topbella

Sunday, January 30, 2011

Aku meneruskan langkah..

saje aku letakkan gambar
abby fana kat sini.... aku suka
dengar celotehnya...
Ketika aku sedang mengerak-gerakkan jari menitipkan sesuatu dari hati sambil-sambil itu aku mendengar radio sinar.fm....macam tahu2 sahaja deejay radio ini tentang rasa hati aku ketika ini...dikumandangkan pula lagu sedih...tentang salam perpisahan...langkah tak sehaluan lagi dan sebagainya...arggghhhh.....macam2 tahu saje abby fana nie yang aku nak tahu siapa penyanyi lagu sedih nie...tup...tup... dia bagitahu....Rahimah Rahim... Ow..baru aku tahu..boleh tahan jugak suara si penyanyi nie..walaupun aku tak berapa kenal...tapi suaranya yang mendayu-dayu ketika ini sempatla membuatkan aku terawang2 seketika dengan perasaan..huhuhuhu..

Mesti tertanya2kan kenapa tajuk aku letakkan sebegitu rupa...ya...memang ada sesuatu yang ingin aku kongsikan bersama semua...tentang rasa hati aku ketika ini...

Mungkin bagi siapa yang membaca post aku semalam...tahu pukul berapa aku tidurkan...tak silap aku hampir pukul 4 pagi...rasanya....siap main FB...karangkan ekspresi jiwa aku seketika dan barulah aku mampu melelapkan mata...opppsss....jangan sangka buruk pape lagi ye...subuh tetap bangun pukul 6 ok!!hihihi ( dah tahu dah ape yang korang nak kata...huhuhu)
dan ketika bangun subuh 2 lah...treeet..treeet....treeet... hp kesayanganku berbunyi...mesej masuk k....bukan call...mana ade orang nak call pagi2 buta ok..

" jib....marahkan *** ?? sory...bla...bla...bla...bla..bla..bla....bla...gud monink ( aku dah tak ingat dan tak mahu ingat isi kandungan mesej 2....)"
"mesej sape la pagi2 nie....."
" kau&aku.....ermm....nama yang aku save kan untuk 'orang special' dari phone box aku...."
" dia rupanya...hidup lagi..."

aku biarkan mesej tu...rasa hati aku tidak mahu layan mesej itu...macam mana dia biarkan mesej2 aku sebelum ni...mungkin inilah yang sebaiknya....entah mengapa aku rasa kecewa sekali dengan sikap acuh tak acuhnya...dan bagi aku...terlalu banyak peluang dan ruang yang aku beri untuk dia perbaiki....ya..aku tak nafikan aku dan dia hanya sekadar kawan biasa...mungkin juga boleh dikatakan skandal...hihihi...tapi kenapa dia bersikap begitu kan...ataupun ini memang sikap sebenar dia??? entahlah aku buntu....

Bayangkan janji manis mulutnya ingin menghadirkan dirinya menemuiku beberapa kali dibilikku...namun haram...kelibat langsung tak nampak..apatah lagi bayang2..dan diri sebenar dalam dunia realiti...comfirm!! dunia dah canggih la sekarang....setakat satu mesej takkan x boleh nak beri...untuk maklumkan...tak lah aku macam orang bodoh menunggu..dah akhirnya tertidur dalam penungguan....tolonglah...kalau sekali tak per...ini berkali2...huuuuuh!! sabarlah diriku....dan ketika mana aku nak pulang ke rumah tempoh hari...aku rasa hampir 10 mesej aku beri padanya untuk maklumkan aku nak pulang pada hari tue....responnya....kosong!! satu pun tak berbalas...so kalau sekadar 1 mesejnya aku tak balas...kejamkanh aku??? mungkin dek kerana rasa kasih dan sayangku padanya...aku tak tergamak nak lakukan macam itu padanya...tapi kini....maaflah rasa hati ini dah mati!!! dan jawapannya....ya...aku sanggup lakukan! dan selepasnya...aku pasrah dengan apa yang berlaku...jangan ditanya dan jangan dipesoalkan kenapa..kerana kau lebih tahu kenapa.....

Dan ketika tadi...aku tengok cerita PASRAH...lakonan hebat erra fazira....tak sangka pulak TV3 nak tayangkan semula cerita ini...dan antara perhubungannya(farah deeba nama watak erra fazira) dengan hafsham ( lakonan norman hakim ) mungkin sama dengan apa yang aku tengah aku lalui sekarang....dan ketabahan farah deeba diakhir cerita ini seolah2 memberikan aku kekuatan dan keazaman aku untuk membuat satu keputusan antara aku dan dia....
aku sangat suka tengok erra pakai tudung time part nie..
sangat ayu....dan cantik...mudah2an ALLAH bukakan
pintu hatinya satu hari nanti..ameen..

"ceeeeetttt! stop la berangan! dalam filem dan realiti jauh bezanya.....huhuhu...."

aku rasa lega sikit kini meluahkan apa yang aku rasa dihati...dan tolonglah fahami JANGAN SAMPAI RASA HATI INI TERHENTI DAN MATI DENGAN SIKAP MU....DAN KETIKA ITU..SELEPAS AKU TELAH MEMBUAT KEPUTUSAN....BYE..BYE..BYE..JAWABNYA....

0 comments:

Post a Comment

~Kenali Aku~

My Photo
ekspresi ibnurazaq
Putera kedua Tn.Hj. Ab Razak bin Hassan dan Pn.Hjh. Latifah binti Saad. Berumur 23 tahun(2011) . Masih bujang. Merupakan mahasiswa tahun kedua di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dalam jurusan ISM Pengajian Islam (Syariah) dengan kepujian dan telah mendapat diploma Bahasa dan Kesusasteraan Arab dari universiti yang sama. Menyandang jawatan sebagai Exco Modal Insan, Persatuan Mahasiswa Kontemporari Islam (PMKI) dan Presiden Kelab Pembimbing Rakan Siswa(PRS) UniSZA bagi sesi 09/10. Seseorang yang mudah beremosi dengan sesuatu perkara tetapi dalam masa yang sama mampu berfikir secara pantas untuk menangani emosi daripada menguasai. suka berfikir dengan apa yang berlaku di sekeliling serta suka bereksperimen dengan diri sendiri.
View my complete profile