topbella

Monday, January 31, 2011

PRIHATINKAH KITA ??

Kadang2 kita tidak sedar bahawa kita hidup di Malaysia pada hari ini sangat bertuah...
Walaupun kadang2 ada perkara yang cuba meragut keamanan dan kemakmuran yang telah terbina berpuluh2 tahun lamanya....serta kadang2 ada bencana dan ujian seperti banjir, runtuhan banggunan dan sebagainya... itu semua adalah ujian buat kita semua untuk melihat sama ada kenikmatan yang kita kecapi kini kita syukuri atau kita kufuri....fikir2kanlah seketika...

Ketika ini dan saat ini....sedang kita semua di bumi tercinta..tanah tumpah tempat kelahiran bersenang lenang serta nyenayk tidur....tahukah kita bahawa ketika ini juga saat2 genting tengah berlaku di bumi ambiya', Mesir. (pastinya bg mereka yang mendengar berita dan aktif dgn FB, Twiter dsbnya tahu akan hal ini....) Sepanjang aku mengikuti perkembangan melalui berita dan internet..terlalu besar peranan dan kuasa rakyat sesebuah negara... Jangan disangka bila rakyat diam tanpa suara..mereka bersetuju...bila dah terlalu lama mereka ditindas..maka lihatlah kuasa bila mana mereka bersuara...

Selepas demonstrasi dan revolusi yang dilakukan oleh rakyat Tunisia terhadap pemimpin mereka...kini giliran rakyat2 Mesir pulak yang menuntut hak mereka seadilnya daripada pemerintah...dan ada kemungkinan rakyat2 di negara Timur tengah yang lain juga akan mengikut jejak langkah rakyat dua buah negara ini..  Maka kat sini memang aku nampak jelas sangat bilamana rakyat bersatu menegakkan kebenaran barulah mereka yang berkuasa dan lupa sebelum ini celik mata..hidup tak selalunya gembira dan selesa... bak kata pepatah orang tua2..." hidup bagaikan roda...sekejap diatas sekejap dibawah.." dalam maknanya tu... bila diatas jangan rasa megah...hingga lupa segala2nya...bila dibawah nanti baru tahu langit tinggi ke rendah.. ( ini memang betul....realiti dan banyak telah terjadi...sama2 ambil ikhtibar ye...)

Berkenaan dengan apa yang tengah berlaku di Mesir...tahukah kita semua jika mengikut berita yang telah disiarkan di TV....lebih kurang 6000 rakyat Malaysia kat Mesir taw...mesti ada sanak saudara kita ker..xpun kawan2 kita ker yang berada di sana dan sudah tentunya nasib mereka tidak kita ketahui...sedangkan talian telefon dan internet kerajaan Mesir putuskan....bagaimana mereka hendak berhubung..pastinya mak ayah mereka yang berada disana mahupun sesiapa yang mempunyai orang2 yang mereka kasihi berasa susah hati dan xdapat tidur nyenyak....tapi kita??? adakah sekelumit rasa ingin tahu dan prihatin kita pada nasib mereka?? tepuklah dada tanyalah iman di dada...

So kat sini aku kongsikan info2 yang berguna buat rujukan kita semua...tolong ambil perhatian ye....
ini aku ambek dari salah satu blog yang ade....

Kita memohon supaya kerajaan Malaysia memandang serius hal ini. Bukan sahaja di Mansoura, malah di seluruh Mesir keselamatan rakyat kita terancam.
Segala update berkenaan keadaan di sana boleh dibaca melalui blog Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita
Jika ada cadangan di luar sana untuk membantu kami mendapatkan perhatian kerajaan Malaysia, sila hubungi Nurul Nadia Binti Md Zin di 017-3193923
Atau melalui: 
Facebook: Nuvul Nadiva Dizavch 
 Twitter DyyaDizarch 
BlogNadia-ism 
YM: nadia_mdzin2001@yahoo.com
Please let all Malaysians know about this. I will do the same but I need your help too especially to all the bloggers out there. May Allah save our citizens there.
- Nadia

baca lagi sini....
Bagi yang tak tahu menahu mengenai isu ini boleh baca beberapa link berikut:
Harus diingat juga...janganlah lupa kita berdoa kepada ALLAH untuk kesejahteraan mereka dan keselamatan mereka semua...kerana bagi mukmin itu disisnya ada senjata yang paling ampun iaitu DOA...
Dan kepada Kerajaan Malaysia dan YB2 yang telah dilantik oleh rakyat...tolonglah ambil tindakan yang patut diambil....gunakanlah kuasa dan mandat yang diberikan kepada anda untuk membantu rakyat2 yang telah mengundi dan mempercayai anda....harus diingat juga...janganlah sampai apa yang berlaku disana berlaku juga disini...wallahualam...

0 comments:

Post a Comment

~Kenali Aku~

My Photo
ekspresi ibnurazaq
Putera kedua Tn.Hj. Ab Razak bin Hassan dan Pn.Hjh. Latifah binti Saad. Berumur 23 tahun(2011) . Masih bujang. Merupakan mahasiswa tahun kedua di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dalam jurusan ISM Pengajian Islam (Syariah) dengan kepujian dan telah mendapat diploma Bahasa dan Kesusasteraan Arab dari universiti yang sama. Menyandang jawatan sebagai Exco Modal Insan, Persatuan Mahasiswa Kontemporari Islam (PMKI) dan Presiden Kelab Pembimbing Rakan Siswa(PRS) UniSZA bagi sesi 09/10. Seseorang yang mudah beremosi dengan sesuatu perkara tetapi dalam masa yang sama mampu berfikir secara pantas untuk menangani emosi daripada menguasai. suka berfikir dengan apa yang berlaku di sekeliling serta suka bereksperimen dengan diri sendiri.
View my complete profile