topbella

Sunday, January 30, 2011

KISAH YANG MENARIK


Selak punya selak halaman di laman web iluvislam.com...di ruangan motivasi..aku terjumpa bahan bacaan yang menarik untuk aku kongsikan bersama semua...jom baca sama2 dan ambil sesuatu daripada kisah ini...KISAH SEBAKUL AIR..
Selalu terjadi, kita merasakan usaha kita sia-sia. Penat kita berusaha tetapi langsung tiada hasil. Malas hendak buat perkara yang sama lagi kerana seakan tidak berbaloi. Begitu juga halnya dengan rutin membaca kita, iaitu membaca al-Quran.
Apa yang lebih mahal, usaha (effort) atau hasil (result)?
Amad dan Atuk
Seorang petani tua tinggal bersama cucunya di sebuah kawasan pedalaman. Rutin sesudah subuh sebelum bertani, Si Atuk akan membaca al-Quran di pangkin. Amad, cucu Si Atuk sentiasa memerhatikan gelagat atuknya, dan berusaha untuk merutinkan bacaannya seperti atuk.
Suatu hari Amad bertanya, "Atuk, Amad cuba untuk baca al-Quran setiap hari macam Atuk, tapi Amad selalu tidak faham. Bila faham sekali pun, Amad tetap akan lupa bila Amad tutup al-Quran. Apa ya kebaikan baca al-Quran, Atuk?"
Si Atuk menutup al-Quran dan tersenyum, faham benar dengan pertanyaan cucu tunggalnya itu. Tidak menjawab soalan Amad, sebaliknya Atuk menyuruh Amad berbuat sesuatu, "Amad ambil bakul arang di dapur. Pergi ke sungai dan bawa balik sebakul air untuk Atuk."
Amad hanya menurut, pergi ke sungai, mengisi air ke dalam bakul, dan berjalan balik ke rumah. Sebelum sampai ke rumah, air terkeluar melalui lubang-lubang bakul yang dibuat daripada rotan. Amad berpatah balik ke sungai sekali lagi.
Dari jauh Si Atuk memerhatikan gelagat Amad sambil tertawa, lalu berteriak, "Amad perlu bergerak lebih laju, supaya sempat sampai di rumah!"
Kali ini Amad berlari lebih laju, tetapi hasilnya tetap sama, bakul tetap kosong sebelum sampai ke rumah. Tercungap-cungap keletihan, Amad fikir terlalu mustahil untuk membawa air menggunakan bakul, lalu dia mencapai baldi.
"Atuk tidak mahu air dari baldi, Atuk hanya mahu air dari bakul. Amad belum berusaha dengan bersungguh, Atuk tahu."
adakah bakul ini yang
di bawa oleh amad??
Lalu Amad mencapai bakul tadi dan segera ke sungai, dia ingin membuktikan kepada Atuknya yang dia telah berusaha bersungguh-sungguh. Malah semakin cepat Amad berlari, semakin cepat air keluar daripada bakul tersebut.
"Tengok Atuk, tidak berguna bukan? Bakul ini tetap kosong," kata Amad kepada Atuknya, menelan rasa kecewa.
Betulkah tidak berguna?
"Tidak berguna kata AmadCuba Amad lihat bakul itu."
Amad melihat bakul di tangannya, dan Amad baru perasan satu perkara, iaitu bakul itu tidak lagi comot dengan kesan arang dan tanah, malah jauh lebih bersih, luar dan dalam.
"Amad, itulah yang berlaku bila kita selalu membaca al-Quran. Kita mungkin tidak faham, atau tidak ingat apa-apa, tetapi yakinlah bila kita membacanya, kita akan berubah, luar dan dalam".
Amad tersenyum lebar dan penuh bahagia, persoalannya kini terjawab.
Usaha atau Hasil?
Seringkali kita terfokus pada hasil, sehingga kita terlupa usaha itu yang lebih utama. Tanpa usaha tiada hasil. Mulai sekarang ubahlah apa yang kita lihat. Lihat dan hargailah usaha, walau hasilnya tidak seberapa.
Jika kita berupaya sekuat tenaga menemukan sesuatu, dan pada titik akhir upaya itu hasilnya masih kosong, maka sebenarnya kita telah menemukan apa yang kita cari dalam diri kita sendiri, yakni kenyataan, kenyataan yang harus dihadapi, sepahit apa pun keadaannya.

0 comments:

Post a Comment

~Kenali Aku~

My Photo
ekspresi ibnurazaq
Putera kedua Tn.Hj. Ab Razak bin Hassan dan Pn.Hjh. Latifah binti Saad. Berumur 23 tahun(2011) . Masih bujang. Merupakan mahasiswa tahun kedua di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dalam jurusan ISM Pengajian Islam (Syariah) dengan kepujian dan telah mendapat diploma Bahasa dan Kesusasteraan Arab dari universiti yang sama. Menyandang jawatan sebagai Exco Modal Insan, Persatuan Mahasiswa Kontemporari Islam (PMKI) dan Presiden Kelab Pembimbing Rakan Siswa(PRS) UniSZA bagi sesi 09/10. Seseorang yang mudah beremosi dengan sesuatu perkara tetapi dalam masa yang sama mampu berfikir secara pantas untuk menangani emosi daripada menguasai. suka berfikir dengan apa yang berlaku di sekeliling serta suka bereksperimen dengan diri sendiri.
View my complete profile