islam (PMKI) dan Presiden Kelab Pembimbing Rakan Siswa(PRS) UniSZA bagi sesi 09/10. Seseorang yang mudah beremosi dengan sesuatu perkara tetapi dalam masa yang sama mampu berfikir secara pantas untuk menangani emosi daripada menguasai. suka berfikir dengan apa yang berlaku di sekeliling serta suka bereksperimen dengan diri sendiri.
View my complete profile