topbella

Friday, January 28, 2011

PERJALANAN PULANG..

Hari ini hari pertama bercuti untuk cuti pertengahan semester.... 
sebaik je ari khamis menjelma...terus terbayangkan bas KESATUAN yang bakal aku naiki pada sebelah malam nanti..fikiranku terus melayang ke negeri kelahiranku walaupun jasad masih di negeri perantauan...hehehe ( senyum aku sendiri ketika menukilkannya...)

sesaje teman letak gambor nie..nak bagitahu kome semua
ni antara masjid kebanggaan orang2 kampung teman.....
MASJID UBUDIYYAH, KUALA KANGSAR.
kata orang... :
" membazirlah balik...baru je masuk sem baru...dah nak balik..."
"sikit-sikit balik...manjalah...anak mak betoi.."

Biarlah itu kata-kata orang...yang pasti aku tahu apa yang aku harus lakukan...disebalik kerancakan diriku meneruskan perjuangan di bumi perantauan...sekali sekala harus bijak mengambil peluang untuk me'refresh'kan semula otak dan merehatkan minda...dengan pulang bercuti dan manfaat sepenuhnya untuk menerima kasih sayang ibu bapa...bukan bermakna rakan-rakan yang masih di universiti tidak bijak mengambil peluang...cuma mereka tahu apa yang terbaik pada diri mereka ketika ini...dan begitu juga aku...hanya aku sahaja yang tahu...

Cuma seringkasnya aku cuba untuk berkongsi sedikit pengalaman ketika perjalanan pulang...

> ini kali kedua aku berada lebih 12  jam di dalam bas untuk perjalanan pulang ke kampung selama 5 tahun  berkelana ke daerah ilmu...ermmm....memang sejuk....tapi tidaklah sampai mengigil...cuma kerap kali ingin ke tandas...sebab sejuk punya pasal...hihihi...

> bersyukur kerana ada kawan-kawan yang mengiringi perjalanan pulangku dan membantu memudahkan aku mengangkat barang-barangku....( tu lah...balik seminggu je...tp barang...macam setahun..adoyaiii....)

> sedikit aku rasa gusar@risau@gelabah...sebab kali ini aku pulang ke perak melalui KL...sebab aku beli tiket dari kawan aku...dia dah beli tiket balik ke perak...tup..tup... ada hal ke shah alam...tu yang jual ke aku...erm....selalu balik ikut grik dan tiket aku direct ke ipoh....kali ini kawan aku beli tiket KT-Lumut.. tu yang aku gelabah...takut-takut x berenti kat ipoh...naya ceQ...(bak kata orang utara...) tp naseb baik.... dia transit gak kat ipoh...tp yang bestnya...aku sorang je yang turun ipoh....hahaha....

> ketika perjalanan pulang ini jugak aku sempat mentaakul ( nak tahu makna mentaakul..cari post2 blog aku sebelum ini ) ada jugak benda yang menarik minatku..
pertama : majoriti yang naik bas 2 tak sembahyang subuh...termasuk driver..macam mana 2?? nasib baik Allah dorongkan driver 2 berenti untuk ke tandas lepas subuh dah masuk... aku pun cepat2 turun sebab nak ke tandas...dan alang-alang aku bagitahu driver...
" pok, saya nak solat sekali ye..."
 "ermm...." jawab pok driver ringkas...
tapi sedey..dia x g pun sembahyang...mudah-mudahan ALLAH bukakan hati dia dan orang-orang lain dalam bus tu....amin... Alhamdulillah ada 3 orang penumpang yang lain ikut aku solat subuh...lepas tanggungjawab kat ALLAH nanti...
kedua : panorama sepanjang aku ikut laluan tapah-kampar... ada yang keluar awal bersenam....pergi kerja...traffic jam. ada jugak sorang pak cik nie tengah sapu sampah sekitar masjid...bagusnya... pagi2 dah buat amal..sah2 la dia solat berjemaah subuh...banyak pahala ALLAH beri...tahniah pak cik!!! bangga saya dengan pak cik...( dalam hati...aku pulak macam mana??? astaghfirullah.....)
semoga keinsafan yang berbekas dalam hatiku berpanjangan....


semoga coretan aku kali ini ada manfaat untuk dikongsikan bersama....

0 comments:

Post a Comment

~Kenali Aku~

My Photo
ekspresi ibnurazaq
Putera kedua Tn.Hj. Ab Razak bin Hassan dan Pn.Hjh. Latifah binti Saad. Berumur 23 tahun(2011) . Masih bujang. Merupakan mahasiswa tahun kedua di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dalam jurusan ISM Pengajian Islam (Syariah) dengan kepujian dan telah mendapat diploma Bahasa dan Kesusasteraan Arab dari universiti yang sama. Menyandang jawatan sebagai Exco Modal Insan, Persatuan Mahasiswa Kontemporari Islam (PMKI) dan Presiden Kelab Pembimbing Rakan Siswa(PRS) UniSZA bagi sesi 09/10. Seseorang yang mudah beremosi dengan sesuatu perkara tetapi dalam masa yang sama mampu berfikir secara pantas untuk menangani emosi daripada menguasai. suka berfikir dengan apa yang berlaku di sekeliling serta suka bereksperimen dengan diri sendiri.
View my complete profile